PERTAMA, thanks to Nisa Menaip sebab sudi jadikan blog aku ni sebagai antara 5 blog yang paling kerap dia skodeng. Kagom ah. Dia boleh intai Budak Lelaki Sebelah Pintu senyap senyap! Padahal aku jarang jarang update dah sekarang. Adeh. Ni semua kerana anak bangsa! Demi membentuk generasi hebat, aku rela berkorban apa sajerrr... Cikgu nak awak semua terbang setinggi-tingginya! Erk. Sila bayangkan kau tengah tengok iklan Gemilang sekarang. Haha. Anyway, Nisa Menaip merupakan antara blogger terawal yang aku kenal. Dan sekarang nama dia tengah naik beb. Aku cuma mampu menumpang populariti dia je. Boleh? Aku rasa dah agak lama aku kenal dengan dia secara maya karin. Tapi aku tak pernah bertentang mata dengan dia. Entah bila nak jumpa kan? =.=
KEDUA, aku main bowling semalam. Belasah dua game beb! Habis terbang duit aku. Dah rasa macam duit tu aku main lempar laju laju kat muka kau. Haha. Oh mummy, ampunkan dosa anakmu ini! Sejak bila aku panggil ibu sebagai mummy kan? Lantak ah. Sesungguhnya, membazir itu amalan syaithonnn... Dan di sebalik unsur syaithonnn tersebut, aku dengan bangga menayangkan jatuhan pin yang telah berjaya aku kutip. Syakalakalakebebeh! Tiba tiba je. =.=
Cuba teka jatuhan pin keseluruhan aku berapa? |
potpetpotpet : Aku selsema. Siriyes tak best!