Selasa, 8 Februari 2011

3 Alasan Seorang Blogger Apabila Tidak Sempat Update Blog

3 Alasan Seorang Blogger Apabila Tidak Sempat Update Blog

Ni alasan aku. Terang terang bukan alasan kau kan. So, jangan perasan. Haha.

Takde broadband nak online. Macam mana nak update blog? Ni pon curi curi broadband hausmet. Haha. Eh. Jangan beritahu dia okay? Konon konon kau kenal la hausmet aku kan. =.=
Takde mood langsung. Busy gile beb. Macam macam hal. Kejap hal rumah sewa la, kejap hal sekolah la. Dasat dasat. Nak tekan butang butang keypad laptop ni pon tak lalu, apatah lagi nak tekan butang on dia. Eh. Butang baju pon tiba tiba malas nak bukak. =.=
Takde idea yang datang mencurah-curah. Adeh. Ada banyak gile benda nak cerita. Tapi tak tahu macam mana nak cerita. Kesimpulannya, tak payah cerita la senang kot. Lega beb. Phewww ... =.=

On my very first day.


Thousands of stories to be told. Tapi aku takde masa nak taip semua tu. I just wanna say that now, I'm missing my old life. Or should I say, my so-called student life. Dah la. Aku nak masuk tido dah ni. Bajet mengantuk gile la kan. Padahal aku baru minum Nescafe je ni haaa. Dan cawan ni ada lagi kat sebelah aku. Nampak tak nampak tak? Ni aku siap angkat cawan ni haaa, nampak tak nampak tak? Demmm ... Aku ingat aku tengah webcam dengan kau. Boleh? Adeh. Macam mana nak tidur ni? Ada cadangan? Eh. Cadangan ditutup. Biar aku je yang bagi cadangan kat diri sendiri. Mungkin kena dengar lagu are you sleeping are you sleeping la kot. Okay. Bye! >.<



potpetpotpet : Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku. Dan jutaan terima kasih buat semua yang sudi mengucapkan selamat di wall facebook aku. :')

Khamis, 27 Januari 2011

Apabila Aku Penat Tapi Aku Tetap Nak Update Blog!



Aku penat gile babas hari ni. Aku shopping baju kemeja, baju t-shirt, seluar jeans, beg dan lain lain tadi. Aku keluar rumah lebih kurang pukul 3 petang. Sampai rumah? Pukul 11 malam beb! Bajet rock la balik malam malam. Padahal? Baru pukul 11 malam kot. Adeh. Aku penat ni. Aku penat ni. Aku penat ni. Tu je kot aku dapat taip buat masa sekarang. Esok? Awal awal pagi lagi aku dah gi Seremban. Nak tengok tengok lokasi sekolah tempat aku praktikal, nak tengok tengok kawasan rumah sewa, nak tengok tengok keadaan jalan raya dan macam macam benda la nak kena tengok tengok. Tak terfikir kepala hotak aku ni. Esok esok je la fikir. Boleh? See? Aku dah mula busy. Korang bawak bawak bersabar ye. :)



potpetpotpet : Blog mungkin terabai sedikit lepas ni? T.T

Rabu, 8 Disember 2010

Siaran Terganggu Sebentar Tadi



Haha. Siapa baca entri sebelum ni ? For your information, aku tak tulis entri tu pun. Seperti tajuk entri tu sendiri, TAPI BUKAN AKU. Terang terang la bukan aku kan ? So, siapa siapa yang agak pening pening lalat baca entri tu, sila padan dengan muka korang. Haha. Memandai je tuduh aku jiwang karat la, mat bunga la. Adeh. Lantak korang la.


Aku baru kenal sorang ni. Dan dia nampak aku main laptop. Tiba tiba dia dapat tahu blog aku. Adeh. So, dia nak try taip entri kat blog ni. Aku macam okay fine please go ahead. Aku dengan besar hatinya bagi dia peluang update blog. Eh. Dia takde blog kot. So, tak salah bagi orang macam dia cuba taip entri kat blog kan ? Hehe. Lepas tu, dia suruh aku dok jauh jauh sikit sebab dia nak taip entri tu. Aku macam okay fine take your time. Aku pun gi surau nak solat asar.


Balik balik je, dia kata dah publish. Siap gelak gelak jahat lagi. Mati ah. Aku dah gelabah gelabah ayam ni. Cepat cepat aku gi tengok entri tu. Adeh. Takde rupa gaya penulisan aku langsung. Haha. Mula mula aku nak delete balik entri tu. Siriyes. Tiba tiba aku tak sampai hati nak delete pulak. Konon konon biar entri tu jadi kenang kenangan dia. Boleh ? Eh. Aku tahu korang tak faham langsung entri tu. Aku pun tak berapa nak tangkap sangat. Abaikan.



potpetpotpet : Siapa fikir bahawasanya aku yang tulis entri sebelum ni, nampak sangat korang tak kenal aku lagi. Sudeh. Kecik hati aku ni. T.T

Ahad, 29 Ogos 2010

Bila Gadis Cun Ketagih

Aku dapat award daripada Gadis Cun. Award Addicted atau Anugerah Ketagih. Siapa dia Gadis Cun? Nak tahu kau kena klik nama Gadis Cun ni.


Talking about addicted to ganja blogging, aku pernah rasa sebelum ni. Bak kata pepatah once upon a time dulu dulu. Kau tahu masa tu aku tak boleh kalau tak update blog satu hari. Rasa macam makan sambal belacan tapi tak guna belacan pun sambal belacan tu. Adeh. Kalau boleh aku nak update blog setiap jam kau tahu. Erk. Okay okay. Bayangkan kot kot aku post entri setiap jam hari hari mahu tak meletop kebaboom blogspot aku ni nanti. Whatever it is sila jangan addicted to blogging. Sebab? Nanti kau boleh jadi sengal sengal ubi kalau kau tak dapat nak update blog nanti. It is simply because you can't live without it. Siriyes aku siriyes.


Well. Sekarang aku tak addicted to blogging like the old days iaitu masa first first aku belajar nak taip entri dulu. Hurm... Sekarang aku cuma post entri kalau aku rasa perlu. Ya. Kalau aku rasa macam nak post baru aku tekan button Publish Post tu. Kalau tak faham faham sudah. Apa apa pun aku sayang blog aku dah macam bini aku. Ala bucuk bucuk cayang lolita manja kucipom pom pom. Okay. Aku nak muntah sebab geli geli. :P


potpetpotpet: If nothing changed, there would be no butterflies.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com