Khamis, 29 Julai 2010

Drama Sebabak Perempuan Terlampau Berani

Bukan Aku : Halo? Ni siapa?

Aku : Eh jap. Ni siapa pulak?

Bukan Aku : Errr... Ni siapa ek?

Aku : Haiyak. Ni tiba tiba kol saya lepas tu tanya saya siapa pulak. Hurmmm. Ni Hizami.

Bukan Aku : Oh. Ni Munah bukan nama sebenar.

Aku : Siapa pulak ni?

Bukan Aku : Takde siapa siapa.

Aku : Eh eh mana dapat nombor ni?

Bukan Aku : Ada kawan bagi.

Teeettt...


Aku matikan terus talian tu. Adeh. Aku tak suka kot spesies perempuan macam ni. Gedik gedik kol nombor entah siapa siapa lepas tu boleh pulak nak kenal kenal. The problem is kau nampak sangat sangat desperado. Siriyes. You don't know who you call on the phone, then kau senang senang nak beramah mesra selamat hari raya bagai. What if I was a serial killer. Kau tak takut ke? Okay. Aku tahu aku memang tak logik nak jadi serial killer haha.


Lepas tu kan kan kan dia hantar mesej pulak. Haiyak. Cik adik hoi sila hentikan perbuatan ni. Cewahhh. Aku ni dah la malu malu kucen kalau bab bab ni. Erk. Harap maklum. Biar aku sorang je yang gatal gatal ulat bulu. Kau tak perlu. :P


Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah NAFSU (Al A’Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Sumber di sini.




potpetpotpet: It's a man's world. :)

Khamis, 13 Mei 2010

Gila Berangan!!!

Bila larut malam tara kucak cak tara kucak cak suasana sepi tara kucak cak tara kucak cak. Hebat kan? Sesuai dengan tema lagu ni aku sertakan beberapa keping foto berani mati dengan konsep hitam dan putih. Sila gelak gelak gemok sambil melemparkan tuduhan bahawasanya aku gila berangan hoho lantak la.


Cuba teka aku sedang pandang apa? Jeng jeng jeng. Sudah tentu aku pon tak ingat wakakaka. Maka sila jadikan gambar ni sebagai wallpaper desktop anda supaya hidup anda berbahagia hendaknya. Haaa... Tak pasal pasal aku jadi modal caci cacian secara percuma kan kan kan?


Eh eh tengok tu. Ada ikan dalam kolam. Dan kenapa ikan tu rupa bentuk dia macam ikan? Haish... Meh aku tolak kau masuk dalam kolam biar menggelupur tak sempat sempat nak mintak tolong. Ikan kekek mak iloi iloi ikan gelama mak ilai ilai sekian terima kasih.


Jangan tanya aku apa apa tentang gambar ni sebab aku pon tak tahu menahu kenapa buruk sangat kedua dua makhluk ni. Haish... Dosa dosa. Tak baik cakap macam tu. Jom kita tukar pulak jangan tanya aku apa apa tentang gambar ni sebab aku pon tak tahu menahu kenapa handsome sangat kedua-dua makhluk ni. Haaa... Okay okay.


Agak agak macam mana kalau aku jadi duyung? Kot kot boleh jumpa dengan duyung macam Maya Karin. Tak nak dugong. Nak duyung. Sila ketahui perbezaan yang wujud kalau kau ragu ragu sila rujuk Kamus Dewan Edisi tak kisah berapa tapi aku tak jamin apa apa sebab aku pon tak check ada ke takde. Bantai je la.


potpetpotpet: Jom tidur minum petang!

Selasa, 27 April 2010

Ini Teka Teki Dan Sila Jawab. Ada Berani?

HohO. Cuba teka nak? Dalam banyak banyak bulan, bulan apa bila perempuan perempuan kurang bercakap? Sila sila. Aku rasa mesti kau dah pernah dengar teka teki ni kot. Kan kan kan? Apalagi sila berikan jawapan. HohO. Eh eh takde hadiah tau kalau kau jawab dengan betol. Kalau nak jugak eh eh lantak kau la.

Okay. Cuba teka lagi nak? HohO. Eh eh kali ni bukan spesies teka teki. Tapi kalau kau nak anggap macam teka teki pon sukahati la. Aku makan apa for lunch tadi? Jeng jeng jeng. Jeng jeng jeng. Jeng jeng jeng.  Wah!!! Nak teros beritahu jawapan ni. Boleh tak kau buat buat  muka macam nervous gila? Keropok CORNTOZ dan jugak TWIGGIES. HohO. Tak sihat bukan? Betol. Tapi aku tak sempat nak singgah cafe nak makan nasi dan lauk pauk. Eh eh bukan tak sempat cuma malas. Malas yang betol betol malas. So nak senang nak kenyang aku telan la benda benda tu sambil baca doa selamat.

 Perisa ayam pon jadi la walaupon tak dapat makan ayam betol betol. Bantai je la.
 Ada lagi sekeping. Siapa nak?

potpetpotpet: Janji esofagus aku dapat berfungsi. Eh eh tahu tak apa itu esofagus? Jeng jeng jeng.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com