Rabu, 7 Jun 2017

Iklan Raya Watsons Dikecam Promosi Hitam Hodoh Putih Cantik

Salam.


Gara-gara iklan raya Watsons Malaysia menjadi tular dan mendapat kecaman daripada netizen, pihak Watsons Malaysia telah menarik balik video berdurasi lebih kurang 14 minit 37 saat. Iklan tersebut menampilkan artis-artis terkenal seperti Kamal Adli, Ruhainies, Amber Chia, Bell Ngasri, Raja Ilya, Uqasha Senrose, Thanuja, Alvin Chong dan Sasha Saidin. Iklan raya kali ni menggunakan pendekatan watak-watak klasik yang popular dalam kalangan masyarakat seperti Puteri Gunung Ledang, Dayang Senandung, Bawang Putih & Bawang Merah, Puteri Hang Li Po, Laila Majnun, Puteri Mayang Mengurai dan Nang Nak.

Pihak Watsons Malaysia memohon maaf kepada semua yang tersinggung dan terkesan dengan iklan raya kali ni. Pihak Watsons Malaysia juga menjelaskan watak Harum Senandung adalah berasal daripada lagenda Dayang Senandung yang terkena sumpahan kulit hitam tapi memiliki suara yang merdu. Tambah mereka lagi, iklan raya kali ni tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana individu kerana mereka menghormati dan menghargai semua bangsa dan agama. 


Iklan raya Watsons Malaysia kali ni mengisahkan tentang Al-Kazam (Kamal Adli) yang mengadakan uji bakat Lagenda Cun Raya untuk mencari suara merdu yang hadir dalam mimpi Al-Kazam. Akhirnya Al-Kazam menemukan suara merdu tersebut daripada seorang wanita bernama Harum Senandung (Ruhainies) tapi menutup wajahnya. Selepas Harum Senandung menunjukkan wajahnya, Al-Kazam terkejut dan terperanjat dengan kulit wanita tersebut yang berwarna hitam legam. Pada penghujung iklan, Harum Senandung tidak lagi berwarna hitam legam, katanya kejadian tu cuma sekadar untuk menguji Al-Kazam. Ternyata watak Harum Senandung dikecam netizen kerana seolah-olah bersifat menghina mereka yang berkulit hitam.

Jom kita tengok antara kecaman daripada netizen yang diterima oleh Watsons Malaysia.


Semoga pihak Watsons Malaysia akan lebih berhati-hati lepas ni.

Jumaat, 17 Mac 2017

LVA Beaute | Set Penjagaan Kulit Lelaki

Salam.

Kali ni aku nak kongsikan produk penjagaan kulit muka yang pada pandangan aku amat eksklusif dan berkualiti, baik daripada segi packaging mahupun kandungannya. Harga setiap produk keluarannya pun boleh tahan. Tak terlalu murah, tak terlalu mahal. Amat bersesuaian dengan kualiti yang disajikan. Seperti yang tertera pada tajuk entri ni, produk yang dimaksudkan ialah LVA Beaute. Pernah dengar tak? Kalau belum, teruskan baca entri ni sampai habis. InshaAllah korang akan lebih mengenali LVA Beaute dan jatuh cinta dengan rangkaian produk yang ada.


Fakta LVA Beaute
  • Produk kecantikan untuk wanita dan lelaki.
  • Baru sahaja dilancarkan dengan 18 rangkaian produk.
  • Diformulasikan dengan bahan-bahan dari Switzerland dan campuran resipi rahsia untuk mencantikkan kulit.
  • Lulus KKM.
  • Tidak mengandungi merkuri.


18 Rangkaian Produk LVA (7 set produk)
  • Set LVA untuk Wanita - Kulit Normal
  • Set LVA untuk Wanita - Kulit Sensitif
  • Set LVA untuk Lelaki
  • 3 LVA Serums (Instant Lifting Serum, Intensive Whitening Serum, Acne Serum)
  • Diamond UV Foundation
  • V Shape Cream
  • Enzyme Scrub






Alhamdulillah. Aku dah pakai set LVA untuk lelaki sejak 1 Mac 2017. Jadi hampir tiga minggu aku dah pakai set ni. Mula mula aku macam malas jugak sebab leceh nak pakai sampai empat produk ni. Tapi aku paksa diri aku jugak. Nak helok ke tak? Mesti la nak! Haha! Bila hari hari dah buat rutin yang sama, aku tak rasa leceh dah. Lebih lebih lagi bila kesan dia amat memberangsangkan! Kulit muka aku jadi lebih halus dan licin. Ni bukan aku je yang rasa tapi ada beberapa kejadian yang membuatkan aku sedar perubahan kat kulit muka aku ni bukan sekadar perasaan aku je. Baru baru ni, ada yang suruh aku buat tutorial jaga kulit muka, ada yang tanya aku pakai foundation ke dan ada yang cakap aku makin muda. Mungkin kebetulan tapi semua tu berlaku dalam bulan Mac ni, yang mana aku baru je start pakai set LVA untuk lelaki ni. 

Aku akui alhamdulillah kulit muka aku kurang bermasalah. Tapi dengan adanya set LVA untuk lelaki ni, kulit aku bertambah baik, bertambah halus dan bertambah licin daripada sebelumnya. Siapa tak nak kan? Sejujurnya ini kali pertama aku cuba pakai satu set penjagaan kulit muka. Dan alhamdulillah, set LVA untuk lelaki ini sangat sesuai dengan aku dan mengambil masa yang singkat untuk memberikan kesan positif.


Set LVA untuk lelaki mempunyai 4 jenis produk, iaitu, Cleansing Gel, Men Toner, UV Perfect Water Cream dan Regenerist Night Cream. Jadi apa kebaikan dan fungsi setiap produk ni?

Harga: RM 129
Fungsi Cleansing Gel
  • Mengawal dan membersihkan kotoran secara menyeluruh. 
  • Memiliki tekstur yang lembut tidak melekit. 
  • Amat membantu dalam proses pembersihan permukaan kulit secara mendalam dan bertindak dengan cepat hasil daripada rumusan bahan vitamin A,C,E dan juga ekstrak buah-buahan.

Harga: RM 129
Fungsi Men Toner
  • Membantu mengecilkan liang pori yang terbuka hasil pembersihan daripada Hydra Cleanser.
  • Pori-pori yang terbuka akan dikecilkan secara konsisten mengikut cara penggunaan yang betul.
  • Menutup liang pori untuk menghalang kotoran daripada masuk ke dalam.

Harga: RM 139
Fungsi UV Perfect Water Cream
  • Menenangkan dan menganjalkan kulit muka.
  • Menghalang sinaran UV daripada matahari. 
  • Menangkis dan menghalang kotoran yang terkesan daripada persekitaran. 
  • Diformulasikan daripada minyak bunga matahari, rose placenta dan ekstrak buah-buahan.

Harga: RM 139
Fungsi Regenerist Night Cream
  • Merawat dan merehatkan kulit muka.
  • Membantu merawat sel kulit mati pada waktu malam selepas penggunaan pencuci muka dan toner.
  • Diformulasikan dengan rose placenta, vaccinium myrtillus dan ekstrak buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan E.
  • Mengaktifkan antioksida dalam lapisan kulit dan memberikan kesan pencerahan seawal 7 hari.


Dah alang alang tu, aku nak kongsikan 3 langkah mudah penjagaan kulit muka dengan set LVA untuk lelaki ni. Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Aku kira newbie la pakai semua ni. Langkah-langkah yang aku buat setiap hari ni adalah berdasarkan rujukan aku kat google. Haha! Kalau rasa sesuai, ikut la. Kalau rasa tak sesuai, abaikan. Asalkan jangan korang pakai toner dulu baru cleanser dah la.

Langkah 1
Basahkan muka dengan air. Kalau rajin, basahkan dengan air suam (tak terlalu sejuk, tak terlalu panas). Pastikan semua bahagian muka jadi basah dan terkena air. Letakkan sedikit Cleansing Gel ni kat kulit muka. Aku biasanya letak sikit kat pipi kanan, pipi kiri dan dahi. Lepas tu urut muka ikut suka hati. Kejap membulat, kejap ke atas, kejap kiri, kejap kanan. Elakkan kawasan mata dan mulut. Lebih kurang 30 saat baru boleh bilas dengan air.

Langkah 2
Lapkan muka yang baru dibilas dengan kain tuala yang bersih. Kalau boleh tuala tu memang untuk lap muka je. Kalau boleh jangan la pakai tuala yang dah lap segala macam celah tu. Ni nak elak kotoran dan bakteria dipindahkan daripada tuala ke muka kita. Kemudian ambil kapas muka dan tuangkan sedikit Men Toner ni kat atas kapas tadi. Sapukan kapas tadi pada muka. Tumpukan pada dahi, hidung atau pipi sekiranya bahagian tersebut bermasalah. Sekali lagi, elakkan kawasan mata dan mulut.

Langkah 3
Pada waktu pagi, letakkan sedikit UV Perfect Water Cream pada hujung jari. Kemudian calitkan pada pipi kanan, pipi kiri, dahi dan hidung. Seterusnya urut muka menggunakan jari. Aku tertarik betul dengan UV Perfect Water Cream ni sebab berwarna biru. Bila calit kat pipi, rasa sejuk je. Rasa macam nak pakai banyak banyak je. Haha! Manakala pada waktu malam pulak, ulang langkah yang sama, cuma kali ni gunakan Regenerist Night Cream. Selesai! Ulang langkah 1 hingga 3 setiap hari.

A post shared by Hizami Li (@hizamili) on


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai LVA Beaute ni, boleh rujuk kat bawah ni:

Jumaat, 23 Januari 2015

Loki Si Kucing Comel Ni Datang Dari Mana?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Macam mana aku boleh bela Loki? Haaa... Loki ni kalau korang nak tahu, kucing pertama yang aku bela. Aku ambil Loki masa dia dua bulan lagi. Tak silap aku ambil dia kat Johor Bahru sekitar awal bulan Disember 2012. Masa tu aku tengah kursus induksi kat sana. Dalam aku tengah mengantuk dan bosan dengar ucapan, aku pergi buka mudah.my tengok anak-anak kucing kat situ. Niat kat hati cuma nak tengok tengok je. Entah macam mana aku boleh bernafsu nak ambil seekor bawa balik rumah. Dah jodoh Loki dengan aku kot? Hiks.

Sekarang Loki ni dah berumur 2 tahun 3 bulan. Kalau ikut umur manusia, Loki ni dah 24 tahun. Lebih kurang macam umur aku kot? Sebaya pun boleh. Haha! Tapi apa yang menyedihkan, Loki dah jadi bapa dah. Aku? Calon pun masih tercari-cari dan teraba-raba. Simpati tak? Hehe. Okay. Setakat tu je la kot sesi pengenalan tentang Loki si kucing comel ni. Nanti kita sambung kisah Loki dengan lebih lanjut. Dah alang-alang meh kita tengok antara koleksi gambar Loki masa dia kanak-kanak ribena lagi. Comel yang amat kot!

Ni hari pertama aku ambil Loki. Dia duduk dalam kotak ni daripada Johor sampai Melaka. Sedih tengok dia.

Innocent je muka Loki masa ni.

Boleh tak jangan membesar?

Bluwekkk!

Jarang Loki ni duduk kat sofa.

Kena paksa pakai tudung! Haha!

potpetpotpet : Siapa catlover kat sini?

Selasa, 19 Oktober 2010

Koleksi Pakaian Dinner 2010

Merah membara semangat waja.

Putihmu bersih budi pekerti.

Kuning berdaulat payung negara.

Biru perpaduan kami semua.

Say chess ! Eh silap. Say cheese !

potpetpotpet : Biar papa asal bergaya.

Jumaat, 17 September 2010

Budak Lelaki Putih

Putih. Suci ? Kenapa putih dikata suci ? Kenapa bukan warna lain ? Hitam ke. Merah ke. Biru ke. Kuning ke. Kelabu ke. Turguoise ke. Kenapa ? Oh. Aku dah mula pening pening lalat ni. Eh eh aku pun tak tahu apahal aku tanya soalan setaraf hotel lima bintang tu. Abaikan. Aku dah malas nak layan soalan yang telah menganggu hidup aku sejak dua jam tiga belas minit dua puluh sembilan saat lalu. Boleh ?


Dengan ini disertakan beberapa keping gambar budak lelaki tak berapa nak putih memakai baju pun tak berapa nak putih. Jadi apa kena mengena dengan putih ? Erk. Aku pun tak pasti. Haha. Salah topik pulak. Nak putih ? Gunalah DAIA ! Lupakan yang lain. Gila kau.






potpetpotpet: Hai sayang... Boleh ? Haha.

Khamis, 13 Mei 2010

Gila Berangan!!!

Bila larut malam tara kucak cak tara kucak cak suasana sepi tara kucak cak tara kucak cak. Hebat kan? Sesuai dengan tema lagu ni aku sertakan beberapa keping foto berani mati dengan konsep hitam dan putih. Sila gelak gelak gemok sambil melemparkan tuduhan bahawasanya aku gila berangan hoho lantak la.


Cuba teka aku sedang pandang apa? Jeng jeng jeng. Sudah tentu aku pon tak ingat wakakaka. Maka sila jadikan gambar ni sebagai wallpaper desktop anda supaya hidup anda berbahagia hendaknya. Haaa... Tak pasal pasal aku jadi modal caci cacian secara percuma kan kan kan?


Eh eh tengok tu. Ada ikan dalam kolam. Dan kenapa ikan tu rupa bentuk dia macam ikan? Haish... Meh aku tolak kau masuk dalam kolam biar menggelupur tak sempat sempat nak mintak tolong. Ikan kekek mak iloi iloi ikan gelama mak ilai ilai sekian terima kasih.


Jangan tanya aku apa apa tentang gambar ni sebab aku pon tak tahu menahu kenapa buruk sangat kedua dua makhluk ni. Haish... Dosa dosa. Tak baik cakap macam tu. Jom kita tukar pulak jangan tanya aku apa apa tentang gambar ni sebab aku pon tak tahu menahu kenapa handsome sangat kedua-dua makhluk ni. Haaa... Okay okay.


Agak agak macam mana kalau aku jadi duyung? Kot kot boleh jumpa dengan duyung macam Maya Karin. Tak nak dugong. Nak duyung. Sila ketahui perbezaan yang wujud kalau kau ragu ragu sila rujuk Kamus Dewan Edisi tak kisah berapa tapi aku tak jamin apa apa sebab aku pon tak check ada ke takde. Bantai je la.


potpetpotpet: Jom tidur minum petang!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com