Selasa, 11 April 2017

Koleksi Teka Teki Lawak Hambar & Menyakitkan Hati

Salam.

Ni kesinambungan entri kegemaran ramai sepanjang zaman iaitu entri Teka Teki Paling Susah Di Dunia. Ada Berani? yang telah diterbitkan sekitar tahun 2010. Sekarang dah masuk tahun 2017. Kenapa tak bundarkan 2020 je terus? Haha! Dah lama sebenarnya aku tak main teka-teki ni. Zaman dulu bukan main kalau boleh nak bagi soalan teka-teki yang tiada siapa boleh jawab. Walaupun? Jawapan merapu! Naaahhh... Bagi mengisi kekosongan masa, ni koleksi teka-teki lawak, lucu, hambar dan menyakitkan hati kalau korang tak dapat cari jawapannya.


Soalan 1: Kenapa doktor bedah melakukan pembedahan dengan menutup mulutnya?
Soalan 2: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Soalan 3: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suaminya membawa isteri ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa?
Soalan 4: Kenapa ada motosikal namanya YAMAHA?
Soalan 5: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam dan kacamata hitam. Dia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Soalan 6: Apakah yang lembu ada, kambing tak ada?
Soalan 7: Kenapa orang azan mesti tutup telinga?

Nanti aku update entri pasal jawapan-jawapan dia pula. Sementara tu, korang cuba selesaikan semua soalan kat atas ni. Camtuh.

Selasa, 27 April 2010

Ini Teka Teki Dan Sila Jawab. Ada Berani?

HohO. Cuba teka nak? Dalam banyak banyak bulan, bulan apa bila perempuan perempuan kurang bercakap? Sila sila. Aku rasa mesti kau dah pernah dengar teka teki ni kot. Kan kan kan? Apalagi sila berikan jawapan. HohO. Eh eh takde hadiah tau kalau kau jawab dengan betol. Kalau nak jugak eh eh lantak kau la.

Okay. Cuba teka lagi nak? HohO. Eh eh kali ni bukan spesies teka teki. Tapi kalau kau nak anggap macam teka teki pon sukahati la. Aku makan apa for lunch tadi? Jeng jeng jeng. Jeng jeng jeng. Jeng jeng jeng.  Wah!!! Nak teros beritahu jawapan ni. Boleh tak kau buat buat  muka macam nervous gila? Keropok CORNTOZ dan jugak TWIGGIES. HohO. Tak sihat bukan? Betol. Tapi aku tak sempat nak singgah cafe nak makan nasi dan lauk pauk. Eh eh bukan tak sempat cuma malas. Malas yang betol betol malas. So nak senang nak kenyang aku telan la benda benda tu sambil baca doa selamat.

 Perisa ayam pon jadi la walaupon tak dapat makan ayam betol betol. Bantai je la.
 Ada lagi sekeping. Siapa nak?

potpetpotpet: Janji esofagus aku dapat berfungsi. Eh eh tahu tak apa itu esofagus? Jeng jeng jeng.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com