Isnin, 10 April 2017

Selamat Timang Anak Sulung!

Salam.


Alhamdulillah. Tepat jam 7.45 pagi, 9 April 2017, hari Ahad, adik aku telah selamat melahirkan cahaya mata sulung merangkap cucu kedua kepada ibu dan ayah kami. Syukur semua dipermudahkan. Akhirnya Nurul Ain dah ada kawan seperjuangan! Semalam pun bukan main baik hati nak suapkan baby tu dengan rempeyek yang dia makan. Bagus betul tak kedekut ye. Haha! 



Adik aku ni awal awal lagi dah ada nama untuk anak sulung dia ni. Untuk pengetahuan korang, anak sulung adik aku ni perempuan. Jadi sekarang ibu dan ayah aku dah ada dua orang cucu perempuan. Lelaki? Belum rezeki lagi. Mungkin yang tengah on the way tu kot. Ehem ehem ehem. Kepada adik aku, semoga jadi ibu yang terbaik sama seperti ibu kita selain daripada selamat berpantang, selamat kurus balik, selamat tak cukup tidur, selamat bangun tengah tengah malam, selamat membesarkan anak supaya menjadi yang solehah dan macam macam selamat lagi. Camtuh.

Jangan ada pula soalan tanya aku bila pula. Aku tak buka kaunter pertanyaan pun. Siapa tanya soalan macam tu, ketiak dia hitam. Haha! Tanya la kalau nak ketiak hitam.

2 ulasan:

  1. Baru nak tanya, tapi takut kena ketiak hitam. hahahaha

    Selamat berpantang adik hizami, semoga sentiasa baby and ibu sentiasa sihat. hehehe

    BalasPadam
  2. hehehe tahniahhh Nana !
    Nak lawat babyyy lah weekend ni.

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com