Sabtu, 19 Mei 2018

Lirik Lagu Siti Nurhaliza & Khai Bahar - Cinta Syurga

Salam.


Dato' Sri Siti Nurhaliza berduet bersama Khai Bahar dalam lagu baharu berjudul Cinta Syurga. Katanya lagu Cinta Syurga ni lagu zikir yang menggunakan melodi lagu Comel Pipi Merah. Haaa... Adakah lirik ting ting tang ting tara ting ting ke ting tang ting masih dikekalkan? Sama sama kita tunggu! Lagu Cinta Syurga akan mula boleh dilanggan di platform platform digital tidak lama lagi dan siaran radio sempena bulan Ramadan ni. Jadi maknanya lagu Cinta Syurga ni belum release lagi lah kan? Laaa... Aku baru nak dengar! Haha! Sabar ya?

Lirik Lagu Siti Nurhaliza & Khai Bahar - Cinta Syurga

Hasbi Rabbi
Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi
Ma Fi Qalbi Ghairullah

Subhanallah Maha Suci Allah
Alhamdulillah Puji Bagi-Nya
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Maha Pengasih Dan Penyayang

Subhanallah Alhamdulillah
Allahu Akbar Ya Allah

Allahu Allahu Allah
Allahu Allahu Allah

Di Mana Dia Cinta Syurga Saya
Cinta Syurga Saya Al-Quran Juga Sunnah
Mari Berdoa Mohon Sejahtera
Allahumma Inni As Alukal Afiyah

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar Lailahaillallah

Hasbi Rabbi
Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi
Ma Fi Qalbi Ghairullah

Tak sabar ke tu?

Isnin, 10 April 2017

Kerana Kereta Besar Otak Kecil, Iqram Dinzly Dikecam Netizen

Salam.

Walaupun gambar dan caption tersebut telah dimuat naik oleh Iqram Dinzly pada dua hari yang lepas, tapi komen-komen daripada netizen masih aktif sampai sekarang. Cerita dia macam ni. Seorang wanita telah memuat naik gambar dan caption kat facebook mengenai sebuah kenderaan yang menghalang laluan kenderaan lain. Dan wanita tersebut juga menunjukkan yang dia telah meletakkan satu nota yang bertulis "Kereta Besar OTAK KECIK" sebagai tanda ingatan lain kali supaya tuan punya kereta jangan buat macam tu lagi. Sekali? Rupa-rupanya kenderaan itu adalah milik Iqram Dinzly.


Sampai sekarang ruangan komen kat gambar dan caption daripada Iqram Dinzly tu dipenuhi dengan kecaman daripada netizen. Rata-ratanya mengganggap Iqram Dinzly ego dan tidak mengaku atas kesalahan yang telah dilakukan. Popcorn mana? Jom baca antara komen-komen netizen yang lebih pedas daripada samyang ramen ni.


Jadi apa pendapat korang? Mengalah bukan bererti kalah. Kadang-kadang mengalah tu lebih dipuji dan dipandang tinggi. Tak begitu? Dan nota yang ditinggalkan tu tidak menggunakan bahasa yang kasar ataupun mencarut. Pada pendapat aku, Iqram Dinzly sepatutnya diam sepanjang tahun atau minta maaf tanpa perlu menyelitkan kata-kata sindiran. Kita kan manusia, tak lari daripada kesilapan. Sumber di sini. 

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com