Rabu, 19 Mei 2010

Bila Cikgu Zara Dot Dot Dot.

 Pertandingan sempena Hari Guru 2010.
Siapa rasa rasa nak join boleh klik di sini.
Sebelum 20 Mei 2010 wahai kawan kawan.



Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya

Kalau Cikgu Zara cikgu saya maka saya pelajar Cikgu Zara kan kan kan? Sekian haha. Boleh?




Bila Cikgu Zara beri kerja rumah berlambak melimpah ruah maka aku kena pastikan aku berjaya siapkan semua tu. Aiyoh. Kau tahu tak bahawasanya Cikgu Zara sangat kreatif dalam bab denda denda ni. Tak pasal pasal aku kena menari zapin pulak nanti ala ewa ewa bule ewa bule teraju tigo haha bantai je la. Ya. Wahai Cikgu Zara, lepas ni kalau nak suruh menari apa apa pun boleh tak nak berlatih dulu please please please?




Bila Cikgu Zara buat sesi soal jawab maka aku dengan sukacitanya melambai-lambaikan tangan sambil mendendangkan oh bulaaan oh bulaaan oh bulaaan. Harap harap Cikgu Zara tiba tiba sambung enggan melayan diriku lagi pabila air mata membasahi pipi dan lagu lagu di radio seolah-olah memerli aku haha sekian. Tapi lenggok suara tetap serak serak Faizal Tahir.




Bila Cikgu Zara nak minta tolong angkat barang tu angkat barang ni lalu aku tolong dia. Lepas tu aku minta upah sebagai ganjaran wakakaka. Aku budak budak lagi maka aku mata duitan seringgit dua pun jadi la. Kalau Cikgu Zara beri upah aku dengan senang hati mengampu dia amboi amboi cikgu hari ni ada iras iras Tyra Banks tutup aurat la. Tapi kalau Cikgu Zara tak beri upah aku dengan sedih hati bersyair tersebutlah kisah si anak yatim piatu tiada ayah tiada ibu haha supaya Cikgu Zara turut bersimpati lantas menghulurkan bantuan iaitu upah. Jahat jahat.




Kesimpulannya kalau Cikgu Zara cikgu saya maka saya tahu saya antara pelajar yang bertuah kerana saya belajar daripada seorang cikgu yang tahu apa yang dia buat, cikgu yang sporting dan paling penting cikgu yang popular! Teruskan mendidik anak bangsa! Sekali cikgu sampai mati cikgu.

Rabu, 12 Mei 2010

Puas Dan Sedap.

Fuhhh... Puas dan sedap. Yay. Tak pasal pasal otak mula fikir macam macam bila dengar perkataan perkataan ni. Wakakaka. Hari ni berjaya pulak aku melepaskan diri daripada rumah pergi keluar with my friends. With my besties from sekolah. Seronok seronok. We went for movie, games dan jugak karok maka sila katakan lelaki muda boros sebab betul la kot. Ops.


Memandangkan aku dah lama tak tayang muka comel ni jadi sila sila luangkan masa yang lebih untuk menikmati keindahan ciptaan Allah katanya. Tak kena bayar pon. HohO. Eh eh tadi sempat jugak tengok movie. Actually nak tengok Iron Man 2 tapi one of my friend dah tengok so tukar pulak nak tengok IP Man 2 pon tak jadi maka kami tengok The Losers. Wakakaka. Lantak. The movie tu biasa biasa je. Tak tengok pon tak rugi sebab storyline dia quite predictable. Ya. But kadang kadang funny jugak watak watak dia. Oh aku suka heroin dia tapi aku tak kenal siapa pulak perempuan tu. Seksi. Muka a bit like Rihanna campur sikit Tyra Banks. Sila bayangkan.


Then sempat jugak main games entah aku pon tak tahu apahal nak main main games. Wakakaka. The most important thing aku dapat karok!!! Jadi la walaupun aku menjerit menyanyi tujuh ketul lagu sahaja. Best best. Anyway today was a nice day. Thanks besties.

potpetpotpet: Okay dah google tadi nama heroin tu Zoe Saldana kau kenal? Bantai je la. Oh happy birthday to my mom. Love you ketat ketat lagi ketat daripada biasa. Wakakaka.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com