Selasa, 19 Disember 2017

Cikgu Azizan Lepas Tuduhan Cederakan Murid (Tanpa Bebas)

Salam.


Alhamdulillah. Kebenaran berpihak kepada kita! Menurut Berita Harian, Azizan Manap, 44, telah dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban daripada pertuduhan mencederakan muridnya, Oktober lalu. Azizan Manap atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azizan disaman oleh ibu dan bapa muridnya kerana telah menyentuh murid tersebut. Cikgu Azizan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Untuk makluman korang, Cikgu Azizan adalah merupakan seorang guru disiplin Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai. 


Apakah yang dimaksudkan dengan melepaskan tanpa membebaskan? Setelah aku rujuk google, melepaskan tanpa membebaskan tu maksudnya tertuduh dilepaskan tapi boleh didakwa semula pada masa hadapan. Kenapa melepaskan tanpa membebaskan? Kerana beberapa sebab seperti ketiadaan saksi, bukti atau sebab-sebab perundangan yang lain. Haaa... Jika terdapat perkembangan baru, contohnya, bukti atau saksi yang hilang sebelum ini ditemui, maka, tertuduh boleh didakwa semula. Tapi aku harap semua ini tidak akan berlaku dalam kes Cikgu Azizan ini. Amin.





Semoga kes ini menjadi kes saman yang terakhir seumpamanya di Malaysia. Cukuplah.

Sumber: Berita Harian

Selasa, 25 April 2017

Kenapa Watson Nyambek Tolak Permohonan Maaf?

Salam.


Viral apabila program Sukan Tak Sentral mempersendakan nama mendiang bapa Watson Nyambek. Bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek, adalah merupakan pemegang rekod pecut 100 meter negara dengan 10.3 saat selama 17 tahun. Berketinggian 1.70 meter, Watson yang turut mendapat gelaran "Dayak Terbang” pernah bertanding dalam Kejohanan Asia di Fukuoka, Jepun pada 1998 selain menjadi pelari pecut tunggal bertanding dalam acara 50 meter dan 60 meter.

Namun, Watson diisytiharkan muflis kerana telah membuat pinjaman bank sebanyak RM80,000 untuk membayar kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga. Untuk pengetahuan, bapa Watson telah meninggal dunia pada tahun 2014. Menurut Watson, beliau tidak dapat melunaskan pinjaman tersebut kerana bergaji kecil. Akhirnya, kerajaan negeri Sarawak telah menyelesaikan tunggakan pinjaman bank itu dan Watson juga diberikan rumah teres satu tingkat dengan tiga bilik bernilai RM350,000 di Miri. Syukur.

Jadi tidak hairan kenapa isu nama bapa Watson ni sangat sensitif. Watson sanggup berkorban membuat pinjaman untuk membiayai kos perubatan mendiang bapanya pada waktu itu biarpun mengakibatkan beliau diisytiharkan muflis. Apabila ada pihak yang mempersendakan nama mendiang bapanya lalu disamakan dengan binatang, siapa yang tidak marah? Mungkin permohonan maaf telah dibuat, tindakan telah diambil, tapi kesannya? Semudah ABC ke nak sembuh? Orang pernah cakap luka di tangan nampak darahnya, luka di hati siapa tahu. Tapi jangan lupa yang luka di tangan pun ambil masa untuk sembuh. Jadi mustahil la luka di hati boleh sembuh dengan serta-merta pula. Pada mulanya aku pun tak berapa setuju bila Watson Nyambek menolak permohonan maaf daripada pihak yang mempersendakan nama mendiang bapanya. Tapi lepas aku cuba letakkan diri aku dalam situasi Watson, aku rasa aku pun akan buat benda yang sama. Semua perlukan masa. Dan sekarang beliau masih marah dan terluka dengan kejadian yang berlaku.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com