Ahad, 13 Januari 2019

Neelofa Silap Muat Naik Gambar Nampak Rambut Di Instagram Story

Salam.


Astaghfirullah al azim. Terkejut aku tengok gambar Neelofa yang menampakkan rambut di instagram story miliknya sendiri. Biar betik Neelofa dah free hair? Salah satu cara menjemput rezeki sempena tahun 2019 ke? Haha! Tidak lah. Rupa rupanya Neelofa tersilap muat naik gambar tersebut. Gambar yang dimuat naik tu sebenarnya untuk tatapan "close friends only" je. Tapi biasa lah, kadang kadang kita tak bukan sengaja pun. Nasib baik Neelofa dah delete secepat yang mungkin.


Jadi kat mana nak tengok gambar Neelofa nampak rambut tu? Ada tak gambar tu? Ehhh laju je kan nak cari gambar gambar macam tu? Haha! Jaga lah aib orang seperti mana kita mahu orang menjaga aib kita. Boleh macam tu? Alim alim kucing kejap. Kejadian seperti ni sebenarnya boleh dijadikan pedoman untuk kita. Lepas ni kurang kurang kan lah muat naik gambar yang terlalu peribadi di laman laman sosial walaupun untuk tetapan "close friends only". Orang kata lebih baik mencegah daripada merawat. Betul tak?

Selasa, 4 Oktober 2011

Style Rambut Aku (2009-2011)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Fiq Fikri ada update pasal rambut sebelum ni. So, aku pon nak update pasal rambut jugak. See? Senang kan nak update blog? Tiru je apa yang orang lain update. Haha. Kejam kan? 

Aku dah buat research pasal rambut aku daripada tahun 2009 sampai la tahun ni iaitu tahun 2011. Tak sangka hebat jugak rambut aku. Macam macam style aku tengok. Ada style kucing bertanduk, ada style baju kena lipat, ada style duri dalam daging, ada style helmet melekat, ada style kelapa diparut dan macam macam lagi la. Eh. Comel kan nama nama style rambut aku?

Mesti kau tak sabar nak tengok kan? So, tengok je la. Aku pon tak sabar nak tekan publish ni.


Kalau rambut aku ialah seorang manusia, mesti dia dah maki aku laju laju. Sikit sikit tukar style. Tapi nasib baik la rambut aku bukan seorang manusia. Kalau tak, habis la aku kena belasah dengan dia. Eh. Macam melampau je imaginasi aku?

For me, style rambut sangat penting bagi lelaki. Style rambut boleh buat seseorang lelaki jadi hensem dan pada masa yang sama, style rambut jugak boleh buat dia jadi hodoh. Macam mana tu? Errr... Aku pon tak tahu. Aku main cakap je sebab aku rasa macam ada PhD je bila cakap macam tu. Haha.



potpetpotpet : Lepas ni style apa pulak?

Jumaat, 16 September 2011

Rambut Pendek

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!



See? Rambut aku dah pendek! Fuhhh... Kepala aku terus rasa ringan macam gula gula kapas. Sekarang aku guna syampu sikit sangat. Sebelum ni aku wajib ambil satu sudu teh syampu setiap kali aku mandi. Aku cakap pasal teh ke syampu ni? Tapi sekarang lihatlah aku cuma ambil satu cubit syampu sahaja.

Aku baru potong rambut ni semalam sebab aku rimas sangat dengan sideburns aku yang tiba tiba je dah panjang. Tanpa membuang masa lagi, aku terus menyerahkan diri kat kedai gunting rambut yang berhampiran. Errr... Ada yang kata muka aku dah macam budak sekolah dah sekarang. Adeh. Ni yang tiba tiba rasa nak pakai baju sekolah ni. Boleh?

Aku suka rambut pendek. Bila mandi tu, rasa licin je kulit muka aku walaupun macam takde kaitan sangat. Haha. Apa apa pon, aku nak bagitahu kelebihan lelaki dengan rambut pendek ni:
  • Tak payah syampu sangat.
  • Sikat boleh buang ke dalam tong sampah sekarang.
  • Menampakkan tulang pipi. Eh?
  • Nampak macam pandai. MACAM.
  • Kurang kelemumur.
  • Lebih hensem pada pandangan perempuan. Haha. Nampak sangat tipu!
  • Kelihatan muda beberapa hari sebelum.



potpetpotpet : Jom potong rambut! Tak kisah la rambut yang mana. Eh?

Ahad, 21 November 2010

Tips | Study For Final Exam



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Halo halo. Aku tahu lu mesti tanya mana pergi rambut aku yang semulajadi lawo lagi panjang tuh. Haha. Aku dah gunting ah kasi pendek. Fuhhh ... Rasa ringan pulak sekarang ni. Ada jugak rasa macam kepala ni sedang berbogel ! Adeh. Aku gunting ni bukan saja saja nak bagi salon tu kaya raya, ni aku nak ambil mood exam ah. Lu tahu tak aku kena jawab exam mulai 25 November 2010 ni ? Okay. Sekarang lu dah tahu sebab aku dah terberitahu. Faham faham sudehhh ...


Therefore, aku nak kongsi tips how to study for final exam. Tips ni sesuai diaplikasikan oleh sesiapa sahaja, di mana jua dan pada bila bila masa. Cehhh ... Walaupun aku tak pernah dapat dean list, aku nak kongsi tips ni jugak. Tak kireee !!! Haha. Jom belasah !!!
  • Sila ulangkaji semua homeworks, tests, quizzes or even past years questions. Kadang kadang, lu boleh jumpa soalan soalan yang sama dalam final exam. Ni kes malas nak buat soalan soalan baru ah ni. Siriyes !
  • Sila buat jadual belajar. Lu jangan gedik gedik nak study semua paper sekali. Lu ingat lu Albert Einstein ? Kalau boleh, satu jam lu study, satu jam lu berehat atau lu buat aktiviti lain.
  • Sila berehat dengan secukupnya. Kalau lu letih masa jawab final exam, habis ah lu ! Okay ? Kalau lu takut letih sangat, lu berehat je, tak payah study. Haha.
  • Sila potong rambut sependek yang boleh. Kalau botak lagi bagus. Secara hipotesisnya, semakin sikit rambut kat kepala, semakin senang otak menyerap ilmu. Harap maklum.


potpetpotpet : Aku nak minta maaf kalau ada salah dan silap yang aku terbuat, tak kira ah sengaja ke tak sengaja ke. Peace ! XD

Isnin, 7 Jun 2010

Justin Bieber Dan Tabiat Pelik Dia.

Hurm. Sadis. Rancangan esok nak mandi manda tenggelam timbul dibatalkan la pulak. Oh. Atas sebab-sebab gedik haha lantak dorang la. Aku nak keluar jalan-jalan jugak esok. Dah lama seh tak cuci mata tengok orang ramai. Haish.




Eh eh esok aku nak potong rambut sekali. Ya. Dah panjang kau tahu sila rujuk gambar di atas. Agak agak mayang mengurai kan kan kan? Well. Justin Bieber makan hati kalau nampak rambut aku haha. Dia ingat rambut dia sorang je yang kebaboom??? Cewahhh... Aku dah decide nak potong macam mana nanti tapi tak tahu la okay ke tak. Tunggu dan lihat. Ya. Bukan senang nak dapat potongan rambut yang sesuai dengan muka ni. Kadang-kadang boleh jadi hodoh kalau potongan rambut tak sesuai seriously. Oh my.




Oh. Ramai gilosss kot rakyat jelata suka betul dengan rambut dia ni. Erk. Aku tengok apakah??? Biasa biasa je haha. Aku tak tahu la kalau korang perasan ke tak tapi Justin Bieber ni ada tabiat pelik semasa dia menyanyi. Kau nak tahu? Ya. Dia suka buat aksi teleng teleng kepala ke tepi sebab dia nak betulkan posisi rambut dia tu. Kelakar kau tahu. Seriously. Aku tengok dia dah macam ada penyakit leher terencat pulak. Joking.


Single baru dia berjudul Somebody To Love. Oh. Justin Bieber featuring Usher. Wow. This song tambah bertenaga dengan kehadiran Usher kau tahu. Eh eh sebelum ni Justin Bieber dah rakam lagu Somebody To Love tu secara solo. Agak agak kureeeng rasa sebab tu dia tambah Usher dalam lagu ni. Ya. This song sounds cooler now!


potpetpotpet: Rambut itu mahkota.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com