Ahad, 30 Jun 2013

Dunia & Akhirat - Siang Tonton Wayang, Malam Baca Yasin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Jadual penuh semalam. Rasa macam YB baru menang pilihan raya. Heh. Hari Sabtu dimulakan dengan menonton wayang filem kartun super duper comel Despicable Me 2. Aku tengok dengan Adie dan Kmel. Kagum dengan diri sendiri sebab tengok wayang awal macam ni. Macam tak pernah buat je sebelum ni? Ni semua sebab aku kena balik sebelum masuk waktu maghrib sebab aku akan berubah jadi tak berapa hensem lepas tu. Bajet cinderella? Haha! Takde la. Lepas maghrib kat kampung belah ayah aku ada majlis bacaan yaasin dan tahlil.
Filem Despicable Me 2 ni aku bagi 4 bintang daripada 5. Apa yang menarik dengan filem ni? AGNES dan MINIONS! Haha. Sebab dorang terlalu comel. Kalau dorang takde dalam filem ni, filem ni mungkin tak menjadi. Pada aku, plot cerita dia kali ni tak fresh macam dah pernah lihat plot macam ni. So far filem kartun paling best dan berjaya untuk tahun ni ialah The Croods. Ala yang lagu tema dia Yuna nyanyi dengan Owl City tu.

Lepas wayang, kitorang tunaikan kewajipan sebagai hamba Allah dulu. Lepas tu baru kitorang pergi lunch. Seperti biasa, nak decide lunch kat mana ni lah keputusan yang paling susah untuk dibuat dalam hidup ni. Last last kami masuk Garden Recipe sebab tak pernah makan kat sini. Aku order Grilled Salmon bersama Spaghetti Carbonara. Minum pulak Chinese Tea. Rasa macam terlebih sihat je lepas lunch semalam. Boleh camtuh?
 

Lepas lunch, window shopping kejap. Kmel sempat grab two new shirts, Adie pulak sempat grab sepit rambut untuk adik perempuan dia. Aku? Tak sempat grab apa apa pun. Haha! Dah habis window shopping, semua balik ke sarang masing masing.

Sebelum maghrib aku dah sampai kat kampung belah ayah aku. Dekat je dengan rumah aku. Eh. Ada satu benda yang menarik perhatian mata aku! Cuba tengok motorcross abang sepupu aku kat bawah ni. Pink tuh! Ala tomei tomei.


Alhamdulillah. Lepas solat maghrib berjemaah, bacaan yaasin dan tahlil pun dimulakan. Pak Long jadi imam malam tu. Walaupun tak semua dapat hadir tapi bersyukur kerana masih ada yang berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama. Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Mak Lang, Mama, Uncle, Pak Itam, Mak Itam, Pak Teh, Pak Anjang, Mak Anjang, Busu, Mak Usu, Kak Yong, Abang Din, Abang Ejam, Abang No, Kak Siah, Kak Zura, sepupu-sepapat dan anak-anak buah yang tak larat aku nak tulis semua. Selesai bacaan yaasin dan tahlil, terus solat isyak. Kemudian baru makan malam sambil tengok final Piala FA antara Kelantan dan Johor. Tahniah diucapkan kepada The Red Warriors kerana berjaya mengekalkan kejuaraan mereka.



potpetpotpet: Follow instagram aku kat @hizamili untuk gambar lebih banyak. Haha!

Selasa, 14 Februari 2012

Lepak Bersama Adie, Ijat & Ayie - Makan Sampai Kenyang!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ni dah lama punya cerita. Kalau aku tak silap, tanggal 29 Januari 2012 kot. Ijat datang Melaka sebab nak lepak sama sama. So, kitorang pon lepak la sama sama. Aku, Adie, Ijat dan Ayie. Takde buat apa sangat. Cuma lunch sama sama lepas tu borak borak kosong sampai petang. Ni bukan buang masa ye. Ni merapatkan hubungan silaturrahim nama dia. Haha. Ijat asal Perak. So, memang tak dapat la nak jumpa selalu kan? Time ni la nak tukar tukar cerita.





Seronok gila dapat habiskan masa dengan kawan kawan satu kepala. Ada je cerita nak dikongsikan. Adeh. Ijat ni satu rumah dengan aku masa study kat UPSI dulu. Dia kos pendidikan sains biologi. Ada sesiapa minat subjek biologi? Haha. Till then, jumpa lagi!



potpetpotpet : Be happy with who you are.

Ahad, 15 Januari 2012

Sebelum Terbang Ke Sarawak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salah sejahtera!

Pada hari Jumaat yang lepas, aku dengan Adie sempat lepak dengan Fizal sebab dia dah nak fly ke Sarawak kalau tak silap aku Isnin ni. Eh. Bukan fly sebab cuti cuti Malaysia tapi sebab dia dapat posting kat Sarawak. So, kitorang lepak sama sama ni macam nak raikan dia sebelum dia fly ke Sarawak la ni. To Fizal, selamat mendidik generasi akan datang ye? Aku tahu kau tak minta Sarawak tapi anggap je la tu rezeki kau. InshaAllah ada hikmah dan elaun yang tersembunyi. Eh?

Ni muka suspek yang kena posting kat Sarawak.

Tengah tengah lepak tu, Fizal bagitahu yang ibu dia ajak dinner kat Pizza Hut sekali. Omai! Masalahnya sekarang bukan ibu dia je tapi satu keluarga dia siap pakej ibu saudara, sepupu, menantu dengan cucu dia sekali! Mana aku tak malu malu kucing aku masa tu kan? Nak tak nak, telan je la. So, terima kasih auntie! Semoga Allah membuka pintu rezeki yang lebih luas lagi buat auntie sekeluarga.

Okay. Jom tengok gambar gambar yang aku sempat tangkap pada hari kejadian. Amaran! Anda mungkin rasa lapar lepas tengok gambar gambar kat bawah ni.















potpetpotpet : Lepas ni dah tak dapat nak lepak macam selalu.

Isnin, 11 Julai 2011

Sekejap Sebentar Di IKEA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alamak. Malu la nak update entri hari ni. Errr... Entri kali ni pasal aku pergi IKEA. Oh. Lupa! Untuk pertama kalinya! Yes. Malunya. Baru nak pergi? =_=

Anyway, aku takde purpose pon kalau pergi IKEA ni. Kalau setakat nak tayang muka kat tepi rak kasut kat situ, baik aku main sorok sorok dengan hantu kopek je. Plus, aku takde duit nak beli barang barang kat IKEA tu. Eh. Bukan takde duit nak beli je, bahkan, takde duit nak bayar. Adeh. Kesian gile tak bunyi dia? Sila ambil perhatian ye wahai penerbit bersamamu. Next episode okay? Boleh? =_=

Okay. Aku pergi IKEA tiga minggu lepas tapi baru nak update hari ni. So, anggap je la aku pergi IKEA baru je kejap tadi. Aku pergi dengan kawan kawan seperjuangan yang lain. Yes. Seperjuangan ye. Rombongan ni terdiri daripada 8 orang lelaki yang masih belum mendirikan rumah tangga. Kitorang bertolak dari Tanjong Malim selepas solat Maghrib. Eh. Sebenarnya kitorang pergi sebab nak tengok Green Lantern kat The Curve tu. Tapi dah alang alang kat situ, kitorang singgah dinner kat IKEA dulu. Let's enjoy gambar gambar kat bawah ni! Sebelum tu, doa doa la supaya tak tergoda dengan mana mana lelaki kat bawah ni. Bajet betul. =_=


Apa nama dia? Kek coklat boleh? Haha. Tak ingat derrr...


Aku makan ni! Nama dia ialah peha ayam masak air suam suam kuku. Suka hati aku bagi nama ye. Mana aku nak ingat kan? Tiga minggu lepas punya cerita kot!


Dorang melantak meatballs! Aku sorang je tak melantak meatballs sebab aku tak makan daging. Yes. Aku sangat siriyes part yang aku tak makan daging tu.


Tak tahu nak tulis apa. Next!


Alamak! Ni pon tak tahu nak tulis apa. Next lagi!


Muka mintak suap! Haha. #okbai


Aku suka lampu dia! Nak pasang dalam kereta boleh? Dengan harapan bila aku buka pintu kereta nanti, lampu yang cantik ni pon akan terpasang secara berseri-seri.


Tugu negara edisi bukan mudah menyusun tangga ke angkasa oh yeah.


Bukti aku pergi IKEA. Percaya tak?



potpetpotpet : Siapa tak pernah pergi IKEA lagi?

Rabu, 6 Oktober 2010

Meet Blogger | Seronok Rupanya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Ceh. Sopan tak intro aku kali ni ? Haha. Eh. Hari Sabtu lepas aku lepak dengan ada sorang blogger ni nama dia Qarl. Seronok gilerrr kau tahu. First time jumpa Qarl ni tapi kitorang dah macam beratus-ratus tahun kenal. Haha. Siriyes aku siriyes. Kitorang tak plan betul betul nak hang out ni pun. Haish. Kitorang jumpa kat Mid Valley, then lepak lepak Pizza Hut. Tak sangka seronok jugak jumpa jumpa ni. Haish.

Lepas ni boleh pulak jumpa Zara Cikgu Popular, Doktor Cinta Farhana, Arol Budak Sekolah, Cahaya Hawa, Aida Meow, Dini Happiness, Mama Najlaa, Bro Eqbalzack, Hans SRK, Zack Tinggi, Innz Malas dan ramai lagi lah. Harap maklum bahawasanya aku tak larat nak taip semua nama. Tak pasal pasal esaimen aku tak siap nanti. Adeh. Eh. Masalahnya korang nak ke jumpa aku yang pemalu ni ? XD

Hizami & Qarl
F.R.I.E.N.D.S

potpetpotpet : Berkawan biar berjuta, bercinta biar setia. Ceh. Sukahati ubah ! Haha. XD

Isnin, 19 Julai 2010

Jalan Jalan Hujung Minggu

Awesome weekend I had. What about yours?
I'll write about that in the next entry.
:)


potpetpotpet: Lepak seyh.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com