Isnin, 10 April 2017

Kerana Kereta Besar Otak Kecil, Iqram Dinzly Dikecam Netizen

Salam.

Walaupun gambar dan caption tersebut telah dimuat naik oleh Iqram Dinzly pada dua hari yang lepas, tapi komen-komen daripada netizen masih aktif sampai sekarang. Cerita dia macam ni. Seorang wanita telah memuat naik gambar dan caption kat facebook mengenai sebuah kenderaan yang menghalang laluan kenderaan lain. Dan wanita tersebut juga menunjukkan yang dia telah meletakkan satu nota yang bertulis "Kereta Besar OTAK KECIK" sebagai tanda ingatan lain kali supaya tuan punya kereta jangan buat macam tu lagi. Sekali? Rupa-rupanya kenderaan itu adalah milik Iqram Dinzly.


Sampai sekarang ruangan komen kat gambar dan caption daripada Iqram Dinzly tu dipenuhi dengan kecaman daripada netizen. Rata-ratanya mengganggap Iqram Dinzly ego dan tidak mengaku atas kesalahan yang telah dilakukan. Popcorn mana? Jom baca antara komen-komen netizen yang lebih pedas daripada samyang ramen ni.


Jadi apa pendapat korang? Mengalah bukan bererti kalah. Kadang-kadang mengalah tu lebih dipuji dan dipandang tinggi. Tak begitu? Dan nota yang ditinggalkan tu tidak menggunakan bahasa yang kasar ataupun mencarut. Pada pendapat aku, Iqram Dinzly sepatutnya diam sepanjang tahun atau minta maaf tanpa perlu menyelitkan kata-kata sindiran. Kita kan manusia, tak lari daripada kesilapan. Sumber di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com