Ahad, 28 November 2010

Dialog Yang Menjengkelkan Sempena Musim Final Exam

Mamon : Hoi Monah ! Kau dah habis study ?

Monah : Belum lagi ah. Aku tak habis study lagi ni. Adeh. Kau mesti dah habis kan ? Tengok dahi pun dah tahu. Siap tulis dah habis study tu.

Mamon : Cisss bedebah kau wahai Mamon ! Makan boleh sebarang makan. Erk. Makan pun dah tak boleh nak sebarang makan sekarang ni. Takut termakan benda haram nanti, siapa susah ? Sudah semestinya bukan aku. Haha. Seterusnya, cakap jangan sebarang cakap. Nak aku geget selipar kau menjadi keping keping ? Aku lagi ah tak start apa apa ni. Jangan kata nota, pensel pun aku takde.

Monah : Siriyes ? Aku pun tak tahu aku study apa. Banyak sangat nak kena baca. Kalau baca pun setakat nak sedapkan hati je. Kalau nak sedapkan badan, aku gi urut.

Mamon : Tahu takpe. Aku suka gi urut. Lega sikit badan rasa lepas tu. Ada rasa macam baru lepas bersalin je bila gi urut ni walaupun aku tak pernah berkahwin apatah lagi mempunyai anak. Okay. Dah lari topik. Aku takut ah. Takut soalan pelik pelik keluar nanti. Macam mana aku nak jawab kalau dia tanya berapa umur Dr Rozmey nanti ? Mati ah ...

Monah : Betul jugak tu. Aku pun tak terfikir soalan macam tu. Kau ni, suka menakut-nakutkan aku ah. Sudeh ! Aku nak study ni. Kau boleh belah sekarang.

Mamon : Okay. Sekian. Terima kasih.


Okay. Mamon kata dia tak habis study lagi. Monah pun sama. Adeh. Masing masing tak nak mengaku dah habis study. Apa the hal ? Haha. Selalu betul bila aku tanya kau dah habis study ke, jawapan yang diberi mesti ah tak habis lagi. Psiko lebih je tu. Padahal kau dah habis study kan ? Aku ada CCTV okay. Baik mengaku sekarang ! =.=


potpetpotpet : Final exam tak habis lagi. T.T

Khamis, 25 November 2010

Study Sampai Semput

Halo !!! Budak Lelaki Sebelah Pintu ni hidup lagi ah. Cuma busy dengan stadi madi for final exam je. Sebab tu macam harem tak update entri sekarang ni. Sila tunggu sampai aku dah habis final exam okay ? Nanti aku update lapan ratus lapan puluh lapan entri satu hari. Haha. Larat nak baca ? T.T


Pagi tadi aku baru jawab paper Teaching Chemistry Methods. Ni kira paper pertama of the year ah. Haha. Nak kata susah, takde ah sangat. Nak kata senang, macam tak logik pulak. Standard ah. Ada soalan aku jawab laju laju, ada soalan aku jawab selow selow. Adeh. Nyesal pulak tak study bab Alternative Concept tadi. Tak pasal pasal aku dah rugi belas belas markah. Wuuu ... Jahat budak jahat ! Erk. =.=


Esok pulak aku ada paper Numerical Methods. Nak kena study a lot of methods ni - Newton Raphson, Euler, Improved Euler, Runge Kutta dan La Grange. Mudah mudahan, urusan aku dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin. Okay. Aku nak stadi madi terus tanpa mandi ni. Bye !




potpetpotpet : Buat sementara waktu ni, aku tak sempat nak jalan jalan tengok blog korang.

Ahad, 21 November 2010

Tips | Study For Final Exam



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Halo halo. Aku tahu lu mesti tanya mana pergi rambut aku yang semulajadi lawo lagi panjang tuh. Haha. Aku dah gunting ah kasi pendek. Fuhhh ... Rasa ringan pulak sekarang ni. Ada jugak rasa macam kepala ni sedang berbogel ! Adeh. Aku gunting ni bukan saja saja nak bagi salon tu kaya raya, ni aku nak ambil mood exam ah. Lu tahu tak aku kena jawab exam mulai 25 November 2010 ni ? Okay. Sekarang lu dah tahu sebab aku dah terberitahu. Faham faham sudehhh ...


Therefore, aku nak kongsi tips how to study for final exam. Tips ni sesuai diaplikasikan oleh sesiapa sahaja, di mana jua dan pada bila bila masa. Cehhh ... Walaupun aku tak pernah dapat dean list, aku nak kongsi tips ni jugak. Tak kireee !!! Haha. Jom belasah !!!
  • Sila ulangkaji semua homeworks, tests, quizzes or even past years questions. Kadang kadang, lu boleh jumpa soalan soalan yang sama dalam final exam. Ni kes malas nak buat soalan soalan baru ah ni. Siriyes !
  • Sila buat jadual belajar. Lu jangan gedik gedik nak study semua paper sekali. Lu ingat lu Albert Einstein ? Kalau boleh, satu jam lu study, satu jam lu berehat atau lu buat aktiviti lain.
  • Sila berehat dengan secukupnya. Kalau lu letih masa jawab final exam, habis ah lu ! Okay ? Kalau lu takut letih sangat, lu berehat je, tak payah study. Haha.
  • Sila potong rambut sependek yang boleh. Kalau botak lagi bagus. Secara hipotesisnya, semakin sikit rambut kat kepala, semakin senang otak menyerap ilmu. Harap maklum.


potpetpotpet : Aku nak minta maaf kalau ada salah dan silap yang aku terbuat, tak kira ah sengaja ke tak sengaja ke. Peace ! XD

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com