Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!
Semalam Awek Retro tegur aku, dia kata dia nampak gambar aku kat Astro Prima. Dan baru je tadi Doktor Yang Riang Gembira upload gambar tu kat timeline aku. Eh. Macam mana pulak gambar aku boleh masuk tv ni? Aku menang anugerah blogger of the year ke? Haha. Tidak sama sekali. Gambar aku sebenarnya digunakan untuk salah satu babak dalam telemovie Cinta Si Tukang Kasut, lakonan Remy Ishak dan Ayu Raudah. Awek Retro kata dalam babak tu aku antara calon suami Ayu Raudhah. Okay. Aku nak explain pon rasa macam gedik je.
Dan kat bawah ni aku berjaya print screen babak yang menggunakan gambar aku dalam telemovie Cinta Si Tukang Kasut. Kalau nak tengok gambar asal, sila rujuk entri 10 Sebab Lelaki Pilih Status Single.
potpetpotpet : Aku tak berkesempatan untuk menonton telemovie tu.


