Ahad, 22 Mei 2011

Cerita Basi Yang Panjang Berjela Tapi Seronok Dibaca. Errr... Syok Sendiri Nampak? Haha!

Jom dengar cerita basi! Haha. Ni cerita pasal sambutan Hari Guru kat sekolah hari tu. Best la jugak kan. Adeh. Satu hari tu memang sambut Hari Guru semata-mata. Pagi pagi lagi dah kena beratur ramai ramai. Bajet macam pengantin la berarak dari atas sampai bawah. Dah la aku pakai baju macam nak pergi nikah! Budak budak yang kata la kan. Siap ada kompang sekali tu! Hebat ah! >.<


Depan cikgu muda. Belakang cikgu tua. Kejam ke bunyi dia?


Lepas tu, duduk ramai ramai kat kerusi plastik. Seperti biasa, kena baca ikrar dan tak dilupakan jugak, nyanyian lagu Kami Guru Malaysia kategori sumbang berirama. Haha. Jahat gile kutuk diri sendiri! Takpe takpe. Kutuk diri sendiri adalah sopan berbanding kutuk orang lain. Kau ingat kau cahhhannntekkk sangat nak kutuk orang lain? =,=


Aku tengah khusyuk lagi tawadhok mendengar utusan yang dibacakan. Tak tahu la kalau kau percaya kan. Eh. Kau percaya ke ni? =,=


Kemuncak yang dinanti-nanti ialah persembahan istimewa daripada aku dan cikgu cikgu praktikal yang lain. Haha. Aku tak sangka aku boleh menangis bila ingat balik persembahan tu. Bukan sebab terharu tapi sebab terkedu! Dah la. Malas nak memalukan diri sendiri, tengok je la gambar yang aku tempek ni haaa... Eh. Lupa pulak nak beritahu kau. Aku menyanyi masa tu! Dan aku rasa macam tak best je. Tapi cikgu cikgu puji aku pulak dah. Hurmmm... Entah entah aku kena sindir kot? Kesian gile aku. =,=


Bajet tengah nyanyi pasti berjaya di akademi fantasiaaa... =,=


Dah selesai semua tu, cikgu cikgu kena get ready for games. Sambi sambil tu, sempat lagi ambil gambar dengan pelajar pelajar. Errr... Sekali dapat hadiah beb! Sedih betul aku bila dapat hadiah ni. Mana tak sedih, first time kot dapat hadiah masa Hari Guru! Kira ni pengalaman pertama aku menyambut Hari Guru sebagai sorang cikgu. Kau tak nak berkongsi sedih dengan aku? T-T


Sorang nakal, sorang sopan. Aku sayang both of them!


Terima kasih daun keladi! Warna baju budak budak ni pon dah macam daun keladi. Errr... Kelakar tak aku cuba buat lawak ni?


Macam potret keluarga pulak.


Okay. Ada tiga permainan dijalankan serentak hari tu - bola sepak, bola baling dan sukaneka. Seperti biasa, bola sepak untuk lelaki, bola baling untuk perempuan dan sukaneka pulak terbuka. Dan aku join apa? Jeng jeng jeng. Aku join sukaneka! Haha. Kenapa aku join sukaneka? Sebab sukaneka ni pelik pelik games dia. Tu yang best tu! Kalau aku main bola sepak, aku mesti tension nak menang. Errr... Ada je alasan kan? Sedar tak sedar, dah habis cerita pasal Hari Guru aku. Sekian. >.<


Aku memang siriyes main ni. Fokus beb!


Best gile main hoki guna buah kelapa!


Sebahagian daripada hadiah yang aku terima. :')



potpetpotpet : Aku dah mula bercuti daripada kelmarin! XD

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com