Rabu, 2 Mei 2018

Ikon Wanita Melayu - Amy Nurtinie Juara Pencarian Wanita Melayu 2018

Salam.


Tahniah Amy Nurtinie! Tahniah kerana telah dinobatkan sebagai juara Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) yang berlangsung pada 28 April 2018 (Sabtu) di Plaza Shah Alam dan sekaligus menyandang gelaran Ikon Wanita Melayu. Dengan kejayaan itu, Amy Nurtinie membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM16,898.00 termasuk wang tunai bernilai RM5000, barang kemas Habib Jewels (gold chain with pendant) bernilai RM5000, jam tangan Ice-Watch bernilai RM2048.00 serta hadiah-hadiah lain daripada penaja. Pehhh... Bukan main banyak hadiah dia! Kot kot nak hulur satu dua kat aku pun apa salahnya kan. Orang kata tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Haha!


Turut memberikan saingan yang sengit, Nur Fatihah Sazali bergelar Naib Juara yang membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM11,758.00 dan Alya Abdul pulang sebagai pemenang Tempat Ketiga dengan hadiah keseluruhan bernilai RM9818.00.

Dan sekalung penghargaan buat juri-juri jemputan pada hari kejadian, iaitu, Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda (Editor Pengurusan Majalah InTrend), Ashraf Dasley (Model) dan Puan Azura Mokhtar (Senior Centre Manager).


PWM2018 ni dibawakan oleh Plaza Shah Alam bersama penaja utama Habib Jewels dan Ice-Watch. Katanya PWM2018 telah menerima lebih 200 penyertaan yang terdiri daripada wanita Melayu pelbagai latar belakang, kerjaya dan pengalaman. Hebat betul sambutan kali ni. Untuk pengetahuan, 3 peringkat uji bakat telah diadakan sebelum 30 orang peserta dipilih untuk ke peringkat separuh akhir. Namun, hanya 12 orang peserta telah dipilih untuk ke peringkat akhir PWM2018.



Antara penaja lain bagi PWM2018 adalah Elianto Makeup, Butik D’Qapas, Parca Apparel, Anytime Fitness, Arco.MY, OC (Original Classics), NR Cosmetic, Ashira Kasih Exclusive, Ani Catering & Wedding Planner, Satay Station, Shaiful Azli Affaley, Loreal by Naluri dan Chriszen Official.

Senarai Pemenang Pencarian Wanita Melayu 2018

Ikon Wanita Melayu 2018
Amy Nurtinie Abdul Aziz

Naib Juara
Nur Fatihah Sazali

Tempat Ketiga
Alya Iman Abdul

Miss Personality
Huda Saber

Miss Photogenic
Siti Raihana Rahamat

Miss Social Media
Nur Ezzeyanti Natasha Norazman








Kepada mereka yang berminat untuk menyertai Pencarian Wanita Melayu ni pada tahun akan datang, boleh follow laman rasmi seperti di bawah:

www.facebook.com/PencarianWanitaMelayu
www.plazashahalam.com
www.facebook.com/PLAZA.SHAH.ALAM
www.instagram.com/plazashahalam

Tahniah sekali lagi!

Rabu, 18 April 2018

Pencarian Wanita Melayu (Ikon Wanita) Bermula Sekarang!

Salam.


Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) kembali buat tahun kelima untuk membuka peluang kepada semua gadis Melayu kat luar sana tu bagi merebut peluang bergelar Ikon Wanita 2018. Istimewanya kali ni pihak penganjur Plaza Shah Alam membuka peluang kepada semua gadis tanpa mengira saiz dan berat badan. Untung kan?

Barisan pemenang PWM yang lepas. Dari kiri: Ashira Kaseh (2014), Hazwani Zaini (2015), Ayu Harris (2016) dan Nurul Ain (2017).

Sesi uji bakat PWM2018 telah diadakan pada 7 April 2018 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. Peserta dinilai daripada sudut personaliti, kemahiran berkomunikasi dan bakat yang ingin ditonjolkan. Beberapa soalan diajukan oleh juri bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan. Nervous ke tidak tu?






Setelah menjalani sesi uji bakat, seramai 30 orang peserta telah dipilih oleh juri untuk meneruskan perjalanan dalam merebut peluang bergelar Ikon Wanita 2018. Tahniah kepada 30 orang peserta yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir PWM2018! Haaa... Mari kita tengok sikit calon-calon menantu ehhh calon-calon juara PWM2018 kat bawah ni.


Penaja utama PWM2018 ni bukan calang calang jenama ya! Haaa... Habib Jewels sekali lagi menjadi penaja utama PWM2018 kali ni bersama Ice-Watch. Penaja-penaja yang lain adalah Elianto Makeup, Arco.my, D'Qapas, Original Classic (OC), NRCosmetics (NRC), Shaiful Azley Affaley dan Ani Catering & Wedding Planner.

Puan Azura Mokhtar bersama General Manager Ice-Watch, Encik Rizwan.

Tentatif Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)

5 April 2018 (Khamis)
Press Conference PWM2018

7 April 2018 (Sabtu)
Sesi Uji Bakat PWM2018

21 April 2018 (Sabtu)
Semi-final PWM2018

22 April 2018 (Ahad)
Mentoring session
  • Rock climbing
  • Kelas etika
  • Perundingan imej & sesi fitting acara final
  • Sesi fotografi finalis PWM2018

23 April 2018 (Isnin)
Kelas Solekan bersama ELIANTO
Lokasi: Elianto, Mid Valley

25 April 2018 (Rabu)
Lawatan ke ibu pejabat Habib Jewels

26 April 2018 (Khamis)
Pertandingan Memasak Bersama Chef Liza
Lokasi: Plaza Shah Alam

28 April 2018 (Sabtu)
Acara Kemuncak Akhir PWM2018
Lokasi: Plaza Shah Alam
Masa: 2 hingga 5 petang 


Bagi menyuntik kelainan, PWM2018 memperkenalkan pengacara lelaki bagi acara separuh akhir dan acara kemuncak akhir PWM2018. Jadi, Karl Shafek telah diberikan mandat dan kepercayaan sebagai pengacara. Ismail Izzani pula akan membuat persembahan di acara kemuncak akhir PWM2018 yang bakal berlangsung pada 28 April ini. Untuk mengikuti perkembangan PWM2018 dengan lebih dekat, korang boleh follow laman rasmi seperti di bawah:


Semoga berjaya!

Sabtu, 31 Mac 2018

Sertai Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018) Plaza Shah Alam

Salam.


Pencarian Ikon Wanita Melayu kini kembali! Haaa... Ni dah masuk tahun kelima penganjuran Pencarian Wanita Melayu atau lebih sinonim dengan akronim PWM ni. Jadi apa yang menariknya tahun ni? Pada tahun ini, pihak penganjur telah membuka peluang kepada semua gadis Melayu kat luar sana tu tanpa mengira saiz atau bentuk tubuh badan untuk mencuba nasib di pentas Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018). Maksudnya tak kisah lah kurus ke, gemuk ke, tak berapa kurus ke, tak berapa gemuk ke, feeling model ke, feeling ahli gusti ke, semua boleh masuk PWM2018 ni! Serius ni aku tak tipu. Tahniah Plaza Shah Alam!


Berminat? Haaa... Tengok butiran mengenai uji bakat yang akan dijalankan kat bawah ni.

Sesi Uji Bakat Pencarian Wanita Melayu 2018
Tarikh: 31 Mac 2018
Tempat: Plaza Shah Alam
Masa: 11 pagi (sesi pertama) dan 2 petang (sesi kedua)

Setiap peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, kemahiran berkomunikasi dan bakat yang ingin ditonjolkan.

“Malay Girls Rule Too!”

Seiring dengan kempen global woman empowerment, pihak Plaza Shah Alam mengambil peluang dengan menjadikan tagline “Malay girls rule too!” sebagai tagline rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu tahun ini.



Mentoring Session

Ini julung julung kalinya sesi mentoring akan diadakan buat 12 finalis yang akan terpilih. Empat mentor yang terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu, iaitu, Ashira Kaseh (2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain (2017).

Setiap mentor akan ditugaskan untuk mengendalikan 3 finalis bagi membentuk personaliti, keyakinan serta imej sebagai wanita Melayu. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke peringkat akhir PWM2018.

Habib Jewels Penaja Utama PWM2018

Habib Jewels menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini sama seperti tahun sebelumnya. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 ialah Ice-Watch, Elianto, ARCO.MY dan D’Qapas.


Kat bawah ni adalah merupakan acara yang telah disusun untuk acara PWM2018.

31 Mac 2018
Sesi uji bakat di ruang legar Plaza Shah Alam

5 April 2018
Press conference PWM2018

21 April 2018
Peringkat separuh akhir PWM2018

22 April 2018
Mentoring Session
  • Rock climbing
  • Kelas etika
  • Perundingan imej & fitting session bagi peringkat akhir

23 April 2018
Kelas dan demo solekan bersama ELIANTO
Lokasi: Elianto HQ, Mid Valley

25 April 2018
Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama PWM2018

26 April 2018
Pertandingan memasak
Lokasi: Plaza Shah Alam

28 April 2018
Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018
Lokasi: Plaza Shah Alam
Masa: 2 hingga 5 petang 

Pencarian Wanita Melayu - Plaza Shah Alam

Tujuan Pencarian Wanita Melayu ini diadakan adalah bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden pada hari ini. Mula dianjurkan pada tahun 2014, pemenang utama akan menerima gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden pada hari ini.

Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat, iaitu, Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Basiron.


Plaza Shah Alam

Berada di tengah bandar Shah Alam, Plaza Shah Alam yang terletak di Seksyen 9 ni telah lebih sepuluh tahun menawarkan keperluan gaya hidup seharian. Bukan setakat tu je, kat Plaza Shah Alam yang dimiliki syarikat Evergreen Venues Sdn Bhd ni turut dihuni badan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA dan lain-lain.

Untuk syarat penyertaan, korang boleh baca kat laman rasmi Plaza Shah Alam seperti di bawah:

Laman Web: http://www.plazashahalam.com/contests/borang-penyertaan-pencarian-wanita-melayu-2018

Facebook: https://www.facebook.com/PLAZA.SHAH.ALAM/

Instagram: https://www.instagram.com/plazashahalam/

Semoga berjaya!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com