Khamis, 11 Mei 2017

Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Bersandar Cinta

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Lagu Bersandar Cinta adalah merupakan track pertama dalam album terbaharu Dato' Siti Nurhaliza yang berjudul SimetriSiti. Khabarnya lagu tersebut akan dikeluarkan sebagai single kedua selepas Segala Perasaan. Dan muzik video lagu tu pun katanya dah siap. Tak sabar kan? Sebagai penyanyi nombor 1 kat Malaysia ni, semua pihak tertunggu tunggu dan mengharapkan yang terbaik daripada Dato' Siti Nurhaliza. 

Lirik Lagu Dato' Siti Nurhaliza - Bersandar Cinta

Tak ku di sini sebagai aku
kalau bukan keranamu
Tak ku kecapi limpah kurniaan
semata upayaku

Terima kasih ku ucap
dari lubuk hati terdalam

Setiap irama lagu
serta baris bait
moga jadi azimat

Setiap liuk jejari
setiap gemalai tarianku persembahkan
semuanya bersandar kepada cinta

Jika kau sepi ku ingin jadi
melodi yang bererti
Kalau kau bahagia biar ku jadi
penyeri duniamu

Terima kasih ku ucap
dari lubuk hati terdalam

Setiap irama lagu
serta baris bait
moga jadi azimat

Setiap liuk jejari
setiap gemalai tarianku persembahkan
semuanya bersandar kepada cinta

Lirik Lagu Siti Nurhaliza & Judika - Kisah Ku Inginkan

Salam.


Untuk album SimetriSiti, Dato' Siti Nurhaliza telah merakamkan satu lagu duet bersama Judika berjudul Kisah Ku Inginkan. Aku dah la peminat Judika ni. Nak buat macam mana, suara aku pun dah lebih kurang Judika sikit. Haha! Matilah angkat bakul guling guling ke hulu, berenang renang ke tepian. Sejujurnya lagu ni la yang paling aku tunggu tunggu sebab aku tahu ada Judika. Tapi bukan aku je, aku rasa ramai juga peminat-peminat Dato' Siti Nurhaliza yang rasa lagu ni antara yang terbaik dalam album terbaharu ini. Di sini aku kongsikan bait-bait lirik lagu Kisah Ku Inginkan.

Lirik Lagu Dato' Siti Nurhaliza & Judika - Kisah Ku Inginkan

Telah ku tentukan arah
yang akan ku tempuh di sisa hidupku
karna telah ku temukan
kisah yang ku inginkan dan ku impikan

Sudah ku tambatkan hati
yang selama ini belayar tak pasti
kini telah ku temui
kasih yang aku cari cinta yang pasti

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
berlabuh di ikatan suci kita
berhenti sudah keresahan dalam jiwa
kini

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna kau rasmi milikku

Kita akan menjaga
janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Berakhir sudah pencarian jalan cinta
berlabuh di ikatan suci kita
berhenti sudah keresahan dalam jiwa
kini

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna kau rasmi milikku

Kita akan menjaga
janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu
tak terlarang tuk menyatu
karna aku dan dirimu
dalam ikatan janji suci yang telah terikrar
dan saling setia selamanya

Tetap harus bersama
Meski raga menua
Di dalam cinta selamanya

Dah dengar belum tu? Apa pendapat korang dengan lirik lagu ni?

Selasa, 9 Mei 2017

SimetriSiti Dato' Siti Nurhaliza Mula Dipasarkan Esok!

Salam.

Sumber gambar: DI SINI

Album terbaharu Dato' Siti Nurhaliza yang berjudul SimetriSiti dah mula boleh didapatkan di pasaran bermula pada hari esok, 10 Mei 2017. Sejujurnya aku bukan la peminat nombor satu Dato' Siti Nurhaliza tapi aku tetap tak sabar juga nak dengar lagu-lagu dalam album SimetriSiti ni. Adakah lagu-lagu dalam album kali ni lebih baik daripada album-album sebelumnya? Terutamanya jika dibandingkan dengan album Hadiah Daripada Hati dan All Your Love yang aku rasa agak mengecewakan dari segi pemilihan lagu-lagu dalam kedua-dua album tersebut? Haha!

Ada dua kulit album yang dikeluarkan untuk album SimetriSiti kali ni. Yang pertama kat atas tu dan yang kedua kat bawah ni. Kulit album yang pertama adalah merupakan kulit album rasmi untuk album SimetriSiti manakala kulit album yang kedua pula adalah eksklusif dan khas untuk 300 orang terawal yang menempah album tersebut di Lazada. Jadi mana satu pilihan korang? Kalau aku, aku lebih suka kulit album yang kedua.

Senarai Lagu Dalam SimetriSiti
  1. "Bersandar Cinta" (ciptaan Aubrey Suwito & Ad Samad)
  2. "Penghiburku" bersama Joe Flizzow (ciptaan Siti Nurhaliza)
  3. "Ikrar Cinta" (ciptaan Amirah Ali & Sulu Sarawak)
  4. "Segala Perasaan" (ciptaan Ivan Lahardhika)
  5. "Aku Bukan Malaikat" (ciptaan Opick & Dian)
  6. "Manis Terindah" (ciptaan Aubrey Suwito & Ad Samad)
  7. "Kisahku Inginkan" bersama Judika (ciptaan Ivan Lahardhika)
  8. "Tak Perlu Ragu" (ciptaan Ade Govinda)
  9. "Kau Takdirku" (ciptaan Mohariz Yaakup & Habsah Hassan)
  10. "Hiasi Duniaku" (ciptaan Sid Murshid)

Sumber gambar: DI SINI

Trivia SimetriSiti
  • Album studio ke-17 oleh Dato' Siti Nurhaliza.
  • Diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia.
  • Proses rakaman telah bermula pada 7 Mac 2017.
  • Memuatkan 10 buah lagu baharu.
  • Sebanyak 300 lagu telah diterima untuk album ini.
  • Akan berada di pasaran pada 10 Mei 2017.
  • Single pertama bagi album ini berjudul Segala Perasaan yang telah dikeluarkan pada 24 April 2017.
  • Dato' Siti Nurhaliza turut mencipta sebuah lagu berjudul Penghiburku yang dimuatkan dalam album ini.
  • Sebanyak 300 cakera padat album SimetriSiti yang dijual di Lazada telah habis ditempah dalam tempoh 20 minit.

Dah jom nikmati persembahan Dato' Siti Nurhaliza sempena pelancaran album SimetriSiti pada 5 Mei 2017 yang lepas di The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur kat bawah ni. 

Isnin, 27 Mac 2017

Lirik Lagu Dayang Nurfaizah - Separuh Mati Bercinta

Salam.

Kali ni Dayang Nurfaizah muncul dengan single terbaru berjudul Separuh Mati Bercinta ciptaan Ajai. Single ni dikeluarkan sempena dengan album Dayang Nurfaizah yang akan mula dipasarkan pada 10 April ini. Tapi album baru ni dah boleh mula pre-order kat itunes dah sekarang. Apa tunggu lagi? Sambil sambil tu korang dah boleh dengar dan layan lagu Separuh Mati Bercinta ni kat Spotify, Joox dan lain-lain aplikasi yang berkaitan. Nak beli kat itunes pun boleh.


Lirik Lagu Dayang Nurfaizah - Separuh Mati Bercinta

Kesepian hening malam
bawah sang bulan menemani
kekosongan ini

Ku dengar kau bahagia
menitis air mataku
ku kesedihan

Kau telah pergi tanpa cinta
yang sebenarnya ada bersamaku
ku simpan hanya untuk dirimu

Di mana perginya setia
ke mana hilang katamu
akulah dinamakan kekasih
hatimu untuk selamanya

Di mana saat indah
ke mana perginya semua
kala ku lafazkan kata cintaku
separuh matiku bercinta

Tiada lagi suaramu
tiada lagi kau milikku
hilang semua manisnya cinta

Sabtu, 24 September 2011

Anuar Zain 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Nampak tak? Itu bukan album aku tapi album Anuar Zain. Faham tak Umie Artoqiemie? Kalau tak faham lagi meh sini aku serkup muka tu dengan sarung bantal. Nak? Haha.

Aku terbeli album Anuar Zain yang baru semalam. Tajuk album dia guna nama dia sendiri je. Actually, nama Anuar Zain tu sendiri dah macam satu brand dah.

Anyway, I'm such a huge fan of  his voice! Nak nyanyi macam dia memang tak dapat la kan? So, kagum daripada jauh je la yang dapat. Tu yang terbeli album dia tu. Adeh.

And about his new album, aku bagi 4 stars out of 5! Errr... Cukup tak tu? Nak 5 pon boleh! Ikut kau la nak berapa. Aku setuju je. Eh? Kau punya blog ke aku ni? Haha.

In my opinion, album dia kali ni menunjukkan satu lagi tahap kematangan daripada dia. Entah berapa kali Anuar Zain ni matang entah la. Memilih konsep yang sama seperti album sebelum ni, pemilihan lagu lagu dalam album ni merupakan antara yang terbaik daripada Anuar Zain. Album ni ada 8 buah lagu. Dan takde satu pon lagu rancak. See? Berbanding dengan album Anuar Zain sebelum ni, ada dua lagu rancak yang telah dirakamkan iaitu Kau Bunga Cintaku dan Jangan Pernah Lagi. Tapi? Both songs tak dapat memberikan apa apa kesan.

Jom tengok senarai lagu dalam album Anuar Zain kali ni:
  • Ku Berjanji Karna Cinta
  • Nadi Terhenti
  • Ajari Aku
  • Pernahkah
  • Simpati Cintamu
  • Sempurnakan Aku
  • Terindah
  • Cinta Harus Memiliki

Tajuk lagu yang kena bold tu lagu yang aku suka. Okay. Album ni macam agak berat sikit bagi aku. Aku bukan kata pasal berat yang kilogram tu. Aku maksudkan lagu lagu dalam album ni agak berat sikit daripada segi susunan muzik dia, daripada segi lirik dia, daripada segi penyampaian vokal dia. Nak kata lagu lagu dalam album ni a bit experimental pon boleh jadi jugak. So, kalau nak dengar album ni sekali SAHAJA, memang la tak dapat nak masuk. Kena dengar at least 3 times baru dapat rasa kenikmatan dia. Dan aku serious ni.

Single terbaru Anuar Zain dalam album ni ialah Cinta Harus Memiliki. Dah dengar? Memang karat habis lagu tu! By the way, Numata yang cipta lagu tu. Yes. Orang yang sama cipta lagu Lelaki Ini dan Ketulusan Hati.




potpetpotpet : Album layan perasaan.

Isnin, 27 September 2010

Album Review | Hands All Over by Maroon 5

This is the album cover. Erk. It portrays the title exactly. Kan kan kan ?

Pictures of Maroon 5.

The list of the tracks.

Favorite Tracks : Give A Little More, Get Back In My Life, Just A Feeling, Out Of Goodbyes (with Lady Antebellum) and No Curtain Call.

In My Opinion : Personally, I'm so relieved that Maroon 5's third studio album was released on September 21, 2010. This album has some amazing tracks. Seriously ! Unlike the previous album - It Won't Be Soon Before Long, I'm pretty confident that Maroon 5 did an excellent job for this album. And I'm so in love with Adam Levine's falsetto. Super duper good ! And all I want is more. Boleh ? Haha. Anyway, this is another MUST-HAVE album of the year. :)


potpetpotpet: Maroon 5 was known as Kara's Flowers back in 1994 - 2001.

Ahad, 29 Ogos 2010

Yuna - Decorate - Album - 2010

Style okay. Salute her!


Yuna oh bulan. Album dia berjudul Decorate dah keluar. Ada 10 buah lagu baru kau tahu sebab aku beritahu ni haha. Overall, aku suka! Kadang kadang timbul jugak rasa bosan bila hampir semua lagu sound the same. Erk. No offense. It is just my personal taste. Boleh? Whatever it is Decorate ni merupakan salah satu produk berkualiti tinggi. Siriyes aku siriyes. Kira Yuna boleh bolot banyak trofi masa Anugerah Industri Muzik (AIM) nanti kot. Entah. Eh eh ada one hidden track dowh. Lagu apa? Jeng jeng jeng. Aku tak nak beritahu. Find it for yourself.


Gadis Semasa
As an intro, syok sajo. 4 stars.

These Streets
Layan. 3 stars.

Penakut
Aku suka lagu ni walaupun aku bukan penakut. Erk. 4 stars.

Fireworks
Nice work. 3 stars.

Rocket
You like a rocket in my mind. Adeh. 4 stars.

Random Awesome
Loved the title! 4 stars.

Permission
Aku suka muzik dia. 3 stars.

Cinta Sempurna
A superb ballad from her. Nak nangis. 4 stars.

Decorate
Sekejap sajo lagu dia ni. Ala ala reprise kot. 3 stars.

Super Something
Siapa tak dengar lagu ni lagi sila angkat angkat kening macam Ziana Zain. Best weyh! 4 stars.


potpetpotpet: All life is an experiment. The more experiments you make the better.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Tilu - Album - 2010

Comel dowh!


Aku baru dengar album baru daripada Tilu. Kenal tak? Tilu itu merupakan sejenis ubat ketiak. Okay. Aku tipu. Tilu nyanyi lagu keranamu malaysia kerana diriku bukan aku tiap kali kau menjauh fikiran tak keruan jiwa rasa kekosongan diriku bukan aku tiap kali kau menjauh pulangkan dia ke pangkuanku. Ingat tak ingat tak ingat tak? Lantak la. Anyway, album dia ada lapan buah lagu baru. Sila tengok bawah. Eh eh bukan tengok bawah kau. Tengok bawah ni haaa... Scroll down haha. :P


Malam Minggu
Catchy dowh. Siap ada dialog dialog manja lagi. 4 stars.

Ku Bukan Aku
Siapa tak tahu lagu ni meh sini aku geget pipi dia haha. 4 stars.

Tolong
Okay. This song is different. Fun! 3 stars.

Diam Diam
Layan. 2 stars.

Jangan Jangan Cuba
Aku suka lagu ni. Best! Ada bunyi dangdut sikit sikit. 5 stars!

Yang Ku Ingin Cinta
Muzik dia sodap. Lagi sodap daripada sotong goreng tepung!!! 3 stars.

I.L.U
Intro dahsyat. 4 stars.

Kau Selalu Ada
Simple. Nice. 4 stars.


Personally, aku suka album pertama Tilu ni. Siriyes aku siriyes. Lagu lagu dia fun sajo. Sonang melekat kat telinga. Good job Tilu! Tak sangka Tilu boleh hasilkan lagu lagu best dalam album dia ni. Rugi dowh kalau kau tak gi beli sekarang.


potpetpotpet: First impression is important, isn't it?

Isnin, 17 Mei 2010

Afgan Is The One.

Afgan siapa pernah dengar nama ni? Afgan ni takde kaitan dengan Afghanistan atau My Name Is Khan wah lagi la bukan. Well Afgan merupakan penyanyi daripada Indonesia. Apa yang menarik tentang Afgan ialah dia muda setahun daripada aku haha tak boleh blah.


Aku suka vokal Afgan. Merdu. Gemersik. Kalau dengar rasa nak lagi dan lagi dan lagi. HohO. No wonder la dia pernah dapat anugerah Best Artist of The Year (MTV Indonesia Awards 2008), Penyanyi Solo Pria Terbaik (AMI Awards 2009), Artis Lelaki Terbaik (APM 2009), Penyanyi Pria Terfavorit (Indonesia Kids Choice Awards) dan banyak lagi. Korang boleh tengok sendiri that most awards yang dia dapat adalah terbaik.


Album baru Afgan berjudul The One sudah berada di pasaran. Ada 12 lagu dalam album ni. Jom tinjau.
  1. Tak Peduli
  2. Cinta Dua Hati
  3. Bukan Cinta Biasa
  4. Wajahmu Mengalihkan Duniaku
  5. Bawalah Cintaku
  6. Dia Dia Dia
  7. Panah Asmara
  8. Masih Untukmu
  9. Semurni Kasih
  10. Rumahmu Jauh
  11. Seperti Bintang
  12. Pencari Jalanmu
Well personally aku suka gila album The One ni. Lagu lagu best. Enak untuk didengar. Betul betul betul. Pilihan aku Tak Peduli, Cinta Dua Hati, Bawalah Cintaku, Panah Asmara, Seperti Bintang dan Pencari Jalanmu. The best album from Indonesia so far.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com