Jumaat, 18 Januari 2019

#10YearChallenge - Dari 2009 Hingga 2019

Salam.


Wow! Demam #10YearChallenge sedang melanda netizen satu dunia! Aku seperti biasa tak nak ketinggalan untuk berkongsikan gambar aku bagi menyahut seruan dan cabaran yang menjadi fenomena di laman laman sosial. Acah acah ikut trend lah tu. Kata social media enthusiast? Kena lah join sekaki. Orang kata baru lah relevan. Haha! Dasar tak sedar diri umur dah cecah angka 30 kan?


Dah 10 tahun dah?

Gambar aku pada tahun 2009 tu diambil semasa menghadiri kenduri kahwin sahabat aku semasa di sekolah menengah. Diam tak diam dah nak masuk 10 tahun usia perkahwinan dia! Dan aku? Masih mencari lagi sampai sekarang. Tengah mencari ke tu? Takpe. Jodoh itu rahsia Allah. Tak sangka juga macam tu rupa aku 10 tahun yang lepas. Sebab aku rasa macam dah handsome dah masa tu. Sekali? Aku tertipu dengan diri sendiri! Haha!


Berbeza! Memang berbeza!

Jauh gila beza! Kau orang sendiri boleh nampak pada 10 tahun yang lepas aku kurus bukan main. Sekarang? Tak payah cakap lah. Dah rupa maggi kembang lepas 30 minit terbiar. Rambut pula sejenis tercacak. Dah macam duri durian kan? Style pun tak nak kalah. Masa tu memang tengah trend baju kemeja kotak kotak macam tu. Ingatkan dah cukup bergaya dah masa tu. Haha! Entah entah gambar aku pada tahun 2019 ni pun akan ditertawakan dalam masa 10 tahun akan datang.


Tapi tak sangka juga gambar cabaran tu menerima lebih daripada 20,000 impak. Suka lah tengok aku buruk macam tu? Haha! Apa apa pun semoga kita menjadi orang yang lebih baik dalam semua perkara pada tahun 2019 ni. Baik daripada segi tingkah laku, fizikal, emosi, rohani mahupun intelek. All the best!

Lirik Lagu Faizal Tahir - Bisa Aja

Salam.


Faizal Tahir ni tak pernah mengecewakan dalam menghasilkan lagu lagu yang berkualiti, moden, catchy dan relevan. Boleh kata dia ni genius dalam mengarang dan mencipta lagu. Dah dengar lagu Bisa Aja yang baru release hari ni? Pehhh... Sekali dengar je aku dah boleh sangkut dengan lagu tu. Serius! Dan tak sampai satu jam aku dah pasang lagu Bisa Aja ni lebih daripada sepuluh kali. Lirik yang direct dan mudah difahami, aku yakin kebanyakan daripada kita boleh relate dengan lagu ni.

Lirik Lagu Faizal Tahir - Bisa Aja

Ingatkah lagi pada diri ku
Atau sengaja kamu mahu menyakiti ku

Ingatkah lagi kali terakhir
Ku mendengar suara mu bilang pada ku rindu

Aku hanya mahu diri mu tahu kau

Bisa aja telefon ke cell phone
Bisa aja telefon selalu
Ku tahu banyak mahu bicara
Ku kan selalu ada

Bisa aja telefon ke cell phone
Bisa aja telefon selalu
Ke cell phone
Selalu

Bisa aja kamu terbang jauh
Tinggi dan pantas mengejar mimpi
Tinggalkan ku dan semua di sini

Hanya satu perlu diri mu tahu

Dah cepat dengar sana!

Ahad, 13 Januari 2019

Neelofa Silap Muat Naik Gambar Nampak Rambut Di Instagram Story

Salam.


Astaghfirullah al azim. Terkejut aku tengok gambar Neelofa yang menampakkan rambut di instagram story miliknya sendiri. Biar betik Neelofa dah free hair? Salah satu cara menjemput rezeki sempena tahun 2019 ke? Haha! Tidak lah. Rupa rupanya Neelofa tersilap muat naik gambar tersebut. Gambar yang dimuat naik tu sebenarnya untuk tatapan "close friends only" je. Tapi biasa lah, kadang kadang kita tak bukan sengaja pun. Nasib baik Neelofa dah delete secepat yang mungkin.


Jadi kat mana nak tengok gambar Neelofa nampak rambut tu? Ada tak gambar tu? Ehhh laju je kan nak cari gambar gambar macam tu? Haha! Jaga lah aib orang seperti mana kita mahu orang menjaga aib kita. Boleh macam tu? Alim alim kucing kejap. Kejadian seperti ni sebenarnya boleh dijadikan pedoman untuk kita. Lepas ni kurang kurang kan lah muat naik gambar yang terlalu peribadi di laman laman sosial walaupun untuk tetapan "close friends only". Orang kata lebih baik mencegah daripada merawat. Betul tak?

Rabu, 2 Januari 2019

Sukarelawan Terbaik MVM Terima Penghargaan & Anugerah Di VAA 2018

Salam.


Hi. Sudikah awak menjadi sukarelawan dalam rumah tangga kita? Haha! Kau dah kenapa? Cakap pasal sukarelawan ni, minggu lepas aku berkesempatan menghadiri satu majlis makan malam amal, iaitu, Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA). Haaa... Sebelum itu aku nak tanya kau orang tahu ke tak maksud sukarelawan tu? Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, sukarelawan ialah orang yang melakukan sesuatu dengan sukarela, tidak dipaksa-paksa dan atas kemahuan sendiri. Seperti awak yang secara sukarela mencintai dan menyayangi saya. Bye!

MVM Iktiraf Sukarelawan Terbaik

Tahniah pertubuhan sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia (MVM)! Pejam celik pejam celik tak sangka usia dah masuk 4 tahun. Mengenai Muslim Volunteer Malaysia, ditubuhkan pada 30 Disember 2014, MVM adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama. Secara umumnya, MVM sekarang ni mempunyai lebih daripada 50,000 orang sukarelawan di Malaysia dengan julat umur sekitar 18 hingga 24 tahun. Haaa... Aku rasa kebanyakan mereka ni dah kira pangkat adik lah kalau nak bandingkan dengan umur aku yang semakin matang ni bukan tua ya. Haha!



Acara Tahunan Rai Sokongan

Pada tanggal 30 Disember 2018, aku berpeluang untuk turut serta dalam majlis makan malam amal, iaitu, Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA) yang diadakan di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang. Majlis ni diadakan tak lain tak bukan untuk meraikan sukarelawan sukarelawan terbaik sepanjang tahun 2018 yang tidak pernah mengenal erti penat lelah semata-mata untuk memberi kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan. Jadi siapa kata jadi kerja sukarelawan ni membosankan? Takde siapa kan? Haaa... Betul lah tu. Haha!

Selain daripada sukarelawan, majlis tersebut juga meraikan keluarga asnaf, pekerja, penaja, rakan NGO dan media yang telah memberikan sokongan sepanjang MVM bertapak dalam dunia kebajikan ni. Tapi siapa pula yang nak meraikan cinta saya dan awak? Haha! Majlis yang diadakan pada jam 8 malam hingga 11 malam itu telah mencatatkan hampir 400 orang tetamu. Dahsyat!


Dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Encik Muhammad bin Jantan merangkap Presiden MVM, majlis kemudian diteruskan dengan sesi penganugerahan dan cabutan bertuah diselangi persembahan istimewa daripada Lah Ahmad dan In-Team. Sebanyak 11 anugerah telah disampaikan kepada sukarelawan sukarelawan yang sentiasa komited dalam semua program kelolaan MVM. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah! Tunggu giliran aku pula tahun depan! Tapi kalau tak dapat anugerah pun takpe. Cukup awak jadi anugerah terindah dalam hidup saya. Haha!






Senarai Anugerah VAA 2018
  • Anugerah Tokoh Kemanusiaan
  • Anugerah Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
  • Anugerah Prof Dr. Muhaya
  • Anugerah Inspirasi
  • Anugerah Jasa Bakti
  • Anugerah Di Sebalik Tabir
  • Anugerah Sukarelawan Harapan
  • Anugerah Institusi Harapan
  • Anugerah Sukarelawan Siswa
  • Anugerah Inspirasi Pure Heart
  • Anugerah Inspirasi Keluarga Mithali 

Pada malam itu, majlis pertama kalinya memperkenalkan Anugerah Tokoh Kemanusiaan dan telah diberikan kepada Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Selain itu, MVM juga telah mengadakan satu slot "5 Minutes That Count" yang mana kutipan dana dijalankan untuk kempen Misi Bantuan Musim Sejuk: Syria, Kami Datang 3.0 akan datang. Dan alhamdulillah, kutipan pada malam VAA tersebut telah mencatatkan angka yang agak membanggakan, iaitu, RM4,755.70. Syabas diucapkan! Tapi bagaimana pula dengan angka tarikh pernikahan kita? Haha!








Pada masa yang sama, Presiden MVM turut mengumumkan 3 inisiatif baru MVM untuk tahun 2019, iaitu, Pusat Tuisyen Salam, projek penulisan #PenaMVM dan sumbangan secara sistem auto debit. Menurutnya lagi, pada tahun 2019 ini, MVM menyasarkan 118 program kebajikan dan kemanusiaan yang mana merangkumi 90% program di dalam negara dan selebihnya program di luar negara. Hebat tak sukarelawan Malaysia?

3 Program Terbaru Muslim Volunteer Malaysia
  • Pusat Tuisyen Salam
  • Projek penulisan #PenaMVM
  • Sumbangan secara sistem auto debit



Semoga platform seperti ini akan terus diadakan pada setiap tahun agar dapat menarik minat orang luar untuk menjadi sukarelawan dan seterusnya mengubah perspektif pemikiran mereka di samping membentuk modal insaniah yang membentuk peribadi unggul secara holistik. Usaha MVM yang berterusan ini diharapkan menjadi contoh badan sukarelawan di Malaysia. Jadi apa tunggu lagi? Ayuh kita beramai ramai daftar volunteer Muslim Volunteer Malaysia! Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MVM, jangan lupa untuk singgah pautan pautan di bawah.


Kepada mereka yang tertanya tanya cara menyumbang di Muslim Volunteer Malaysia, boleh rujuk senarai akaun rasmi seperti di bawah. 

Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Maybank: 56480 164 7699
CIMB: 8602 5378 07
Bank Islam: 1230 0010 0030 65
Emel: account@mvm.org.my

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com