Aku dah dapat barangan daripada Itik Kejam. Thanks a lot dear ! You have such a wonderful talent ! Keep on drawing okay ? Hehe. Aku menang contest hari raya hari tu. Rezeki lah kot. Alhamdulillah. Aku dapat sekeping fail lengkap dengan contengan jari emas daripada Itik Kejam dan satu papan kekunci rantai kekunci siap ada tanda UPM lagi. Sila jeles. Haha. Thanks thanks. :)
Eh eh ada kejadian pelik berlaku tentang penghantaran barangan tu. For your information, rumah aku bernombor D206 iaitu mewakili blok D tingkat 2 rumah ke-6. Masalah yang timbul ialah apabila barangan tersebut telah dihantar ke rumah lain, iaitu rumah bernombor E206 ! Erk. Bunyi macam biasa je ? Oh no no. Rumah E206 tu terletak di blok E tingkat 2 rumah ke-6. Bunyi macam biasa lagi ? Okay okay. Blok E merupakan blok perempuan ! Diulangi dengan laju laju, blok pompuan !
Paling penting, blok lelaki cuma SATU je ! Diulangi dengan lambat lambat, cuma sahatu sahaja ! How come nama Hizami Rahim boleh berada di blok selain daripada blok D yang satu tu ? Kureng asam betol. Ni buat gua nak tukar nama jadi Zac Efron. Haish ... Nasib bebudak rumah E206 tu kenal aku sikit sikit. Sampai jugak barangan tu kat tangan aku. Fuhhh ... Kalau tak, kempunan aku nak dukung fail tu. Siriyes aku siriyes. Okay. Nak jumpa kekasih gelap ni. Bye !
potpetpotpet : Sekilas nama di sampul surat belum tentu boleh tahu jantan betina. Haha. Mampuih.




