Rabu, 15 Januari 2014

Dulu Tingkatan 1, Sekarang Tingkatan 4!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ada masanya peluang tu datang pada waktu kita belum bersedia. Dan itu la yang terjadi pada aku baru-baru ni. Adeh. Cikgu sekolah lama aku mintak tolong bagi talk sikit untuk pustakawan-pustakawan sekolah tu. Bila? Hari Sabtu 11 Januari hari tu. Dan masa tu aku memang betul-betul tengah sibuk dengan orientasi kat tempat kerja aku pulak tu, celah mana aku nak curi masa? Bayangkan aku balik jam 2 pagi lepas tu jam 10 pagi tu dah kena bagi talk? Memang tak sempat nak sediakan apa-apa. Errr... Sebenarnya? Tak larat! Haha!


Tapi aku gagahkan jugak. Aku tahu aku tak dapat nak bagi talk sepenuhnya sebab aku memang tak sempat nak sediakan slide pun. Jadi, aku putuskan untuk buat latihan dalam kumpulan je. Nasib baik bilangan peserta tak ramai, kira-kira dalam 30 orang. Masa pun tak lama, cuma dua jam diberikan. Hari tu kami cuma sempat buat satu latihan dalam kumpulan. Tak sangka dua jam sekarang dah macam dua puluh minit je. Nampaknya, aku kena datang lagi untuk latihan dalam kumpulan yang seterusnya. Eh?

Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Tak sangka pulak ada antara dorang tu bekas murid-murid aku dulu. Aku ajar dorang Sains dulu. Masa aku ajar dorang, tak silap aku masa tu dorang masih budak-budak hingusan lagi, baru tingkatan satu. Sekarang? Dah tingkatan empat! Haaa... Faham tak itu tandanya apa?


potpetpotpet: Tua mengejar kita. Jadi? Kita lari laju-laju!

Ahad, 30 Mei 2010

Tak Hina Kerja Sebagai Driver.

Haish... Kalau cuti semester maka berkeliaran la pelajar-pelajar IPT di Malaysia mencari kerja sambilan. Aku je buat tak tahu haha lantak aku malas nak kerja sana kerja sini. Aku dah pernah kerja sambilan sebelum ni dan keputusan dia aku penat nak mammm oleh itu aku ambil keputusan to say no to kerja sambilan. Tak berbaloi-baloi. Aku rasa dah cukup kot pengalaman tu. Sekian.


Katakan tak nak kepada rokok.


Well. Walaupun aku tak kerja sambilan tapi aku rasa macam aku sedang kerja sambilan jugak jeng jeng jeng. Aku dah macam kerja sebagai driver vroom vroom okay. Kenapa??? Jom tengok jadual aku minggu ni dasat tol kau tahu.
  • Hari Rabu. Aku drive dari Alor Gajah ke Batu Pahat. Then from Batu Pahat to Shah Alam.
  • Hari Khamis. Aku drive pusing pusing Shah Alam. Aku pergi Sunway Piramid. Lepas tu aku singgah Plaza Alam Sentral. Lastly, aku lalu i-City.
  • Hari Jumaat. Aku drive dari Shah Alam ke Alor Gajah.
  • Hari Sabtu. Aku drive lagi dari Alor Gajah ke Batu Pahat.
  • Hari Ahad. Aku bakal drive dari Alor Gajah ke Petaling Jaya.

Hebat tak hebat tak??? Agak lebam lebam jugak punggung aku bila drive sampai berjam-jam. Fuhhh... Ada mana mana dato' dato' serta datin datin nak driver??? Aku boleh jadi driver wakakaka. Okay okay. Ni ciri-ciri pemanduan aku sebagai driver cemerlang, gemilang dan terbilang iaitu:
  1. Bawa dengan laju tanpa menghiraukan tanda merah putih 110 kilometer per jam kat sebelah jalan. Selagi pedal minyak tu tak habis tekan maka tekan lagi dan lagi dan lagi.
  2. Kalau aku on stesen radio sedang putar lagu tak best aku tanpa segan silu tukar stesen radio yang lain kadang-kadang pergerakan kereta jadi ke kirilah ahai ke kananlah ahai.
  3. Malas nak bagi signal. Belok je haha.
  4. Segera potong kalau ada lori atau bas kat depan. Semak mata aku pandang.
  5. Tak suka memaki hamun kuat-kuat kepada pemandu-pemandu yang berkenaan. Suka simpan dalam hati bak kata pepatah rumah terbakar nampak asapnya hati terbakar siapa yang tahu kan kan kan??? Simpan simpan sampai muka jadi merah padam sebab dah tak muat lagi wakakaka.

Okay. Teruk betul kan aku drive??? Well. Aku dah semakin berhemah sekarang ni hehe. Betul betul betul. Jangan fikirkan diri sendiri semata-mata.

Jumaat, 28 Mei 2010

Satu Hari Di Jalan Raya.

Rabu 26 Mei 2010
Satu hari di hari raya lain dengan satu hari di jalan raya. Okay. Aku takde motif nak nyanyi lagu raya tu tapi nak beritahu orang orang kampung sekalian bahawasanya kami rakyat Malaysia aku dah habiskan masa agak agak lapan jam kat jalan raya. Boleh?


Alor Gajah ke Batu Pahat. Batu Pahat ke Shah Alam. Lepas tu ke sana ke sini entah mana mana seksyen aku lalu. Bantai je la. By the way aku dan adik aku hantar nyaie aku daripada Batu Pahat ke Shah Alam ya kat rumah mak cik aku. Nyaie nak singgah rumah mak cik aku tu sebab dia dapat cucu lagi entah dah bersepah cucu cicit dia kau tahu banyak wo. Keturunan dia subur secara semulajadi kot wakakaka.


Well nyaie aku ni banyak betul gossip dia. Kalau setakat murai dot com tu nyaie aku pandang sebelah mata je. Sepanjang perjalanan dia tak henti-henti gossip okay eh eh bukan gossip artis-artis seperti Lady Gaga, Beyonce ataupun David Arumugam tapi pasal saudara-mara semata-mata. Hebat betul gossip dia. Contoh contoh gossip hangat lagi panas iaitu:
  • Si isteri lari rumah sebab gaduh dengan si suami.
  • Si suami tak benarkan saudara-mara si isteri datang ke rumah.
  • Si suami tak bekerja maka si isteri susah sebab tak bekerja jugak.
Hey banyak lagi okay. Aku hanya mampu tersenyum ya aku tak sangka betul betul dahsyat realiti hidup ni.


Lepas tu terkeluar pulak gossip pasal pak cik aku beli kereta baru haishhh... Kereta apa? Entah aku pun tak berapa nak tahu. Nyaie ni tak sah kalau bercakap tak keluar nasihat nasihat dia maka aku mendengar dengan tekun lagi taat sambil layan lagu omputeh boleh? Your love your love your love is my drug.


Berdasarkan gambaran nyaie aku macam ni kot rupa kereta tu.



Nyaie: kau tahu Mi... pak cik kau dah beli kereta baru... besar keretanya... masyaAllah...

Mi: ye ke? biar betul? jeng jeng jeng... [saja buat buat saspen]

Nyaie: iye... dia beli kereta tayar besar... lepas tu tempat belakang dia terbuka... takde atap... nak buat apa pulak kereta macam tu... astaghfirullah al azim...

Mi: oh... dia nak bawa gi kebun kot... angkat kayu balak ke...

Nyaie: eh... takkan kot... kita ni Mi... tak perlu tamak... nak buat apa kereta besar besar... kita ni kalau dah tua pergi la buat amal... untuk akhirat... pergi masjid ke... belajar ilmu agama ke... ye... kan senang dunia akhirat...

Mi: erk... okay...

Nyaie: tu la... kita jangan la tamak beli tu beli ni... nak rumah besar... nak kereta besar... dah tua tua tu bawa bawa la gi masjid... dunia selamat... akhirat selamat...

Mi: erk... okay...

Nyaie: ada satu keluarga tu Mi... duit berkotak-kotak kat rumah... banyak duitnya... tapi kedekut... kedekut sangat...

Mi: erk... okay...

Nyaie: tapi keluarga tu mati kemalangan... kat simpang mana entah dirahsiakan... tu la... anaknya mati... mak bapaknya mati... haish... duit tinggal macam tu je... berkotak-kotak... kesian...

Mi: erk... okay...



Di sebalik tabir dialog tu kau tahu nyaie aku kena ulang dalam tiga empat lima enam kali sebab aku tak faham maka aku suruh nyaie aku ulang lagi dan lagi dan lagi haha. Nyaie aku ni orang Jawa dan loghat Jawa dia tu pekat wo. Susah telinga aku nak tangkap. Tak pasal pasal kena ulang berkali-kali. Sorry nyaie!!!


potpetpotpet: Oh nyaie tu panggilan nenek bagi orang Jawa.

Khamis, 6 Mei 2010

Bapak Ku Pulang Dari Kota Bapak Ku Belikan Kereta.

Wah. Best best best. Aku dah sampai rumah. Melaka oh Melaka. Eh eh lupa. Alor Gajah dah ada Up Town. Gila tak? Wow. Alor Gajah dah banyak berubah. Tempat ni dah semakin cantik sekarang. Tak percaya? Sila datang sini. Jom jom.

 

Semalam aku drive balik ke Melaka. Aku bertolak selewat seawal jam 7 petang. Seriously. Aku mengantuk masa memandu. Tambah tambah lagi hujan lebat. Gila gila. Aku pon angguk angguk geleng geleng tunduk tunduk ikut telunjuk bantai je la. Terkejut kejut aku tekan brek. Betol betol menakotkan. Ya. Mungkin sebab penat packing barang barang sebelum tu kot. Oh penat okay! Rasa macam pindah rumah je. Memandangkan aku belum kahwin dan jugak bujang tang tang tang aku mengambil keputusan nak berhenti kejap kat R&R Seremban. Napping. 15 minit je kot. Then aku bertolak drive semula. Fuh...

Alhamdulillah. Selamat sampai. Oh. Ada tiga pesanan kepada sesiapa yang memandu.
  1. Sila berehat kalau mengantuk. Tak perlu lama lama sangat. Kejap pon jadi. Kalau dah agak agak mengantuk tu bawa bawa la laju laju eh eh bawa bawa la bertaubat eh eh bawa bawa la berehat. Okay?
  2. Hujan lebat. Sila nyalakan lampu kereta. Supaya pemandu pemandu yang lain perasan kereta kau. Ya. Susah nak nampak apa kat depan lebih lebih lagi kalau hujan lebat. Aduh. Kadang kadang boleh tak nampak langsung. Betol betol betol. Eh eh kalau kau rasa lampu kereta tak cukup sila sila guna lampu suluh pon boleh.
  3. Baca doa naik kenderaan. Wah. Renung renungkan dan selamat beramal! HohO.

potpetpotpet: Oh. Aku drive sorang sorang. Kesian.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com