Selasa, 9 April 2019

Pengalaman Tanam Anak Pokok Di Save Our Rainforest Race (SORR) 2019

Salam.


Alhamdulillah. Walaupun aku tak berapa sihat hari tu tetapi aku berjaya menamatkan larian Save Our Rainforest Race (SORR) 2019 ni. Haaa… Acara ni bukan sekadar larian semata-mata ya. Acara ini sebenarnya bertujuan mendidik para peserta dalam usaha memelihara dan memulihara hutan kita. Usaha yang sangat murni bukan? Tahniah diucapkan buat PEKA Malaysia.


Tak silap aku ini adalah merupakan tahun kedua SORR diadakan. Tahun lepas katanya SORR diadakan di Tanjong Malim, Perak. Dan tahun ini pula SORR diadakan di Ayer Keroh, Melaka. Sebagai anak jati Melaka, aku bangga dengan adanya acara seumpama ini. Sambil kita melakukan aktiviti menyihatkan tubuh badan, kita juga membantu usaha pihak penganjur dalam menyebarkan kesedaran memelihara dan memulihara hutan. 


5 Perkara Menarik Tentang SORR

#1 Sepasang sayap tak terlihat umpama mimpi yang tersimpan

Penyertaan peserta adalah secara berpasangan. Maksudnya tiada pendaftaran secara individu dalam acara ini. Haaa... Nak tak nak kau orang kena bersama sama melangkah ke garisan penamat. Sweet ke tidak?


#2 Kita berlari dan teruskan bernyanyi

SORR tidak menggalakkan semua peserta untuk berlari bagi acara ini. Serius? Serius! Pihak penganjur siap meletakkan beberapa banner yang menyatakan "NO RUNNING" di sepanjang laluan. Jadi? Tak payah nak lari sangat lah. Jalan saja!


#3 Cabaran penuh liku lazimnya kan berlalu

Ada 8 jenis cabaran yang disediakan bagi menyuntik elemen keseronokan. Pada pendapat aku, cabaran cabaran dia agak mudah dan menarik lebih lebih lagi bila cabaran itu memerlukan kita bekerjasama sebagai pasangan. 


#4 Bertanam tebu di pinggir bibir rebung berduri di hati

Kemuncak acara bagi SORR ini adalah tugasan menanam anak pokok! Sebelum mendapat menamatkan acara dan menerima pingat, setiap peserta perlu menanam anak pokok mengikut kawasan yang telah dibahagikan. Aku boleh kata antara pengalaman yang berharga dalam hidup aku bila aku dapat berbudi kepada tanah seperti ini.


#5 Panas panas panasnya mentari tak sepanasnya cinta ku ini

Laluan SORR hari itu adalah teduh dan terlindung daripada panas matahari. Haaa... Agak agak kenapa? Kerana ada pokok di kiri jalan dan di kanan jalan sepanjang laluan hari itu. Jadi udara yang kita orang sedut hari itu pun terasa segar dan penuh dengan oksigen. Haha!


Tak sabar untuk sertai SORR yang seterusnya. Tahun depan kat mana pula ya?

Khamis, 11 November 2010

Melilau Together Di The Gardens

Aku bukan orang KL. So, logik ah aku tak pernah gi The Gardens kan ? Ke tak logik langsung ? Haha. Aku nak singgah Mid Valley semalam. Dah tu, aku nak cari ah parking. Pusing punya pusing, penuh ah parking kat Mid Valley tu. Apahal ah ramai ramai gi Mid Valley ni ? Gi ah tempat lain. Banyak lagi tempat lain kat KL kan ? Menyusahkan betul ! =.=


Tak pasal pasal aku gi parking kat The Gardens. Nasib sebelah je dengan Mid Valley tu. Kalau dua tiga belah, mati ah aku nak berlari-lari anak gi Mid Valley. Adeh. Masuk masuk je The Gardens tu, one of my friends siap tanya, eh ni Mid Valley ek ? Okay. Lu tak pernah gi Mid Valley ke ? Haha. Kejam tak aku sebagai seorang kawan yang macam handsome ? Ngeee ... Lawo jugak ah The Gardens ni. Plus, takde ah sesak macam Mid Valley. Sesuai betul kalau lu nak posing kat escalator ! *.*




Kitorang pun jalan jalan ah kejap. Tengok tengok port mana yang best nak lepak. Then, jumpa ah taman tema air kat aras 6 kalau tak silap. Kata The Gardens kan, kena ah ada tumbuhan tumbuhan hijau ni. Kuning kuning sikit pun takpe kot. Erk. Aku cari cari jugak pokok durian, pokok rambutan, pokok manggis, tapi tak jumpa ah. Ada ke tak sebenarnya ni ? Beritahu ah awal awal, atau letak ah signboard di sini takde pokok durian, pokok rambutan, apatah lagi pokok manggis. Boleh ? Takde ah aku tercari-cari. Dan aku pun tak tahu sebab musabab kenapa aku cari pokok pokok tu. Haha. Lantak ah. Moral of the story, sayangi alam sekitar ! Let's green our one and only earth !











potpetpotpet : Posing in front of camera is like a therapy to me. :)

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com