Rabu, 31 Januari 2018

Kurta Moden Lelaki 2018: Fesyen Denim & Teluk Belanga

Salam.


Masih ingat lagi Cirgaro Apparel? Kalau korang google kurta lelaki atau kurta moden, mesti korang akan jumpa Cirgaro Apparel kat page pertama. Sememangnya nama yang tidak asing lagi dalam penghasilan kurta ini. Kali ini Cirgaro Apparel tampil memperkenalkan Kurta Denim Versi 2 dan Kurta Teluk Belanga Versi 2 bagi tahun 2018.

Kurta Denim Versi 2


Apa yang menariknya Kurta Denim Versi 2 ni? Haaa.... Kurta Denim Versi 2 ni boleh digayakan seperti kemeja yang menjadikannya lebih bersifat global dan universal. Cirgaro Apparel sangat menitik beratkan fesyen dan gaya dalam penghasilan kurta. Tak percaya? Boleh tengok koleksi kurta Cirgaro Apparel kat laman web dia cuba klik kat SINI.

Ciri-ciri kurta dari Cirgaro Apparel:
  • Mudah dipakai tanpa perlu bantuan orang lain.
  • Tiada aksesori tambahan seperti butang baju melayu yang kerap hilang.
  • Boleh dipadankan dengan seluar lain seperti seluar jeans, slack mahupun jogger pants. Tak perlu sedondon!
  • Sesuai digayakan di mana-mana majlis.
  • Senang dijaga dan tahan lasak.


Kurta Denim Versi 2 atau Kurta Denim 2018 ini menggunakan fabrik denim yang diimport khas dari luar negara. Kelas ke tidak? Tapi jangan risau, korang tak perlu tanggung kos penerbangan fabrik dia. Tak lawak kan.

Kelebihan fabrik denim yang digunakan:
  • Pre-Wash Fabric - tidak lunter selepas dibasuh
  • High Rich Cotton Content - mempunyai kandungan cotton (kapas) melebihi 83%, melebihi kandungan polyester
  • Special Soft Feel - selesa, tidak gatal dan tidak mudah berbulu
  • Highly Breathable - tidak tebal
  • 6 Denim Major Colours - warna yang menarik dan cantik

Ciri-ciri Kurta Denim 2018:
  • Mandarin collar style
  • Clip on button
  • Reverse fabric style pada bahagian dalam kolar
  • Butang baju moden bentuk empat segi mengikut warna fabrik
  • Pattern Mandarin collar style yang moden dan minimalis
  • Clip button pada bahagian kolar untuk mudah pakai
  • 2 poket tepi yang tersembunyi
  • Bar tack stitching, double stitching dan close stitching untuk kualiti jahitan bertaraf antarabangsa



6 warna Kurta Denim 2018:
  • Estoril Blue
  • Yale Blue
  • Deep Sea Blue
  • Sky High Blue
  • Pitch Black
  • Steel Blue

Apa macam? Terliur ke tidak tengok kurta kat atas ini? Haaa... Untuk makluman korang, saiz Kemeja Denim 2018 ini bermula dari S hingga XXXL dengan potongan regular fit dan lengan pendek agar nampak lebih kasual dan aktif. Menjamin keselesaan ketiak yang senang berpeluh. Angin yang sentiasa keluar masuk memudahkan proses pengeringan. Boleh?

Kurta Teluk Belanga Versi 2


Selain daripada Kurta Denim 2018, Cirgaro Apparel juga melancarkan Kurta Teluk Belanga Versi 2. Menggunakan fabrik berkualiti tinggi iaitu fabrik hybrita cotton, kurta kali ini lebih mudah digosok (iron) dan tidak mudah renyuk. Lepas ni dah boleh jual iron kat jiran sebelah.

10 warna Kurta Teluk Belanga 2018:
  • Space Black
  • Dark Blue
  • Royal Blue
  • Dusty Pink
  • Hot Maroon
  • Soft Brown
  • Mangosteen Purple
  • Executive Grey
  • Emerald Green
  • Mint Green


Penambahan butang tembaga (anti karat) pada bahagian kolar menjadikan Kurta Teluk Belanga 2018 tampak lebih mewah. Selain itu, jahitan kurta ini kemas seperti biasa dan teliti. Masih berkonsepkan minimalis, kurta ini diperincikan lagi dengan sedikit touch of piping berlainan warna supaya tidak terlalu plain dan boring. Sama seperti Kurta Denim 2018, kurta ini juga mempunyai saiz bermula dari S hingga XXXL tapi dengan potongan slim fit. 

Bila masa yang sesuai untuk pakai Kurta Teluk Belanga 2018 ini? Bila bila masa! Haaa... Cakap je bila nak pakai, kenduri kahwin ke, kenduri akikah ke, majlis pertunangan ke, majlis doa selamat ke, solat Jumaat ke, semua boleh.



Kurta Teluk Belanga 2018 ini menyajikan 10 pilihan warna yang menarik selain design istimewa yang menggabungkan unsur tradisional dan moden. Pilih jangan tak pilih! Dah boleh start pening kepala fikir raya tahun ini warna apa.



Jangan risau kepada pasangan kat luar sana tu kerana Cirgaro Apparel sengaja menghasilkan baju sedondon Kurta Teluk Belanga dan Baju Kurung Moden Iris. Dah mudah korang nak tampil bergaya sedondon terutamanya buat mereka yang dah berumah tangga. Setuju ke tidak? Kena setuju! Haha!


Nak tips untuk mencari baju couple set yang sedondon? Boleh klik kat SINI.

Jadi kepada korang yang berminat dengan Kurta Denim 2018 ataupun Kurta Teluk Belanga 2018, korang boleh beli secara online kat laman web rasmi Cirgaro Apparel. Jangan risau, semua ready stock. Jadual ukuran kurta bagi setiap saiz juga disediakan.

Laman Web Rasmi Cirgaro Apparelhttps://cirgaro.com/

Tak suka beli online? Nak cuba dulu? Haaa... Singgah butik Cirgaro Apparel di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Cepat cepat jangan lambat lambat!

Ahad, 9 April 2017

Kurta Cirgaro - Kurta Lelaki Moden, Bergaya & Kasual Raya

Salam.

Raya dah dekat! Jadi? Persiapan raya pun dah boleh bermula sekarang. Okay. Puasa pun belum. Haha! Ye la. Kalau lambat nanti, baju yang ditempah tak siap la, baju yang kita nak dah habis saiz la, bajet pun dah lari 4 kali 400 meter bila dekat nak raya tu. Bagi mengelakkan kejadian kejadian tu berlaku, persiapan awal perlu dilakukan. Seperti? Beli kurta moden daripada Cirgaro sekarang! Camtuh. Bila kita dah mula beli keperluan raya sekarang, nanti dah dekat nak raya tak terasa sangat duit yang mengalir tu. Setuju?


Apa itu Cirgaro? 

Cirgaro adalah merupakan syarikat yang sangat serius dalam industri fesyen walaupun baru berusia 2 tahun. Dan Cirgaro ni pengeluar kurta yang mementingkan kualiti jahitan di samping kualiti fabrik yang digunakan. Zaman sekarang ni bila sebut kurta je orang dah tak terbayang kurta yang dipakai oleh orang India atau orang Pakistan. Tapi orang terbayangkan kurta yang moden seperti kemeja cuma digayakan secara tuck out. Nampak tak? Sebab tu kurta moden ni semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Kurta ni kita tak perlukan songkok atau kain samping untuk nampak sempurna kerana kurta lebih kasual dan santai. Tapi baju Melayu jangan dilupakan pula. Tu kan adat kita, bak kata pepatah, biar mati anak, jangan mati adat. Camtuh.


Keistimewaan kurta Cirgaro
  • Tidak labuh seperti kurta tradisional
  • Rekaan Mandarin kolar yang minimal
  • Penggunaan zip YKK Japan Brass (sama seperti Levi's)
  • Semua produk menggunakan fabrik cotton yang dipilih khas dari Korea Selatan
  • Sizing kurta yang selesa, tidak terlalu slim fit, sesuai untuk orang Malaysia
  • Saiz bermula daripada S sehingga XXXL

Semua rekaan Cirgaro menggunakan design language, iaitu, moden dan minimal. Maksudnya fesyen kurta daripada Cirgaro tidak keterlaluan. Secukup rasa orang kata. Jadi kurta Cirgaro ni juga sesuai digayakan di majlis-majlis sosial seperti majlis perkahwinan atau kenduri dan dipakai ke pejabat untuk urusan rasmi.


Cuci mata jom?

Untuk lelaki, terdapat 4 jenis kurta dan 1 jenis jubah keluaran Cirgaro; Kurta Uno, Kurta Bangsawan, Kurta Safari, Kurta Neo, Kurta King dan Jubah Marhaen. Dan untuk setiap jenis tu pula, ada pelbagai warna dan saiz yang ditawarkan. Memang rambang mata nak pilih mana satu ni. Jadi jom kita cuci mata?

KURTA UNO
Fabrik cotton paling biasa dalam keluarga kurta Cirgaro. Rekaan kurta ni paling ringkas dan disasarkan untuk golongan muda remaja. Tapi aku pun minat rekaan yang ringkas dan minimal juga walaupun tak berapa nak muda remaja. Haaa... Dengar cerita pertengahan bulan April 2017 ni Cirgaro akan lancarkan Kurta UNO versi 2. Nantikan!


KURTA BANGSAWAN
Kurta Bangsawan ni antara yang paling laris jualannya. Kalau tak silap kurta ni dah mula dikeluarkan sejak daripada awal tahun lepas dan sampai sekarang Kurta Bangsawan masih dikeluarkan tapi dengan warna-warna baharu yang diperkenalkan setiap dua bulan. Apa yang istimewanya kurta ni? Haaa... Kurta ni memiliki zip senang nak buka senang nak tutup. Camtuh


KURTA SAFARI
Kurta Safari ni khas untuk peminat fabrik denim di Malaysia. Tapi jangan fikir kain dia tebal macam seluar jeans. Tak tak tak. Cirgaro mengunakan fabrik denim yang khas kerana fabrik denim ni sejuk dan sangat selesa untuk dipakai.


KURTA NEO
Kurta paling menarik dan meletop di bumi Malaya setakat ini. Kurta Neo mengunakan fabrik yang direka khas oleh team Cirgaro. Katanya setakat ni tiada lagi kurta kat Malaysia ni yang menggunakan fabrik macam ni.


KURTA KING
Ni la raja segala kurta kat Malaysia. Sebab apa? Sebab kehabisan stok tahun lepas! Dan sebab apa Kurta King ni kehabisan stok? Sebab fabrik yang digunakan sangat istimewa. Fabrik ni mempunyai corak yang kelihatan seperti timbul (emboss). Menarik bukan?


Jadi apa tunggu lagi? Layari laman web Cirgaro sekarang! Lebih kurang 40 warna berbeza yang ditawarkan oleh koleksi Kurta Moden 2017 oleh Cirgaro Apparel. Siap boleh padankan warna dengan pasangan korang. Ya. Kurta Cirgaro sebenarnya direka supaya senang dijadikan set berpasangan sebab Cirgaro turut menghasilkan keluaran khas untuk wanita terutamanya bagi koleksi raya 2017 ni. Lagi satu, korang tak perlu tunggu diskaun besar-besaran kerana Cirgaro sangat menghargai pelanggan-pelanggan mereka. Jadi mereka tidak akan mengadakan sales yang akhirnya membuatkan pelanggan-pelanggan yang telah membeli produk sebelum ni rasa tertipu.

Harga yang ditawarkan pula adalah berpatutan dan berpadanan dengan kualiti, rekaan dan servis yang diberikan. Jangan risau, fabrik yang digunakan sangat berkualiti dan jarang didapati kerana fabrik Cirgaro dihasilkan oleh kilang OEM di Korea Selatan. Dan kurta-kurta Cirgaro ni dihasilkan dalam kuantiti yang terhad. Sebab apa? Sebab eksklusif dan juga nak kawal kualiti.

Dah banyak sangat aku membebel ni. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Cirgaro, singgah la butik baharu mereka di Plaza Shah Alam atau klik je kat bawah ni:

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com