Isnin, 22 Mei 2017

Makan Malam Bersama Blogger Di The Concorde Hotel, Kuala Lumpur

Salam.


Alhamdulillah. Hari Jumaat 19 Mei 2017 aku telah menghadiri The Blogger Dinner anjuran Lynk.my dan Hexa Cooperation bersama-sama dengan Neyra dan Taufiq. Gigih! Lepas balik daripada kerja pukul 5 petang tu, aku terus ke Kuala Lumpur semata-mata The Blogger Dinner ni. Lagipun dah lama tak lepak sekali dengan Neyra dan Taufiq. Dah alang alang tu kan? Kenapa tidak? Majlis hari tu diadakan di The Concorde Hotel, Kuala Lumpur. Aku sampai agak lewat juga sebab dari Melaka kot. Ingat dua ke tiga kilometer je? Lebih dua marhalah tau! Haha!


Seperti biasa, sebelum masuk, kena la ambil gambar kat photobooth dulu. Dah percuma kan? Rugi la tak ambil kesempatan. Matilah jujur sangat. Masuk masuk je dalam dewan tu dorang dah mula dengan ucapan daripada wakil penganjur. Segan tu tak payah nak cakap la. Majlis hari tu diacarakan oleh Sharifah Shahirah yang kelakar tak habis habis tu. Tapi tak lama lepas tu, semua dijemput menikmati makan malam yang disediakan secara buffet. Alhamdulillah. Sedap sedap makanan malam tu.



Tapi paling best malam tu? Cabutan bertuah! Aku ni dah la sangat jarang nak menang cabutan bertuah. Mungkin banyak sangat hadiah cabutan bertuah malam tu sampai aku pun boleh menang satu. Aku menang GPS tracker. Tak tahu nak pakai untuk apa sebenarnya. Haha! Tapi paling aku tak puas hati ada yang menang wang tunai RM200, iPad, kamera mirrorless, kamera polaroid dan hadiah utama malam tu Smart TV jenama Philips! Alamak! Kenapa aku tak menang semua tu? Tak bersyukur ke tu? Sedangkan masih ada yang tak menang apa apa. Okay la. Aku bersyukur. Bestnya aku menang GPS tracker ni! Tak sabar nak pakai! Haha!




Harap lepas ni Lynk.my dan Hexa Cooperation buat la dinner lagi. Nak menang hadiah best yang lain pula. Haha! Nanti kita jumpa lagi ye Neyra dan Taufiq?

Khamis, 9 Februari 2017

Dinner Rock Oo!

Salam.

Nak kongsi pengalaman pertama kali ada dinner sepanjang aku kerja kat sini. Sebelum ni kelab kitorang selalu buat family day je. Kira kali ni macam pembaharuan jugak la. Aku pulak antara ahli jawatankuasa yang dilantik. Jadi kena la pastikan dinner ni berjaya. Tak berjaya pun buat buat macam berjaya. Haha! Habis la kena kecam. Takpe. Lepas ni kita lantik yang suka kecam tu pulak. Jaga jaga, ada yang memerhati! Takut tak?


Dinner malam tu aku pakai apa yang dah ada je. Jaket, seluar, kasut semua aku dah pernah pakai. Cuma baju dan aksesori je aku beli yang baharu. Tu pun beli last minit. Nak tahu bila aku beli? Aku beli dua jam sebelum majlis kot! Haha! Nampak sangat tak tahu nak pakai apa. Tema dinner malam tu? Glam rock. Nak glam ke  nak rock ni? Aku google jugak macam mana glam rock tu. Memang tak mampu la kalau nak betul betul ikut tema tu. Takut kena rejam dengan batu je nanti. Tempias sikit sikit pun jadi la daripada takde langsung kan?






Seronok jugak tengok dorang pakai ikut tema. Memang sporting betul! Ada yang satu family pakai baju ikut tema. Semangat macam tu la yang kita nak. Bukan selalu kita dapat pakai macam ni kan? Takkan nak masuk office ikat bandana kat kepala tu? Takkan nak masuk meeting pakai jaket jeans atau jaket kulit pulak? Camtuh. Tapi kalau tak nak ikut tema pun takpe. Hak masing masing kan? Dah datang dinner malam tu pun dah cukup dah. Yang penting semua gembira dan enjoy malam tu. Malam tu bukan setakat dinner semata-mata sebab kita ada persembahan magic show daripada clowns, ada karaoke, ada cabutan bertuah dan ada permainan untuk dewasa dan kanak kanak. Memang pecah la hall tu malam tu!

Tak malu ke kat budak budak kat tepi tu? Haha!
Kerusi pun nak berebut ke?

By the way aku tak menang King of The Night malam tu. Queen of the Night apatah lagi! Haha! Nak buat macam mana kan? Tak cukup rock nampaknya. Tapi tak kisah pun. Tahniah diucapkan kepada Bro Joe yang dapat title King of The Night malam tu dan jugak Sis Nani untuk Queen of the Night. Korang memang sporting habis! Gaya memang all out dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Harap takde la sampai buat loan kat bank rakyat semata-mata nak menang title tu. Pengsan.

Ada gaya macam Awie tak?
Nak terkencing ke tu?
Tulang belakang dinner malam tu.

Alhamdulillah. Dinner malam tu berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kejadian yang berlaku memang di luar kawalan. Normal la kan? Tiada yang sempurna di dunia ni. Mana yang kurang tu, kita tambah baik untuk program akan datang. Bye.

Isnin, 11 Julai 2011

Sekejap Sebentar Di IKEA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alamak. Malu la nak update entri hari ni. Errr... Entri kali ni pasal aku pergi IKEA. Oh. Lupa! Untuk pertama kalinya! Yes. Malunya. Baru nak pergi? =_=

Anyway, aku takde purpose pon kalau pergi IKEA ni. Kalau setakat nak tayang muka kat tepi rak kasut kat situ, baik aku main sorok sorok dengan hantu kopek je. Plus, aku takde duit nak beli barang barang kat IKEA tu. Eh. Bukan takde duit nak beli je, bahkan, takde duit nak bayar. Adeh. Kesian gile tak bunyi dia? Sila ambil perhatian ye wahai penerbit bersamamu. Next episode okay? Boleh? =_=

Okay. Aku pergi IKEA tiga minggu lepas tapi baru nak update hari ni. So, anggap je la aku pergi IKEA baru je kejap tadi. Aku pergi dengan kawan kawan seperjuangan yang lain. Yes. Seperjuangan ye. Rombongan ni terdiri daripada 8 orang lelaki yang masih belum mendirikan rumah tangga. Kitorang bertolak dari Tanjong Malim selepas solat Maghrib. Eh. Sebenarnya kitorang pergi sebab nak tengok Green Lantern kat The Curve tu. Tapi dah alang alang kat situ, kitorang singgah dinner kat IKEA dulu. Let's enjoy gambar gambar kat bawah ni! Sebelum tu, doa doa la supaya tak tergoda dengan mana mana lelaki kat bawah ni. Bajet betul. =_=


Apa nama dia? Kek coklat boleh? Haha. Tak ingat derrr...


Aku makan ni! Nama dia ialah peha ayam masak air suam suam kuku. Suka hati aku bagi nama ye. Mana aku nak ingat kan? Tiga minggu lepas punya cerita kot!


Dorang melantak meatballs! Aku sorang je tak melantak meatballs sebab aku tak makan daging. Yes. Aku sangat siriyes part yang aku tak makan daging tu.


Tak tahu nak tulis apa. Next!


Alamak! Ni pon tak tahu nak tulis apa. Next lagi!


Muka mintak suap! Haha. #okbai


Aku suka lampu dia! Nak pasang dalam kereta boleh? Dengan harapan bila aku buka pintu kereta nanti, lampu yang cantik ni pon akan terpasang secara berseri-seri.


Tugu negara edisi bukan mudah menyusun tangga ke angkasa oh yeah.


Bukti aku pergi IKEA. Percaya tak?



potpetpotpet : Siapa tak pernah pergi IKEA lagi?

Selasa, 19 Oktober 2010

Koleksi Pakaian Dinner 2010

Merah membara semangat waja.

Putihmu bersih budi pekerti.

Kuning berdaulat payung negara.

Biru perpaduan kami semua.

Say chess ! Eh silap. Say cheese !

potpetpotpet : Biar papa asal bergaya.

Ahad, 17 Oktober 2010

KARAOKEHOLIC

Siapa gilerrr karok ?
Halo halo. Another contest ? Hell yeah ! Haha. Kali ni aku join Karaokeholic Contest pulak dah. Siapa punya contest ni ? Oh. Farah Liyana. Siapa pulak tu ? Oh. Aku pun tak berapa nak kenal dia sangat. Erk. Sebelum terlupa, Aida Azryn tag nama aku untuk contest ni. Dah lama gilerrr kau tahu. Tak sempat sempat aku nak update pasal ni. Fuhhh ... Nasib aku berjaya join contest ni, at last. Eh. Contest ni untuk mereka mereka yang tergolong dalam kategori karaokeholic je. Bagi alcoholic alcoholic sekalian, harap maklum akan ketaksamaan tersebut. XD

Destiny's Child Special Edition. Gila kau ! XD
Ni malam dinner hari Jumaat lepas. Haish. Dah nama karaokeholic, kat mana mana pun aku boleh bantai nyanyi. Haha. Sedap atau tak, tu belakang kira. Tapi aku rasa macam sedap je. Boleh ? Okay okay. Aku ni memang tak penat kalau bab bab angkat bakul ni. Adeh. Apa apa pun, aku terlalu teramat gilerrr karok sekali sangat. Dahsyat tak ? Kalau boleh, aku nak semua esaimen tu memerlukan aku karok semata-mata. Hurm. Aku nak tag beberapa nama ni. Kalau berkesempatan, korang join lah contest ni. Nanti boleh karok sama sama. XD


potpetpotpet : Ada tesis one of my friends pasal hubungan antara matematik dan muzik.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Hilang | Edisi Tak Masuk Berita

Okay. Aku telah menghilangkan diri selama beberapa hari kau tahu. Dan aku tinggalkan blog handsome ni tanpa sebarang berita perkembangan daripada aku pulak tu. Haish. Mesti korang tertanya-tanya apakah dia perkembangan terbaru aku kan kan kan? Takpe takpe. Aku faham korang. Haha. Bajet lah kau ! Sepanjang kehilangan aku ni, aku dok busy dengan dinner bagi budak-budak kos aku yang berlangsung malam tadi. Oh. Aku antara sepuluh orang ahli jawatankuasa yang menguruskan dinner ni. Kira aku ni orang kuat kot. Haha. Sanggup ketepikan tesis aku tu demi semua ni. For your information, lepas ni aku akan bermati-matian tak tidur malam nak siapkan tesis tu. Haish.

Rindu tak budak lelaki ni ? XD
Seperti biasa, ada banyak masalah yang timbul sebelum dinner ni bermula. Pening kepala nak fikir balik. Kesimpulan dia, aku malas nak fikir dah. Haha. Nasib lah terubat sikit kekecewaan tu bila aku tengok dorang bergumbira tak ingat dunia ! Alhamdulillah. Nampaknya, hampir semua berpuas hati dengan dinner ni walaupun pada hakikatnya, banyak gilerrr dugaan yang datang. Kalau ikutkan hati, aku dah malas nak handle benda benda ni. Tapi, bila tengok dorang gelak gelak, nangis nangis, siapa tahu mungkin dinner seterusnya bakal menyusul. XD


potpetpotpet : Eh. Terima kasih sebab menyokong blog ni. Dah cecah angka 1000 pun. Syukur. Kalau anda rasa anda gumbira, tepuk tangan ! :')

Ahad, 26 September 2010

Majlis Simpul Kasih Mesra Aidilfitri 2010


Acara: Majlis Simpul Kasih Mesra Aidilfitri 2010
Tarikh: 24 September 2010
Masa: 08.00 PM - 11.30 PM
Tempat: Cafe Kolej Ungku Omar
Anjuran: Mahasiswa Program Pendidikan Matematik (AT14) Ambilan Julai 2007

Alhamdulillah. Berkat kesungguhan semua, majlis ini telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan majlis ini antara majlis terakhir sebelum kita melangkah ke fasa kerjaya berikutnya. Semoga kenangan ini kekal terindah. :")

Event seterusnya ialah dinner, iaitu pada tanggal 15 Oktober 2010. Yeah ! Event terakhir tuuu ... Wajib melaram habis-habisan. Haha. Dan tema tidak ditetapkan semata-mata bagi memudahkan mereka yang ingin memakai persalinan sedia ada. Faham faham sudah. Nama pun dah hujung semester. Harus poket bocor. Dan aku tak terkecuali oh yeah ! Whatever it is, aku pun tak fikir nak pakai apa lagi. Kau ada idea ? =_=


potpetpotpet: Tak sangka dah nak habis belajar. Pantas betul masa berlalu. Sedar atau tidak aku dah hampir empat tahun belajar di universiti.

Selasa, 13 Julai 2010

Taste My Tongue

Hey. Sodap seyh aku bantai dinner neyh. Tak pasal pasal merembes air liur aku. Siriyes. Total duit terbang ialah RM 11 haha. Syok weyh sekali sekala telan benda benda neyh. Jom tengok apa ada kat dalam perut aku malam tadi. Adeh.


Hot Hazelnut Chocolate


Garlic Butter Chicken Rice


potpetpotpet: Aktiviti memanjakan tekak.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com