Jumaat, 29 Disember 2017

Review Filem Bright - Bosan Sekejap Sebelum Best Sampai Habis!

Salam.


Hi! Okay. Kali ni aku nak review tentang satu filem ni yang bagi aku ala ala filem Lord Of The Ring (LOTR) tapi versi urban dan moden. Filem ni telah ditayangkan secara rasminya pada 22 Disember 2017 kat Netflix. Kiranya filem ni buat untuk Netflix lah. Dan lepas aku tengok filem ni baru tiba tiba aku terasa nak tengok review dia. Aku terkejut sebab filem Bright ni kat Rotten Tomatoes dapat 27% je? Tapi 93% Google Users suka dengan filem ni. Haha! I'm one of the Google User lah ni. Boleh?


Filem Bright ni berkisar tentang seorang polis (dilakonkan oleh Will Smith) yang terpaksa berpasangan dengan Orc dalam melakukan tugas tugas seorang polis. So human police buddy dengan Orc police. Interesting right? Lepas tu masa diorang tengah kerja diorang stumble upon a nuclear weapon. Apa dia nuclear weapon tu? Haaa... Korang kena tengok sendiri. Mesti korang tak sangka punya. Dan konflik pun bermula dari situ lah sebab semua orang berebutkan nuclear weapon tu. Kenapa? Rahsia! Haha!


Dah kata tadi filem Bright ni ala ala filem LOTR, mesti lah ada banyak watak menarik. Human, Elf, Orc, Dark Lord and so on. Siapa penggemar filem bergenre fantasi tak patut terlepas filem ni. Abaikan 10 minit yang pertama tu. Lepas je diorang jumpa nuclear weapon tu, filem ni takde momen bosan pun sampai habis. Serius lah! One more thing yang best pasal filem ni ialah soundtrack dia. Antara lagu favourite aku ialah Home nyanyian MGK, Bebe Rexha dan seorang lagi mamat yang aku tak kenal. Selain tu lagu Crown nyanyian Camila Cabello! Yasss... Penyanyi yang tengah femes dengan lagu Havana tu. Best weyh lagu Crown ni!



Kat mana nak tengok filem Bright ni? Yang ada Netflix straight away tengok kat Netflix lah. Bagi yang takde Netflix macam aku ni, tengok je online kat FMOVIES je. Siap versi HD 720p lagi. Pergi tengok serius tak rugi! Siapa kata bosan lepas tengok filem Bright ni aku belanja air suam. LOL.

Personal rating: 3.5 stars

Watch this if you like: LOTR, Warcraft and all fantasy movies


Penulis Artikel: OhQarl

Sabtu, 17 September 2011

Bosan Mendengar Lagu Yang Sama?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Anda sudah bosan mendengar lagu yang sama pada setiap hari? Anda tidak tahu untuk mendengar lagu apa? Jangan risau! Budak Lelaki Sebelah Pintu ada jawapannya! Haha. Kali ni aku nak kongsi dengan korang semua lagu lagu baru daripada retis antarabangsa. Tapi bukan K-Pop la kan. Ni lagu lagu daripada omputeh. Eh. Jom dengar lagu lagu kat bawah ni:


Demi Lovato feat. Missy Elliott & Timbaland - All Night Long


Jason Derulo - That's My Shhh


Pixie Lott feat. Ke$ha - Blackout (My Only Love)


Florence & The Machine - Shake It Out


The Saturdays - All Fired Up




potpetpotpet : Ada yang melekat kat telinga tak?

Selasa, 7 Jun 2011

Saya Kunci Kata Kunci Ini!



Aku gelak sorang sorang pukul 2 pagi tadi. Gile ah! Sebab apa aku gelak? Ni haaa... Aku pergi singgah nuffnang kejap. Lepas tu aku pergi kat bahagian analytics, aku tengok keywords. The most searched keyword ialah teka teki susah! Tapi bukan keyword tu yang buat aku tergelak. Keyword yang kelakar bagi aku ialah bosan nak buat apa! Errr... Kelakar tak ni? Apasal aku rasa macam kelakar je ni? Oh. Lupa pulak! Meh sini aku google bosan nak buat apa sekarang. Jom tengok!




Boleh pulak macam tu? Masalahnya sekarang ialah bukan 1 hit je tapi lebih daripada 10 hits kot! Dahsyat betol. Siapa pulak yang bosan sangat sampai sanggup google bosan nak buat apa ni? Kelakar gile! Errr... Kelakar tak sekarang? Kelakar kan? Takpe la kalau tak kelakar. Apa apa pon, kau cuba ah google bosan nak buat apa sekarang, kot kot kau tak percaya apa yang aku merepekkan ni... =,=



potpetpotpet : Siapa tengah bosan sekarang?

Khamis, 3 Februari 2011

Bosan? Tak Tahu Nak Buat Apa? Jadi Nak Buat Apa?

Merah pekat beb!


Bosan bosan tadi, aku ajak adik aku dengan kawan dia gi tengok wayang. Eh. Sebelum tu, meh sini aku nak cerita panjang sikit. Sila baca dengan teliti bagi membosankan lagi suasana. Cerita bermula apabila adik aku bawak kawan dia bercuti kat rumah ni haaa. Adik aku study kat Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Kawan dia tu orang Sarawak. Sempena dengan cuti Tahun Baru Cina ni, adik aku bawak dia balik Melaka sekali. Agak membazir kot nak balik Sarawak? Cuti tak sampai seminggu pon. Lain ah kalau kalau Sarawak tu belakang Cyberjaya. =.=


Masa kat kaunter tu, aku tak tahu nak tengok cerita apa. Agak lama jugak aku mentafsir setiap poster yang ada. Nak tengok Shaolin, dorang tak cukup umur lagi. Nak tengok Haq, aku takde selera pulak. Nak tengok Mr & Mrs Incredible, cerita apa pulak tu? See? Kau pon tak tahu kan? Adeh. Nak tak nak, aku decide la beb. Dengan mengaplikasikan konsep hutang emas boleh dibayar, aku telah memilih The Green Hornet sebagai pilihan terpilih yang dipilih. Konsep tu memang tak boleh belah. =.=


Dari kiri, kawan adik aku dengan adik aku.


I know what you did last raya la, cerita tu dah lama kan? Tapi nak buat macam mana, dah tu je cerita yang tinggal. Hentam je la. Hurmmm ... Siapa kata The Green Hornet tak best? Siapa siapa? Aku takde la nak kata best. Biasa biasa je la kot. Entah. Dah la watak The Green Hornet tu annoying gile. Rasa nak baling sebijik popcorn kat skrin tu. Nak baling banyak banyak, membazir tuuu. Haha. Annoying gile wa cakap sama lu. Kalau dia mati dalam cerita tu pon, aku tak kecewa langsung. Tak perlu kot sampai nak kecewa? =.=



potpetpotpet : Esok jumpa di Seremban!!!

Ahad, 11 April 2010

Bila Patot Best Jadi Tak Best. Ini Kisah Benar.

Bayangkan.
Bila hari yang konon best.
Jadi hari yang sangat bosan.
Duh.
Ya.
Aku cakap pasal hari Ahad ni.
Bapak bosan gila.
Sampai aku tak tahu nak buat apa lagi.

 ____________________________________________

Makan? Banyak kot aku dah telan. Oh. Patot guna perkataan melantak.
Minom? Tak cukop kot jari tangan dan kaki nak kira berapa kali aku dah merembeskan sisa buangan. Oh.
Online? Cuba beritahu aku bila masa aku tak online. Bulih?
Movie? Dah nak terkeluar segala bijik mata dan jugak bijik timah sebab asyik asyik amelina skodeng movie kat laptop ni.
Mandi? Sudah. Siap buat kuak lentang lagi kat dalam bilik air walaupon guna shower je. Lantak.
Jogging? Tak jadi sebab tiba tiba hujan. Lemak terkumpol sudah. Duh.
Tidor? Oh. Tak perlu buat masa sekarang. Kepala hotak aku dah penyek sebelah sebab asyik tidor je.
_____________________________________________

Hurm.
Nak kena kahwin ni.
Baru tak bosan.
Kot.
Duh.
Siapa nak kahwin dengan aku pulak ni?
Sila jangan angkat tangan tapi lari lari anak dan jugak lari lari setempat.
Bulih?
Lantak.

potpetpotpet: Adakah aku dah tua bila fikir pasal kahwin? Lantak.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com