Salam.
Hey! Lagi berapa hari nak puasa ni? Kurang tujuh hari je lagi kan? Haaa... Dah ada plan nak buka puasa kat luar tak? Kalau belum, mari sini aku nak bagi cadangan baik punya. Haha! Pernah dengar nama Me'nate Steak Hub tak? Me'nate Steak Hub ni terkenal sebagai sebuah restoran yang berkonsepkan makanan barat dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Sempena bulan Ramadan pada tahun 2019 ini, Me'nate Steak Hub juga turut menawarkan sajian bufet untuk berbuka puasa. Untuk makluman, menu steak dan barat menjadi pilihan utama sajian bufet pada tahun ini beserta hidangan Kambing Golek yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Kau rasa tak gila ke bufet dia siap ada steak? Tak cukup steak, ada Kambing Golek! Pehhh... Memang berbaloi lah kalau macam ini!
Tapi jangan risau, menu tempatan yang lain seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng, Kueh Teow Goreng dan sebagainya juga turut disediakan selain daripada hidangan pencuci mulut kuih muih tempatan. Katanya hampir 40 hidangan ada dalam bufet kali ini. Meriah bukan?
Pakej Bufet RamadanRM79.90 dewasaRM39.90 kanak-kanak
Kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke bawah tidak akan dikenakan bayaran. Dan untuk makluman, restoran akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa selepas jam 8:30 malam. Jadi kepada pelanggan yang tidak berkesempatan untuk berbuka puasa dengan pakej bufet tersebut, mereka berpeluang untuk menikmati menu steak dan barat secara ala carte.
Jadi apa kelainan dan keistimewaan berbuka puasa di Me'nate Steak Hub pada tahun ini? Haaa... Kepada mereka yang menggemari daging premium, Me'nate Steak Hub memperkenalkan pakej makanan barat premium, iaitu, hidangan Family Platter. Hidangan Family Platter ini mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan bahan yang digunakan bagi memberikan pengalaman berbuka puasa dengan hidangan yang enak secara bersama. Satu set Family Platter dianggarkan boleh dimakan sehingga 5 ke 6 orang.
Pakej Family PlatterSet Premium Family: RM450Set Super Premium Family: RM650
Aku diberitahu yang terdapat hampir 11 menu bagi setiap hidangan dalam Family Platter. Tak cukup dengan itu, setiap pelanggan akan diberikan akses percuma ke hidangan bufet pemanis mulut. Jadi berbaloi ke tidak? Dah tentu lah berbaloi! Dan jangan tak tahu yang set Super Premium Family tu mengandungi daging wagyu ya.
Pada masa yang sama, pihak Me'nate Steak Hub telah melantik Syuk Hot FM dan Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom sebagai Ikon Me'nate bagi membantu mempromosikan Pakej Bufet Ramadan dan Pakej Family Platter. Ternyata memang serasi bersama mereka berdua ini. Syuk tidak habis habis mengusik dan menyakat Kak Lina Pom Pom yang sentiasa beraksi manja.
Ehhh jangan risau kerana Me'nate Steak Hub ni mempunyai 5 cawangan yang terletak di Setapak, Bangi, Ampang, Shah Alam dan Johor Bahru. Semua cawangan Me'nate Steak Hub akan menghidangkan pakej menu dan konsep yang sama untuk pelanggan berbuka puasa. Jadi persoalannya sekarang kat cawangan yang mana kau orang nak belanja aku ni?
Dah boleh singgah ke laman sosial media rasmi Me'nate Steak Hub untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut tentang pakej berbuka puasa pada tahun ini seperti pautan di bawah.
Facebook: https://www.facebook.com/menatesteakhub/
Instagram: https://www.instagram.com/menatesteakhub/