Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru Di SMK Sultan Alauddin - Memori Tercipta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Guru inovatif melonjakkan transformasi pendidikan negara. Demikian tema untuk Hari Guru bagi tahun 2012. Tahun lepas aku sambut Hari Guru kat sebuah sekolah yang terletak di Seremban. Kalau nak tahu sekolah yang mana satu, boleh rujuk SINI. Pada tahun ini pula, aku sambut di Melaka, negeriku sayang, negeri bandar teknologi hijau. Tahun depan? Haaa... Itu akan terjawab dalam masa terdekat kerana pada 23 Mei ni, aku akan dapat tahu di mana aku ditempatkan.

Okay. Jom tengok gambar-gambar yang sekitar sambutan Hari Guru SMKSA 2012.
























Alhamdulillah. Semua telah berjalan dengan lancar, takde masalah. Sambutan yang pada aku nampak sederhana. And it's a good thing. By the way, kurang daripada seminggu aku akan tamatkan perkhidmatan di SMKSA sebab aku dah dapat penempatan pada minggu depan. Oleh itu, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru, barisan staf dan pelajar-pelajar SMKSA yang sentiasa membantu aku sepanjang keberadaan aku di situ.


potpetpotpet : Find someone who can change your life, and not just your relationship status.

Ahad, 22 Mei 2011

Cerita Basi Yang Panjang Berjela Tapi Seronok Dibaca. Errr... Syok Sendiri Nampak? Haha!

Jom dengar cerita basi! Haha. Ni cerita pasal sambutan Hari Guru kat sekolah hari tu. Best la jugak kan. Adeh. Satu hari tu memang sambut Hari Guru semata-mata. Pagi pagi lagi dah kena beratur ramai ramai. Bajet macam pengantin la berarak dari atas sampai bawah. Dah la aku pakai baju macam nak pergi nikah! Budak budak yang kata la kan. Siap ada kompang sekali tu! Hebat ah! >.<


Depan cikgu muda. Belakang cikgu tua. Kejam ke bunyi dia?


Lepas tu, duduk ramai ramai kat kerusi plastik. Seperti biasa, kena baca ikrar dan tak dilupakan jugak, nyanyian lagu Kami Guru Malaysia kategori sumbang berirama. Haha. Jahat gile kutuk diri sendiri! Takpe takpe. Kutuk diri sendiri adalah sopan berbanding kutuk orang lain. Kau ingat kau cahhhannntekkk sangat nak kutuk orang lain? =,=


Aku tengah khusyuk lagi tawadhok mendengar utusan yang dibacakan. Tak tahu la kalau kau percaya kan. Eh. Kau percaya ke ni? =,=


Kemuncak yang dinanti-nanti ialah persembahan istimewa daripada aku dan cikgu cikgu praktikal yang lain. Haha. Aku tak sangka aku boleh menangis bila ingat balik persembahan tu. Bukan sebab terharu tapi sebab terkedu! Dah la. Malas nak memalukan diri sendiri, tengok je la gambar yang aku tempek ni haaa... Eh. Lupa pulak nak beritahu kau. Aku menyanyi masa tu! Dan aku rasa macam tak best je. Tapi cikgu cikgu puji aku pulak dah. Hurmmm... Entah entah aku kena sindir kot? Kesian gile aku. =,=


Bajet tengah nyanyi pasti berjaya di akademi fantasiaaa... =,=


Dah selesai semua tu, cikgu cikgu kena get ready for games. Sambi sambil tu, sempat lagi ambil gambar dengan pelajar pelajar. Errr... Sekali dapat hadiah beb! Sedih betul aku bila dapat hadiah ni. Mana tak sedih, first time kot dapat hadiah masa Hari Guru! Kira ni pengalaman pertama aku menyambut Hari Guru sebagai sorang cikgu. Kau tak nak berkongsi sedih dengan aku? T-T


Sorang nakal, sorang sopan. Aku sayang both of them!


Terima kasih daun keladi! Warna baju budak budak ni pon dah macam daun keladi. Errr... Kelakar tak aku cuba buat lawak ni?


Macam potret keluarga pulak.


Okay. Ada tiga permainan dijalankan serentak hari tu - bola sepak, bola baling dan sukaneka. Seperti biasa, bola sepak untuk lelaki, bola baling untuk perempuan dan sukaneka pulak terbuka. Dan aku join apa? Jeng jeng jeng. Aku join sukaneka! Haha. Kenapa aku join sukaneka? Sebab sukaneka ni pelik pelik games dia. Tu yang best tu! Kalau aku main bola sepak, aku mesti tension nak menang. Errr... Ada je alasan kan? Sedar tak sedar, dah habis cerita pasal Hari Guru aku. Sekian. >.<


Aku memang siriyes main ni. Fokus beb!


Best gile main hoki guna buah kelapa!


Sebahagian daripada hadiah yang aku terima. :')



potpetpotpet : Aku dah mula bercuti daripada kelmarin! XD

Khamis, 19 Mei 2011

Errr... Macam Dah Lambat Sangat Kot? Kira Halal La!



Adeh. Takpe ke aku wish Selamat Hari Guru hari ni? Haha. Macam dah lambat sangat kot? Tak kisah la! Aku nak wish jugak. Aku tak dapat nak update pasal Hari Guru hari tu disebabkan talian internet yang tidak memuaskan hingga mampu mengundang cacian, makian, herdikan apatah lagi kutukan. Errr... Dalam hati je ah! Tak sopan cakap kuat kuat. =,=


Bercakap pasal Hari Guru ni, aku mesti ingat cikgu. Nama pon Hari Guru kot! Takkan ingat pasal jururawat? Errr... Aku paling tak boleh lupa peristiwa dahsyat masa aku darjah 5. Eh. Ke darjah 4? Alamak... Terlupa pulak! Tadi kata tak boleh lupa kan? Haha. Okay. Aku yakin aku darjah 4 masa tu. Aku belajar bahasa Inggeris dengan sorang cikgu perempuan ni. Ada satu hari, cikgu tu suruh kitorang bawak kertas ujian bahasa Inggeris bulan berapa tu aku tak berapa nak pasti nak discuss la pasal soalan soalan dalam kertas ujian tu haaa. Nak dijadikan drama, aku terlupa bawak! Demmm... Macam mana aku boleh terlupa pulak ni??? Dah la cikgu tu garang gile! Mati ah aku! Aku dah nervous pada saat dan ketika cikgu tu suruh aku berdiri. Tak pasal pasal aku kena marah habis habisan. Lepas tu, tiba tiba, jeng jeng jeng, tara pap pap paaa... PAAAAANNNGGGGG!!! Aku kena lempang derrr. Adeh. Sakit sampai mencucuk hidung! =,=


Tak aci betol. Aku terlupa bawak kertas ujian je pon. Tapi kena lempang memang tak ingat dunia la sakit dia. Haha. Dahsyat gile cikgu dulu dulu. Sekarang? Lu pikir la sendiri! Tak nak fikir sudah. Aku tak paksa pon. Okay? Dah la. Aku nak bukak hadiah hadiah ni haaa... XD



potpetpotpet : Esok last day aku kat sekolah tu! Sedih? Atau gembira? Hurmmm...

Rabu, 19 Mei 2010

Bila Cikgu Zara Dot Dot Dot.

 Pertandingan sempena Hari Guru 2010.
Siapa rasa rasa nak join boleh klik di sini.
Sebelum 20 Mei 2010 wahai kawan kawan.



Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya

Kalau Cikgu Zara cikgu saya maka saya pelajar Cikgu Zara kan kan kan? Sekian haha. Boleh?




Bila Cikgu Zara beri kerja rumah berlambak melimpah ruah maka aku kena pastikan aku berjaya siapkan semua tu. Aiyoh. Kau tahu tak bahawasanya Cikgu Zara sangat kreatif dalam bab denda denda ni. Tak pasal pasal aku kena menari zapin pulak nanti ala ewa ewa bule ewa bule teraju tigo haha bantai je la. Ya. Wahai Cikgu Zara, lepas ni kalau nak suruh menari apa apa pun boleh tak nak berlatih dulu please please please?




Bila Cikgu Zara buat sesi soal jawab maka aku dengan sukacitanya melambai-lambaikan tangan sambil mendendangkan oh bulaaan oh bulaaan oh bulaaan. Harap harap Cikgu Zara tiba tiba sambung enggan melayan diriku lagi pabila air mata membasahi pipi dan lagu lagu di radio seolah-olah memerli aku haha sekian. Tapi lenggok suara tetap serak serak Faizal Tahir.




Bila Cikgu Zara nak minta tolong angkat barang tu angkat barang ni lalu aku tolong dia. Lepas tu aku minta upah sebagai ganjaran wakakaka. Aku budak budak lagi maka aku mata duitan seringgit dua pun jadi la. Kalau Cikgu Zara beri upah aku dengan senang hati mengampu dia amboi amboi cikgu hari ni ada iras iras Tyra Banks tutup aurat la. Tapi kalau Cikgu Zara tak beri upah aku dengan sedih hati bersyair tersebutlah kisah si anak yatim piatu tiada ayah tiada ibu haha supaya Cikgu Zara turut bersimpati lantas menghulurkan bantuan iaitu upah. Jahat jahat.




Kesimpulannya kalau Cikgu Zara cikgu saya maka saya tahu saya antara pelajar yang bertuah kerana saya belajar daripada seorang cikgu yang tahu apa yang dia buat, cikgu yang sporting dan paling penting cikgu yang popular! Teruskan mendidik anak bangsa! Sekali cikgu sampai mati cikgu.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com