Selasa, 19 Disember 2017

Cikgu Azizan Lepas Tuduhan Cederakan Murid (Tanpa Bebas)

Salam.


Alhamdulillah. Kebenaran berpihak kepada kita! Menurut Berita Harian, Azizan Manap, 44, telah dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban daripada pertuduhan mencederakan muridnya, Oktober lalu. Azizan Manap atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azizan disaman oleh ibu dan bapa muridnya kerana telah menyentuh murid tersebut. Cikgu Azizan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Untuk makluman korang, Cikgu Azizan adalah merupakan seorang guru disiplin Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai. 


Apakah yang dimaksudkan dengan melepaskan tanpa membebaskan? Setelah aku rujuk google, melepaskan tanpa membebaskan tu maksudnya tertuduh dilepaskan tapi boleh didakwa semula pada masa hadapan. Kenapa melepaskan tanpa membebaskan? Kerana beberapa sebab seperti ketiadaan saksi, bukti atau sebab-sebab perundangan yang lain. Haaa... Jika terdapat perkembangan baru, contohnya, bukti atau saksi yang hilang sebelum ini ditemui, maka, tertuduh boleh didakwa semula. Tapi aku harap semua ini tidak akan berlaku dalam kes Cikgu Azizan ini. Amin.





Semoga kes ini menjadi kes saman yang terakhir seumpamanya di Malaysia. Cukuplah.

Sumber: Berita Harian

Jumaat, 15 September 2017

Kronologi Kes Kebakaran Pusat Tahfiz & Sekolah Agama

Salam.


Aku masih lagi tak boleh move on dengan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang meragut 23 nyawa, iaitu, 21 orang pelajar dan dua orang guru. Lagi lagi bila Berita Harian melaporkan wujud elemen meragukan apabila ada mangsa yang terselamat melihat tong gas kuning kat luar bilik asrama. Lepas tu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, pula berkata siasatan pihaknya mendapati kebakaran kat pusat tahfiz tu bukan berpunca daripada litar pintas. Aduh... Apalah salah pelajar pelajar tu... Semoga tiada unsur khianat atau kecuaian dalam kes kebakaran pusat tahfiz ni.


Tidak mahu menuding jari kepada mana mana pihak, aku harapkan isu keselamatan terutamanya kat pusat tahfiz dan sekolah agama akan mula dipandang secara serius lepas ni. Sebab ni bukan kali pertama pusat tahfiz dan sekolah agama terbakar. Adakah kita cuai dalam memastikan keselamatan penghuni pusat tahfiz dan sekolah agama? Atau kerana mentaliti yang tidak menghiraukan piawaian? Semoga kita ambil iktibar daripada kes kebakaran pusat tahfiz yang telah meragut 23 nyawa ni.

Sekurang-kurangnya 4 kes kebakaran pusat tahfiz dan sekolah agama yang melibatkan kematian:
14 September 2017
21 pelajar dan dua guru maut dalam kebakaran awal pagi di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
15 Jun 2013
Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu, dekat Sungai Petani, Kedah, maut manakala dua rakannya cedera dalam satu kebakaran di asrama Maahad berkenaan.
17 Jun 1998
Tiga murid perempuan maut dalam kebakaran asrama Sekolah Rendah Agama Madrasah Al-Hidayah Tobiar di Pendang, Kedah.
22 September 1989
27 pelajar terkorban dalam kebakaran melibatkan lapan buah asrama Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Yan, Kedah.

Sepanjang tahun 2017, lebih kurang 10 laporan kebakaran pusat tahfiz dan sekolah agama di seluruh negara:
30 Julai
Dua blok asrama yang menempatkan 100 pelajar lelaki Maahad Tahfiz Al-Barakah di Sepang, Selangor musnah dalam kebakaran, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
4 Julai
18 pondok penginapan Madrasah Addiniah Al-Latifiah di Pengkalan Hulu, Kelantan yang menempatkan 66 penuntut musnah dalam kebakaran, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
3 Julai
Bilik stor di bawah tingkat asrama yang didiami 68 pelajar perempuan di Sekolah Agama Maahad Al-Islah di Teluk Intan, Perak musnah dijilat api, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
30 April
30 pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah Mukim Lalang, Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan tinggal sehelai sepinggang apabila asrama penginapan mereka musnah dalam kebakaran.
17 April
Seramai 10 pelajar tahfiz Pondok Seri Permai, Pasir Puteh, Kelantan tinggal sehelai sepinggang apabila blok asrama mereka terbakar.
28 Februari
Sebanyak 40 pondok kediaman yang menempatkan 100 orang pelajar berusia 15 hingga 30 tahun di Pondok Al-Baghdadi, Tumpat, Kelantan hangus terbakar.
7 Februari
Seramai 73 pelajar perempuan Sekolah Agama Maran, Maran, Pahang tinggal sehelai sepinggang setelah asrama kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran.
16 Januari
Seramai 113 pelajar Pusat Pendidikan Islam an-Nuur atau lebih dikenali sebagai Pondok an-Nuur di Pantai Sepat, Kuantan, Pahang hilang tempat tinggal selepas asrama mereka musnah dalam kebakaran.
13 Januari
Seorang murid tahfiz cedera dalam kebakaran asrama Pondok Nurul Iman di Kampung Tanjung Batu, Nenasi, Pekan, Pahang.

Sumber: Bernama

Isnin, 5 Jun 2017

Dedah 36 Nama Suspek Kes Buli UPNM, Gadis Ini Dikecam Netizen

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Kes buli sehingga menyebabkan kematian Zulfarhan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memang sedang hangat diperkatakan dan dibincangkan di laman-laman sosial sekarang ni. Semua netizen bersimpati dengan kejadian yang menimpa Zulfarhan dan mengharapkan keadilan atas kematian Zulfarhan. Dan majoriti netizen tidak berpuas hati apabila budaya buli dianggap perkara biasa dalam masyarakat kita, daripada dulu sampai sekarang. Siapa je yang suka kena buli? Tiada!

Tapi sekarang ni aku tak berapa faham. Ada seorang gadis yang hauskan perhatian kat laman twitter cuba memancing netizen dengan umpan nama-nama suspek bagi kes buli UPNM tu. Katanya dia ada maklumat senarai nama suspek untuk kes buli kat UPNM tu. Dia meletakkan syarat akan mendedahkan nama-nama suspek dalam kes buli yang menyebabkan kematian kat UPNM tu jika mendapat sekurang-kurangnya 1000 retweet. Aduhai. Dah kenapa sampai macam tu? Sanggup betul dia mengambil kesempatan atas kes yang sedang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia ni. Takde hati dan perasaan betul.




Lepas dah dapat lebih daripada 1000 retweet, gadis tersebut memutuskan untuk tidak mendedahkan nama-nama suspek tersebut dengan alasan ramai sangat yang maki dia. Haha! Ni sejenis perangai apa ni? Ni mesti kecewa lepas tweet tu dah dapat lebih daripada 1000 retweet tapi bilangan followers dia naik sorang dua je kan? Sedih la. Siasat punya siasat, aku tengok laman twitter dia tu baru je dicipta pada bulan Mac tahun 2017 ni. Haaa... Sebenarnya tak sampai dua bulan pun dia buka akaun twitter tu. Pada pendapat peribadi aku, akaun twitter tu spesies akaun palsu.

Nak tengok apa reaksi netizen? Rata-rata netizen memang mengecam tindakan gadis ni. Jom kita tengok antara kecaman-kecaman yang diterima kat bawah ni.


Dah takde kerja lain ke?

Sabtu, 8 April 2017

Pondan Ugut Sebar Video Seks!

Salam.


Panas! Pondan ugut sebar video lucah selepas merakamkan aksi seks dengan seorang lelaki. Haaa... Jangan tak tahu, tapi tu la modus operandi pondan tersebut untuk mendapatkan wang sebanyak RM1000 daripada lelaki yang diugut. Amboi amboi amboi. Senang buat duit nampak? Haha! Yang lelaki tu pun satu, nak sangat buat dengan pondan. Harap lepas ni jadikan semua ni sebagai pengajaran. Ni antara kandungan laporan bagi kes itu:

Fakta Kes
Pada 05/04/2017 lebih kurang jam 0400hrs, pengadu telah bertemu dengan seorang pondan Melayu bernama Alia di Flat San Peng. Kemudian kami telah bersetuju untuk melakukan hubungan seks di rumah Alia tersebut di Flat San Peng. Tanpa pengadu sedari, Alia tersebut telah merakam hubungan kami. Lebih kurang jam 0500hrs, pengadu telah dihubungi oleh Alia (011-233xxxxx, 010-790xxxx) supaya memberikan wang sebanyak RM1000 jika tidak mahu video hubungan mereka disebar. Pengadu enggan menurut arahan Alia dan Alia memberi peluang supaya pengadu membayar sebanyak RM500 tetapi pengadu masih enggan menurut kemahuan Alia. Kemudian ayah pengadu telah dihubungi oleh Alia supaya membuat bayaran sekiranya tidak mahu video tersebut tersebar. Alia mengugut akan membuat kecoh di tempat ayah pengadu bekerja sekiranya tuntutan tidak dipenuhi.

Dimaklumkan bahawa pondan tersebut telah ditangkap. Kes pun tamat. Sekian terima kasih. Haha! Sumber di sini.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com