Jumaat, 28 Julai 2017

15 Perkara Mudah Buat Lelaki Gembira Tapi Perempuan Tak Perasan

Salam.


Kali ni dikongsikan perkara perkara ringkas dan mudah yang dapat membuatkan lelaki gembira tapi kebanyakan perempuan tak perasan. Hari tu dah ada tips untuk lelaki, kali ni tips untuk perempuan pula. Tapi yang kelakarnya kedua-dua tips tu dikongsikan oleh lelaki! Haaa... Mana perempuan perempuan ni? Haha! Mohon wakil perempuan tampil ke depan untuk kongsikan tips daripada sudut pandang dorang juga. Agak agak apa dia perkara mudah yang sebenarnya dapat membuatkan lelaki tu gembira? Haaa... Tips ni ditujukan khas kepada perempuan perempuan kat luar sana terutamanya yang tengah hangat bercinta sekarang ni. Mana yang single? Boleh pm tepi aku.


15 Perkara Mudah Buat Lelaki Gembira Tapi Perempuan Tak Perasan

#1
Tak perlulah dedahkan dia kat laman sosial kau, setiap perhubungan nak kecoh kat semua orang. Kalau putus buat malu je. Mulalah buat thread sendu.

#2
Puji dia paling handsome dalam dunia walaupun dia muka pecah. Tapi kalau selalu puji nampak sangat kau perli. Jadi buat relaks sudah.

#3
Tak perlu kot nak jealous kalau dia bersembang dengan perempuan lain. Kalau dah jenis setia takkan berubah hati melainkan memang dia kaki curang.

#4
Bila dia ajak makan, tak perlu kot nak mekap sampai 46 inci tebal. Pastikan bila dia dah sampai, kau dah tercegat kat pagar.

#5
Tak perlu la nak suruh dia jangan layan semua perempuan yang tegur dia.

#6
Bila dia tengah lepak dengan kawan kawan dia, tak perlu kot spam chat macam orang gila. Dia pun ada hidup dia sendiri. Beri masa dia dengan kawan.

#7
Tak perlu letak nama dia kat bio macam kau yakin dia tu sah bakal jadi milik kau. Letak dalam doa sudah.

#8
Bila kau tengah moody, jangan sesekali tinggikan suara kat dia. Bila tengah marah, diam!

#9
Bila tengah datang bulan, bukan lesen besar kau nak marah marah orang lain.

#10
Masa makan kat luar, tak payah kot kau nak cover ayu depan dia acah makan sikit sikit. 

#11
Bangun pagi bagi morning text dia dulu sebelum muncul kat mana mana laman sosial, lebih sweet sama sama ingatkan solat subuh.

#12
Sebelum tidur wish la dulu. Lagi satu kalau kau tak okay, cakap je terus terang. Tak payah nak expect dia faham semua masalah kau.

#13
Sifat cemburu ni adalah sifat lelaki. Cuma dia tak tunjuk je. Dia pendam sampailah satu masa meletup, habis semua dia ungkit.

#14
Kalau keluar dating, jangan tahu nak mengikis dia payung semua benda. Sekurang-kurangnya berlakon sikit acah acah nak bayar. 

#15
Boleh tak biar dia skip perkataan "I love you" masa depan kawan kawan? Tahu tak itu perkataan paling menyirap bila kawan kawan dia dengar?

Sumber: DI SINI

Asyalliee Terima Kereta BMW Sebagai Hadiah Hari Jadi!

Salam.


Kenal tak Asyalliee? Aku bukan la tak kenal langsung tapi kenal gitu gitu je. Tapi Asyalliee ni memang terkenal kat laman instagram. Kalau tak silap, instagram dia ada lebih daripada 1 juta pengikut. Hebat! Baru baru ni Asyalliee telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20 pada 26 Julai. Haaa... Dah nama pun hari jadi, mesti la ada hadiah hari jadi kan? Kalau korang nak tahu, hadiah yang diterima oleh Asyalliee ni bukan calang calang punya hadiah tau. Hadiah ni pula pemberian daripada suami Asyalliee sendiri. Nak tahu tak hadiah dia apa? Motif aku nak tanya korang kan? Sah sah la tajuk kat atas tu dah beritahu. Haha! Suami Asyalliee telah menghadiahkannya sebuah kereta jenama BMW model 320i! Wow! Tahniah Asyallie!


Semoga rezeki kita pun murah seperti Asyalliee dan suami, dapat la kita hadiahkan orang tersayang kereta BMW sebuah dua. Setakat hari ni cuma mampu tengok je la, belum mampu memiliki. Haha!

Khamis, 27 Julai 2017

Khai Bahar VS Haqiem Rusli - Asal Kau Bahagia Cover

Salam.


Kelmarin Haqiem Rusli ada memuat naik video nyanyian dia cover lagu Asal Kau Bahagia kat laman youtube. Haqiem Rusli nyanyi lagu tu sambil goreng gitar sendiri. Aku suka dengan tone suara dia. Lagi lagi bila dia meneran kat beberapa bahagian. Selang sehari selepas tu, Khai Bahar pula memuat naik video nyanyian dia cover lagu yang sama semalam. Tapi Khai Bahar nyanyi lagu tu sambil diiringi piano. Aku suka dengan kawalan vokal Khai Bahar. Cuma daripada segi penjiwaan tu agak kosong. Boleh komen macam tu? Kau ingat kau Kak Ogy ke? Haha! Hmmm... Agak agak siapa yang lebih sedap cover lagu Asal Kau Bahagia tu? Dah alang alang tu, jom kita tengok video nyanyian dorang. 

Ni Khai Bahar cover lagu Asal Kau Bahagia:

Ni pula Haqiem Rusli cover lagu yang sama:

Jadi mana satu pilihan korang? Khai Bahar atau Haqiem Rusli? Ke dua dua? Atau kisah pula korang Khai Bahar ke Haqiem Rusli ke? Haha!

Rabu, 26 Julai 2017

Panduan & Pengalaman Sertai Viper Challenge Genting Highlands 2017

Salam.


Alhamdulillah. Sekali lagi aku berjaya menamatkan cabaran Viper Challenge. Kali ni kat Genting Highlands. Tahun ni tahun kedua aku sertai Viper Challenge kat Genting Highlands. Haaa... Aku dengan ahli pasukan Team Jaguh yang lain telah berjaya melengkapkan laluan 10 km dan melepasi 15 halangan. Takde la susah mana pun bila kawan-kawan setia bersama daripada awal sampai la ke garisan penamat. Menepati slogan Viper Challenge, leave no one behind.

Masa pelepasan kitorang hari tu jam 11.40 pagi, dah nak masuk tengahari dah masa tu. Jadi matahari sepatutnya dah tegak atas kepala kan? Tapi? Kitorang tak rasa kewujudan matahari kat Genting Highlands masa tu. Sejuk! Rasa macam ada orang pasang air-cond dengan suhu 16 darjah celcius je masa tu. Apa lagi? Seronok la berlari dengan cuaca macam tu. Perasaan tu macam berlari berkejaran lupakan segala duka di kota di desa di gunung dan laut berlagu kita berdua.




Cuci mata!

Sepanjang 10 km tu, kitorang lalu sebelah padang golf, siap ada pemandangan tasik. Tambah tambah kat kiri dan kanan kitorang sentiasa ada pokok. Dah la cuaca hari tu sejuk, lepas tu ada pula pokok kat kiri dan kanan kitorang? Memang rasa tengah makan angin je masa tu. Haha! Hari tu kitorang siap lalu sebelah Genting Highlands Premium Outlet! Nasib baik tak bawa dompet, kalau tak dah singgah kejap shopping dulu. Haaa... Berbanding kat Sunway Iskandar, laluan 15 km hari tu takde pokok sangat, macam padang jarak padang terkukur. Tak pasal pasal rasa macam matahari tu sejengkal je kat atas kepala.


Berapa jauh laluan Viper Challenge kat Genting Highlands ni? 10 km je. Berlagak tak? Haha! Pada pendapat aku, laluan 10 km ni tak terlalu dekat dan tak terlalu jauh. Orang putih cakap just nice. Haaa... Sebab Viper Challenge ni ada laluan yang 5 km, ada yang 10 km, ada juga yang 15 km dan ada yang sampai 20 km. Pada pendapat aku, laluan 5 km tu terlalu pendek dan sekejap. Tak berbaloi! Harga dah la sama je dengan laluan 10 km, 15 km dan 20 km. Tapi laluan 15 km dan 20 km tu terasa jauh pula. Penat dan letih juga sebenarnya. Bila laluan dah sampai 15 km atau 20 km tu, memang makan masa yang agak lama sebab bukan setakat kena lengkapkan laluan 15 km dan 20 km tu je, ada lagi halangan-halangan yang nak kena buat. Ehhh... Tapi rugi la kalau tak buat halangan-halangan tu. Dah bayar kot? Kalau tak nak buat halangan-halangan tu, baik masuk larian atau marathon je. Betul tak? Harga pun lebih murah. Jimat sikit.



Halangan yang sama?

Bagi tahun 2017 ni, sebelum kat Genting Highlands, Viper Challenge dah buat kat Singapura, Penang dan Johor. Haaa... Jadi kebanyakan halangan kat Genting Highlands ni dah ada kat tempat-tempat yang sebelumnya. Ada satu dua je halangan yang baru untuk Viper Challenge kat Genting Highlands ni. Tapi aku takde la kisah sangat pun, cuma aku rasa lebih menarik kalau setiap Viper Challenge tu ada halangan yang tersendiri dan eksklusif untuk setiap tempat tu.




Trivia Viper Challenge Genting Highlands 2017
  • Masa pelepasan untuk pasukan kitorang hari tu agak lewat sebenarnya. Jadi sebelum meneruskan perjalanan ke Genting Highlands, kitorang sarapan dulu kat McDonald's sambil tunggu Afizal dan Faris sampai sebab dorang gerak dari Melaka.
  • Sempat jumpa Neyra sebelum kitorang mula hari tu. Nasib baik Neyra berjaya sampai ke garisan penamat sebelum 11.40 pagi, kalau tak kempunan nak jumpa Neyra. Kitorang semua kagum dengan calitan lumpur kat Neyra!
  • Semua pakai sarung tangan kecuali Zieq dan Akramin sebab dorang berdua terbakar ke tak terbakar ke sama je kan? Ehhh gurau je. Haha!
  • Hanya Wan je yang betul betul lepas halangan #1. Aku pula hampir lepas halangan #1 tapi hujung hujung tu aku tergelincir. Tetap nak bagitahu!
  • Aku rasa ni kali pertama aku buat semua halangan yang ada kat Viper Challenge. Mungkin pengaruh cuaca juga kot?
  • Kadang-kadang kita kat atas, kadang-kadang kita kat bawah. Begitulah yang berlaku kat Wan hari tu. Lepas menjadi satu-satunya ahli yang berjaya melepasi halangan #1, semangat Wan untuk habiskan Viper Challenge secepat yang mungkin semakin membuak-buak. Tapi semangat tu terkubur serta-merta bila Wan mengalami kekejangan sebelum halangan #9. Sabar ye Wan.
  • Kali ni Yus takde nak kencing sangat. Tak pasti sama ada dia dah buang kat mana mana secara diam diam. Hmmm... Musykil juga.
  • Aku jatuh macam nangka busuk masa cuba buat halangan #11. Serius! Lepas 2 ke 3 bar, aku terus tercampak dalam air berlumpur kat bawah tu. Aku rasa ada la tertelan seliter dua juga air berlumpur tu. Haha!
  • Afizal membuktikan yang saiz pinggang bukan penghalang untuk lari masa naik bukit. Hebat betul stamina dia. Aku masa naik bukit la aku jalan, turun bukit baru aku lari. Afizal? Naik bukit turun bukit dia lari!
  • Faris pula banyak membantu meregangkan kekejangan Wan hari tu. Maklum je la Faris kan main futsal. Ada kaitan tak?
  • Lepas habis je Viper Challenge, kitorang singgah kejap kat Genting Highlands Premium Outlet. Tapi satu barang pun kitorang takde beli.

Aku rasa tahun depan baru aku sertai Viper Challenge ni. Cukup dah kot untuk tahun ni. Hmmm... Tapi tengok la macam mana. Kot kot aku terbuka hati untuk sertai Viper Challenge yang kat Shah Alam atau mungkin Viper Challenge yang kat Cyberjaya. Siapa tahu kan? Hati manusia ni sukar diduga. Haha!

Kerana Taksub Untuk Cantik, Gadis Cantik Ini Berubah Jadi Hodoh!

Salam.


Kalau tengok gambar kat atas ni, agak agak yang mana satu sebelum rawatan dan yang mana satu selepas rawatan? Haaa... Jangan terkejut kalau gambar sebelah kiri tu gambar sebelum rawatan dan gambar sebelah kanan tu gambar selepas rawatan. Takut tak? Seorang gadis cantik kat laman twitter telah berkongsi pengalaman bertukar menjadi hodoh selepas menggunakan perkhidmatan daripada klinik pakar kecantikan. Niat dia cuma nak hilangkan bintik-bintik hitam kat hidung je sebenarnya. Aku tengok gambar dia kat sebelah kiri tu, aku rasa kulit dia takde masalah sangat kot. Tapi kita ni kan manusia, mana pernah puas. Termasuklah aku ni! Haha!

Jom kita ikuti perkongsian gadis cantik ni mengenai pengalamannya bertukar menjadi hodoh dalam sekelip mata.


Selepas beberapa hari menjalani rawatan laser tu, kulit muka gadis tersebut menjadi lebih teruk daripada sebelumnya.


Akibatnya? Gadis tersebut jadi murung dan hanya mengurung diri kat dalam bilik, tak nak jumpa dengan sesiapa.


Bersyukurlah. Kerana bila bila masa je nikmat tu boleh ditarik balik dan dalam sekelip mata.


Sumber: DI SINI

Selasa, 25 Julai 2017

15 Perkara Mudah Buat Perempuan Gembira Tapi Lelaki Tak Perasan

Salam.


Seorang lelaki telah berkongsikan tips perkara-perkara ringkas dan mudah untuk membuatkan perempuan gembira tapi kebanyakan lelaki tak perasan yang sebenarnya perkara-perkara tu senang je. Katanya senarai tu adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Walaupun aku tengok ada perkara yang macam mengada-ngada juga! Haha! Tapi apalah sangat pengalaman aku kan? Asalkan korang bahagia. Haaa... 


15 Perkara Mudah Buat Perempuan Gembira Tapi Lelaki Tak Perasan

#1
Rajinkan diri untuk dedahkan dia kat laman sosial kau, jangan tunggu sampai dia perli atau merajuk baru kau nak terkial-kial.

#2
Selalu puji dia paling cantik dalam dunia walaupun dia tengah serabai gila masa tu.

#3
Pastikan kau beritahu dia yang rakan-rakan sekerja kau semuanya dah pangkat makcik-makcik.

#4
Pilih nak makan kat mana dan terus pergi makan kat situ tanpa tanya dia nak makan kat mana sebab dia mesti akan tanya kau balik.

#5
Jangan layan semua perempuan yang tegur kau. Ingatlah, semakin cantik perempuan yang kau tak layan tu, semakin tinggi kadar kegembiraan dia.

#6
Time dia tengah datang bulan, jangan pelik kalau dia asyik tanya "Awak betul ke sayang saya?" setiap 5 minit. Jawab je elok elok.

#7
Jangan sesekali kau tinggikan suara kat dia. Tapi kalau dia tinggikan suara kat kau, relakan diri jadi tempat melepaskan marah dia.

#8
Sekali sekala buat kejutan kat dia sebab kebanyakan perempuan suka dengan elemen kejutan ni. Tapi kau jangan pula harapkan kejutan daripada dia.

#9
Jangan tanya dia "Saya hensem tak?" sebab kebanyakan perempuan ni akan jawab dengan jujur. Tapi kalau dia tanya "Saya cantik tak?" tu kau wajib jawab cantik.

#10
Bangun pagi je kau kena pastikan yang kau ucap selamat pagi kat dia sebelum muncul kat mana-mana laman sosial. Ni penting supaya dia tahu yang dia adalah orang pertama yang kau ingat lepas bangun tidur.

#11
Sebelum tidur, pastikan kau ucap selamat malam kat dia. Ni pun penting supaya dia tahu dia adalah orang terakhir yang kau ingat sebelum tidur.

#12
Kalau muka dia tumbuh jerawat, jangan sesekali tenung jerawat dia lebih daripada 1 saat atau dia akan rasa muka dia buruk dan murung selama seminggu. 

#13
Jangan puji artis perempuan depan dia.

#14
Jangan malu untuk guna panggilan manja yang selalu korang gunakan bila depan kawan-kawan kau.

#15
Jangan malu untuk balas "I love you too" bila dia telefon kau masa kau tengah lepak dengan kawan-kawan.

Ada sesiapa yang dah amalkan perkara-perkara kat atas ni? Kalau ada, tahniah diucapkan! Tabah betul korang ye? Beruntunglah pasangan korang tu.  

Kredit: DI SINI

Isnin, 24 Julai 2017

Nur Sajat Kemas Kini Nama Instagram NUR SAJAT PEREMPUAN

Salam.


Semalam tular gambar maklumat peribadi kad pengenalan Nur Sajat yang dikongsikan di laman facebook Oh! Media. Kad pengenalan tersebut mendedahkan nama sebenar Nur Sajat sebagai Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman. Tak cukup dengan tu, ada juga netizen yang mendedahkan nombor kad pengenalan Nur Sajat dan seterusnya maklumat mengenai saman yang diterima berdasarkan nombor kad pengenalan tu. Kesian juga aku tengok Nur Sajat ni. Netizen sentiasa mempersoalkan jantina Nur Sajat ni walaupun dah banyak kali soalan tu diutarakan. Jadi? Nur Sajat ambil tindakan dengan kemas kini laman instagram miliknya menggunakan nama NUR SAJAT PEREMPUAN. Harap semua maklum.


Dah jangan tanya lagi.

15 Halangan Viper Challenge Di Genting Highlands

Salam.

Sama macam tahun lepas, tahun ni Viper Challenge kat Genting Highlands ni masih mengekalkan laluan sejauh 10 km dengan 15 halangan. Ada beberapa halangan yang sama macam tahun lepas, ada beberapa halangan yang baru dan ada beberapa halangan daripada Viper Challenge kat tempat lain. Antara halangan yang menjadi pilihan aku? Halangan #1, #8, #12 dan #13! Kalau korang berminat untuk sertai Viper Challenge ni, boleh la tengok halangan-halangan kat bawah ni. 


Halangan #1


Halangan #2


Halangan #3


Halangan #4


Halangan #5


Halangan #6


Halangan #7


Halangan #8


Halangan #9


Halangan #10


Halangan #11



Halangan #12


Halangan #13


Halangan #14


Halangan #15


Pada pendapat korang, mana satu halangan kat atas ni yang paling susah? Haaa... Semua senang je kan? Haha! Macam la aku lepas semua halangan kan? Tapi jangan risau, kalau korang tak lepas semua halangan pun korang tetap akan dapat medal dengan syarat korang sampai ke garisan penamat. Untuk pengetahuan korang, Viper Challenge seterusnya akan diadakan kat Shah Alam (September) dan Cyberjaya (Disember). Kalau korang berminat, boleh la singgah laman web rasmi Viper Challenge.

Kredit: Wan Fuuyoo

Isnin, 17 Julai 2017

17 Rumah Tercantik Di Malaysia

Salam.

Tak sangka sebenarnya ada banyak rumah kat Malaysia ni yang cantik cantik. Teruja! Terus berangan nak ada rumah secantik semua tu. Tapi? Menangis tengok gaji sendiri. Haha! Astaghfirullah al azim. Jangan kufur nikmat yang diberi percuma. Syukurlah nak. Aku bersetuju dengan seorang netizen yang telah berkongsi 17 buah rumah tercantik yang terdapat di Malaysia. Memang serious cantik! Walaupun aku ni bukan daripada bidang architecture ataupun interior design tapi aku tahu rumah-rumah yang disenaraikan tu memang cantik selain nampak mahal dan mewah secara visual.

Jadi jom kita tengok 17 buah rumah yang tercantik kat Malaysia ni. Jangan risau, bila sebut cantik je, perkara tu adalah subjektif dan sentiasa boleh dibahaskan. Bak kata pepatah, beauty is in the eye of the beholder. Kalau korang rasa tak cantik, pergi la senaraikan sendiri rumah-rumah yang korang rasa cantik kat mata korang. Haha! Emosi tak aku?

#1


Lokasi: Taman Desa, Kuala Lumpur
Sumber: DI SINI

#2


Lokasi: Bangsar, Kuala Lumpur
Sumber: DI SINI

#3


Lokasi: Sungai Buloh, Selangor
Sumber: DI SINI

#4


Lokasi: Kuala Lumpur
Sumber: DI SINI

#5


Lokasi: Janda Baik, Pahang
Sumber: DI SINI

#6


Lokasi: Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Sumber: DI SINI

#7


Lokasi: Petaling Jaya, Selangor
Sumber: DI SINI

#8


Lokasi: Sepang, Selangor
Sumber: DI SINI

#9


Lokasi: Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur
Sumber: DI SINI

#10


Lokasi: Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Sumber: DI SINI

#11


Lokasi: Bukit Tunku, Kuala Lumpur
Sumber: DI SINI

#12


Lokasi: Petaling Jaya, Selangor
Sumber: DI SINI

#13


Lokasi: Kuala Lumpur
Sumber: DI SINI

#14


Lokasi: Kuala Lumpur
Sumber: DI SINI

#15


Lokasi: Kuala Lumpur
Sumber: DI SINI

#16


Lokasi: Petaling Jaya, Selangor
Sumber: DI SINI

#17


Lokasi: Kuala Lumpur
Sumber: DI SINI

Cantik ke tidak rumah-rumah kat atas ni? Yang mana satu pilihan korang? Kalau aku, aku pilih #5. Siapa je tak nak rumah dia cantik kan? Tapi kalau takde duit, tak payah cakap la nak rumah cantik macam kat atas ni. Berangan je la mampu... Nasib baik berangan tu percuma, tak kena bayar sesen pun. Kalau kena bayar, memang tak payah la nak berangan. Jadi? Marilah kita menabung untuk mendapatkan rumah secantik kat atas ni. Agak agak berapa tahun nak menabung tu? 1000 tahun cukup tak? Haha!

Kredit: DI SINI

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com