Rabu, 15 Januari 2014

Dulu Tingkatan 1, Sekarang Tingkatan 4!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ada masanya peluang tu datang pada waktu kita belum bersedia. Dan itu la yang terjadi pada aku baru-baru ni. Adeh. Cikgu sekolah lama aku mintak tolong bagi talk sikit untuk pustakawan-pustakawan sekolah tu. Bila? Hari Sabtu 11 Januari hari tu. Dan masa tu aku memang betul-betul tengah sibuk dengan orientasi kat tempat kerja aku pulak tu, celah mana aku nak curi masa? Bayangkan aku balik jam 2 pagi lepas tu jam 10 pagi tu dah kena bagi talk? Memang tak sempat nak sediakan apa-apa. Errr... Sebenarnya? Tak larat! Haha!


Tapi aku gagahkan jugak. Aku tahu aku tak dapat nak bagi talk sepenuhnya sebab aku memang tak sempat nak sediakan slide pun. Jadi, aku putuskan untuk buat latihan dalam kumpulan je. Nasib baik bilangan peserta tak ramai, kira-kira dalam 30 orang. Masa pun tak lama, cuma dua jam diberikan. Hari tu kami cuma sempat buat satu latihan dalam kumpulan. Tak sangka dua jam sekarang dah macam dua puluh minit je. Nampaknya, aku kena datang lagi untuk latihan dalam kumpulan yang seterusnya. Eh?

Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Tak sangka pulak ada antara dorang tu bekas murid-murid aku dulu. Aku ajar dorang Sains dulu. Masa aku ajar dorang, tak silap aku masa tu dorang masih budak-budak hingusan lagi, baru tingkatan satu. Sekarang? Dah tingkatan empat! Haaa... Faham tak itu tandanya apa?


potpetpotpet: Tua mengejar kita. Jadi? Kita lari laju-laju!

Ahad, 16 Mei 2010

Happy Teacher's Day Kepada Semua Pendidik Di Malaysia.

Selamat pagi cikgu! Wah tiba tiba teringat watak budak intan payung dalam Upin dan Ipin tu wakakaka suka suka. Well selamat hari guru kepada barisan tenaga pengajar yang terdapat di dunia ni terima kasih kerana ilmu yang kalian curahkan. Tanpa kalian semua aku tak pasti aku sekarang ada kat mana walaupun ayah dan ibu aku dua dua guru haha jangan jealous.


Aku ada cerita sedih. Aku pernah kena tampar dengan sorang cikgu laki masa sekolah rendah. Kesian okay. Masa tu kalau tak silap hari sukan. Semua murid dikehendaki berbaris ikut rumah sukan masing masing. Lepas tu cikgu tu suruh budak budak diam sebab mulut masing masing macam bontot ayam haaa tak pasal pasal keluar bontot kan kan kan. Aku pun senyap. Then kawan aku pulak tak reti nak senyap senyap daripada tadi. Aku apalagi takut la pulak kot kot cikgu tu datang dekat sebab aku ada kat belakang kawan aku je. Aku suruh kawan aku senyap shhhh... Jeng jeng jeng... Paaanggg!!! Seketul penampar hinggap kat muka aku eh eh tu bukan bunyi loceng aiskrim ke apa ke. Fuhhh. Tak pasal pasal aku pulak yang jadi mangsa dan sampai sekarang aku ingat peristiwa tu. Nasib baik cikgu tu tak ajar aku kalau tak aiyoh tak berkat nanti ilmu aku wakakaka jahat jahat.


Well. Selamat hari guru kepada pendidik pendidik sekalian. Cikgu Zara. Cikgu Qarl. Cikgu Eq. Cikgu Jaja. Cikgu Loqman. Cikgu Ijat. Cikgu Zam. Cikgu Din. Cikgu Adie. Cikgu Putra. Cikgu Hairi. Banyak betul kenangan kenangan manis masa aku belajar. Jom tinjau kat mana pulak aku menuntut ilmu selama ni. Cikgu cikgu semua memang best!
  • Tabika Kemas Kampung Kelemak
  • Sekolah Kebangsaan Dato' Naning
  • Sekolah Rendah Agama Jelatang
  • Sekolah Rendah Agama Kampung Kelemak
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Sultan Muhammad
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said
  • Kolej Matrikulasi Johor
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris

potpetpotpet: Tak lama lagi giliran aku pulak sabar sabar ye.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com