Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Tahniah diucapkan kepada one of my good friends since I was in secondary school,
Adie sebab dah berjaya mempunyai domain sendiri dah. Tahniah! Actually aku yang hasut dia untuk guna domain tu. Tak sangka dia boleh termakan hasutan aku tu. Haha. Padan muka dia. Siapa suruh percaya sangat dengan aku kan?
 |
| Agak hensem jugak aku ni kan? Sebelah aku ni la Adie. Eh? Tak payah kenalkan pon takpe. |
Semalam aku sempat jumpa
Adie kat Secret Recipe. Aku datang dengan kawan aku lagi sorang. Aku sebenarnya dah lama tak lepak dengan
Adie, ada la dalam sebulan lebih sebab aku busy dengan nasyid dan dia pulak busy dengan kerja dia sebagai lecturer kat politeknik. Ni dapat jumpa lepas waktu kerja dia, lepas pukul 5 petang.
 |
| Kek ni yang menghasut aku untuk makan dia. Kejam kan? |
 |
| Ni kawan aku tu. Nama dia Khairil Izwan. Ada siapa siapa nak kenal? Ada diskaun 70% sempena tahun baru cina yang tak lama lagi ni. |
Tapi aku bukan jumpa
Adie sebab nak borak borak kosong je tapi sebab dia nak hulur duit kat aku. Berapa banyak tu biar aku je yang tahu. Haha. Duit tu duit gaji aku masa aku dengan dia dapat job hari tu. Dah lama dia nak serah kat aku tapi aku tak balik balik Melaka. Tapi tak kisah la semua tu, yang penting aku dah dapat duit tu. So, shopping jom?
 |
| Sepuluh orang boleh makan sepotong kek chocolate cheese ni sebab cepat muak. |
potpetpotpet : Terima kasih Allah dengan nikmat yang diberi.