Selasa, 19 Disember 2017

Cikgu Azizan Lepas Tuduhan Cederakan Murid (Tanpa Bebas)

Salam.


Alhamdulillah. Kebenaran berpihak kepada kita! Menurut Berita Harian, Azizan Manap, 44, telah dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban daripada pertuduhan mencederakan muridnya, Oktober lalu. Azizan Manap atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azizan disaman oleh ibu dan bapa muridnya kerana telah menyentuh murid tersebut. Cikgu Azizan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Untuk makluman korang, Cikgu Azizan adalah merupakan seorang guru disiplin Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai. 


Apakah yang dimaksudkan dengan melepaskan tanpa membebaskan? Setelah aku rujuk google, melepaskan tanpa membebaskan tu maksudnya tertuduh dilepaskan tapi boleh didakwa semula pada masa hadapan. Kenapa melepaskan tanpa membebaskan? Kerana beberapa sebab seperti ketiadaan saksi, bukti atau sebab-sebab perundangan yang lain. Haaa... Jika terdapat perkembangan baru, contohnya, bukti atau saksi yang hilang sebelum ini ditemui, maka, tertuduh boleh didakwa semula. Tapi aku harap semua ini tidak akan berlaku dalam kes Cikgu Azizan ini. Amin.





Semoga kes ini menjadi kes saman yang terakhir seumpamanya di Malaysia. Cukuplah.

Sumber: Berita Harian

Rabu, 4 Februari 2015

Hubungan Soalan Matematik Dengan Sabun Pencuci Pinggan?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ni la budak budak yang kenakan aku tadi.

Siot betul bebudak ni kenakan aku tadi. Aku punya la ingatkan dorang sibuk tanyakan soalan tu sebab tak tahu nak jawab. Walaupun aku tahu sekarang dorang dah takde subjek matematik, tapi rajin pulak dorang tanya soalan matematik kat aku. Ingatkan dorang terlebih rajin tadi. Tak sangka dorang boleh pulak bagi lawak hambar aku. Cengkerik pun malu nak bunyi dengar lawak dorang. Macam mana tu? Haha!

Budak A: Encik, saya nak tanya satu soalan ni.
Aku: Haaa... Apa dia ni?
Budak A: Apa ek jawapan dia kalau A darab 10N?
Aku: Laaa... Darab je la.
Budak A: Ye la... Tapi apa jawapan dia, encik?
Budak B: Ni soalan peringkat degree ni, encik.
Aku: Yo la tu. Jawapannya dia 10AN la. Apa yang susah?
Budak B: Eh tapi jawapan dia lain la, encik.
Budak A: Ye la, encik. Jawapan dia bukan macam tu.
Aku: Lain? Habis, apa jawapan dia pulak?
Budak A: AXION!!!

Ni la AXION kesayangan dorang.

potpetpotpet : Terus rasa nak pergi basuh pinggan mangkuk kejap.

Rabu, 15 Januari 2014

Dulu Tingkatan 1, Sekarang Tingkatan 4!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ada masanya peluang tu datang pada waktu kita belum bersedia. Dan itu la yang terjadi pada aku baru-baru ni. Adeh. Cikgu sekolah lama aku mintak tolong bagi talk sikit untuk pustakawan-pustakawan sekolah tu. Bila? Hari Sabtu 11 Januari hari tu. Dan masa tu aku memang betul-betul tengah sibuk dengan orientasi kat tempat kerja aku pulak tu, celah mana aku nak curi masa? Bayangkan aku balik jam 2 pagi lepas tu jam 10 pagi tu dah kena bagi talk? Memang tak sempat nak sediakan apa-apa. Errr... Sebenarnya? Tak larat! Haha!


Tapi aku gagahkan jugak. Aku tahu aku tak dapat nak bagi talk sepenuhnya sebab aku memang tak sempat nak sediakan slide pun. Jadi, aku putuskan untuk buat latihan dalam kumpulan je. Nasib baik bilangan peserta tak ramai, kira-kira dalam 30 orang. Masa pun tak lama, cuma dua jam diberikan. Hari tu kami cuma sempat buat satu latihan dalam kumpulan. Tak sangka dua jam sekarang dah macam dua puluh minit je. Nampaknya, aku kena datang lagi untuk latihan dalam kumpulan yang seterusnya. Eh?

Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Tak sangka pulak ada antara dorang tu bekas murid-murid aku dulu. Aku ajar dorang Sains dulu. Masa aku ajar dorang, tak silap aku masa tu dorang masih budak-budak hingusan lagi, baru tingkatan satu. Sekarang? Dah tingkatan empat! Haaa... Faham tak itu tandanya apa?


potpetpotpet: Tua mengejar kita. Jadi? Kita lari laju-laju!

Khamis, 24 Mei 2012

Tamat Perkhidmatan Di SMK Sultan Alauddin - Selamat Tinggal!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Secara rasminya, perkhidmatan aku sebagai guru interim di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin, Masjid Tanah, Melaka telah ditamatkan pada tanggal 22 Mei 2012 yang baru dua hari lepas. Kenapa ditamatkan? Sebab aku dah dapat penempatan! Di mana? Google la kalau nak tahu. Haha. Kata semua boleh cari kat google kan?

Okay. Sempena dengan hari terakhir aku kat sekolah tu, aku sempat rakamkan beberapa keping gambar sebagai kenangan. Tapi aku tak dapat nak bergambar dengan semua. So, mana yang sempat je la.

Inilah Hero Malaya yang sebenar, mendidik generasi akan datang dengan penuh kesabaran.

Kelas 1RK yang memuatkan hampir 40 orang murid.

Macam seronok je saya dah habis?

Bob ni memang tak pernah berhenti bercakap!

Ahli mesyuarat koridor.

Sebelah kiri murid perempuan form 2. Sebelah kanan murid perempuan form 1.

Cikgu-cikgu muda kat situ. Termasuk aku!

Ada yang solo. Ada yang tak berapa solo.

Depan makmal sains! Mentang mentang ajar sains kan?

Sebelum aku tinggalkan bumi Sultan Alauddin.

See you guys again!


potpetpotpet : You'll miss me or forget me?

Isnin, 19 Mac 2012

Hadiah Misteri - Tiada Nama, Tiada Tanda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Pagi tadi aku masuk satu kelas ni, macam biasa la kan? Then, ada seorang murid ni bagi hadiah, katanya, murid kelas sebelah yang bagi. Errr... Aku rasa aku takde mengajar kelas sebelah? Hehe. Alhamdulillah. Tak sangka aku boleh dapat hadiah tadi. Tapi masalah yang timbul ialah aku tak tahu siapa murid tersebut sebab kat hadiah tu takde tulis daripada siapa. Mungkin dia lupa nak letak nama kot? Atau memang sengaja tak nak letak nama? Misteri jeng jeng jeng sungguh.

So, kepada murid yang berkenaan, kot kot la kamu baca blog saya, di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kamu. You've made my day! Tapi macam awal sangat je kamu bagi hadiah kat saya? Saya tamat perkhidmatan kat sekolah tu pada minggu depan la, bukan hari ni. Macam tak sabar sabar nak tunggu saya habis je? Haha.

Jom tengok hadiah tu:

Ada apa kat dalam beg kertas tu?

Ada dua buah kotak!

Kotak kecil ada tali leher.

Kotak besar pula ada perfume!


potpetpotpet : Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Khamis, 8 Mac 2012

Pelajar Catat Markah Penuh Ujian Matematik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Tahniah!

Alhamdulillah. Ujian Matematik baru je selesai semalam dan aku dah habis tanda semua kertas jawapan murid tadi. Gambar kat atas ni merupakan kertas jawapan empat orang pelajar daripada satu tingkatan yang sama dan telah mendapat markah penuh bagi ujian tersebut. Tahniah diucapkan! Bukan senang nak dapat markah penuh sebab kalau kita tak berhati-hati, mesti kita ada salah jawapan satu dua. Lepas tu bila check balik, kita mesti rasa ya Allah macam mana la kita boleh salah padahal soalan tu senang je. Setuju?

Kepada mereka yang dapat markah penuh, inshaAllah kalau cikgu ada rezeki lebih cikgu akan bagi sesuatu untuk menaikkan semangat murid murid yang lain. Ke ada yang nak sponsor? Haha. Dah macam giveaway je nak sponsor sponsor ni. Till then, jadikan hari ni lebih baik daripada semalam.


potpetpotpet : Last aku dapat markah penuh ialah result semester terakhir pada tahun lepas.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com