Jumaat, 18 Mei 2018

Baju Melayu Moden Raya 2018 - Tips Khas Untuk Lelaki

Salam.


Hari ini aku nak share tips terutamanya kepada lelaki lelaki kat luar sana bagaimana untuk memilih Baju Melayu pada Hari Raya Aidilfitri supaya nampak segak dan bergaya. Errr... Poyo tak? Bajet aku ni siapa nak bagi tips tentang Baju Melayu ni? Haha! Entri ni sekadar memberi panduan kepada lelaki kat luar sana tu dalam memilih Baju Melayu yang moden untuk Hari Raya Aidilfitri tahun 2018 ni. Tapi panduan ni tertakluk kepada terma dan syarat mengikut taste aku je. Kalau taste aku tak sama dengan taste korang kisah pula aku pasal korang dah pergi sana ni blog aku suka hati aku lah yang aku tiba tiba emosi dah kenapa ni? Haha!

Dah bersedia?

Tips Untuk Lelaki Dalam Memilih Baju Melayu Moden Raya 2018
  • Masih mengekalkan gaya klasik.
  • Fesyen yang tidak keterlaluan baik daripada segi kombinasi warna mahupun design. Less is more!
  • Saiz baju yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.
  • Minimal.
  • Fabrik yang selesa, tidak panas dan berkualiti tinggi.


Sejujurnya aku lebih suka Baju Melayu yang basic je. Tapi sebelum ni aku pernah juga pergi hantar kain kat tailor dan aku minta dia jahit Baju Melayu tu mengikut design yang konon konon tengah viral masa tu tapi last last aku pakai Baju Melayu yang tu sekali je. Serius cakap aku pakai Baju Melayu yang tu masa Hari Raya Aidilfitri yang pertama je lepas tu aku dah tak pakai dah.

Hari hari seterusnya kalau aku terpaksa atau tiba tiba nak pakai Baju Melayu aku akan pakai Baju Melayu yang basic je. Takde dah aku nak pakai Baju Melayu yang fancy bagai ke yang ada design konon konon hipster ke yang ada dua tiga empat warna ke. Lagipun Baju Melayu yang basic ni senang dipadankan dengan seluar lain tak kisah lah seluar track ke seluar slack ke seluar jeans ke seluar pendek ke ehhh kau dah kenapa nak pakai Baju Melayu dengan seluar pendek nak kena pijak secara berjemaah ke apa. Haha! Tapi itu lah preference aku untuk tahun 2018 ni. No more design pelik pelik ke lain daripada yang lain ke di luar kotak ke.


Jadi sekarang ni korang dah jumpa belum Baju Melayu untuk tahun 2018 ni? Haaa... Tak payah pening pening sebab korang boleh cari Baju Melayu yang moden yang bergaya yang cantik untuk Hari Raya Aidilfitri kali ni kat CIRGARO. Kat mana? Aku ulang sekali lagi kat CIRGARO. Nak aku ulang lagi tak? Boleh boleh. Aku ulang kat CIRGARO.

Ada apa dengan Baju Melayu daripada CIRGARO ni?


Rekaan Baju Melayu daripada CIRGARO masih mengekalkan ciri klasik tapi terdapat sentuhan moden pada kolar mandarin dan potongan seluar yang kecil pada bahagian lutut hingga kaki seluar. Selain itu, Baju Melayu ni mempunyai lima biji butang sedia ada yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Corak semula jadi kat butang butang ni memang unik dan berbeza antara satu sama lain. Jadi lepas ni takde lagi masalah butang hilang betul tak? Design tersendiri tanpa lari jauh daripada imej asal Baju Melayu.

Menerima sentuhan moden dan minimal, Baju Melayu kali ni dipasang poket dada tanpa pesak dan dua poket bawah. Jadi Baju Melayu ni boleh dipakai sebagai kurta dan boleh digayakan dengan seluar jeans, seluar slack dan kain pelikat. Hebat bukan?


Menggunakan fabrik Hybrita Cotton Japan, Baju Melayu ni menjanjikan keselesaan, tidak panas dan tidak mudah berkedut. Imej klasik, unsur minimalis dan moden menjadi kelebihan Baju Melayu daripada CIRGARO untuk tahun 2018 kali ni yang didatangkan dalam tiga warna, iaitu, biru gelap, pink belacan dan maroon dengan saiz bermula daripada S hingga 4XL.


Jangan tak tahu yang Baju Melayu daripada CIRGARO ni boleh dipadankan dengan Baju Kurung Moden Alyssa Luxe Peplum yang sedondon warna dia. Haaa... Semua koleksi baju raya lelaki untuk Hari Raya Aidilfitri tahun 2018 ni mempunyai pasangan masing-masing. Serius! Jadi apa tunggu lagi? Jom shopping raya kat CIRGARO!
Butik: Lot F4A, First Floor, Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam


Untuk perempuan pula, korang boleh baca entri Baju Kurung Moden Trend Terkini Raya 2018 kat blog Kisah Emas Putih. Selamat Hari Raya Aidilfitri! Lagi 28 hari! Haha!

Isnin, 6 November 2017

Aishah Diperli Terlebih Kos Kain, Tiada Designer Sudi Taja Baju

Salam.


Masa konsert Gegar Vaganza minggu ke-2 semalam, aku tak berapa berkenan dengan baju Aishah tu sebenarnya. Baik dari segi pemilihan warna baju, gaya tudung dan rekaan baju tu sendiri, aku rasa agak kurang menyenangkan. Serba serbi tak kena! Tapi tu pada mata aku je lah. Tapi rupa-rupanya ada kisah di sebalik semua tu! Aku dapat tahu rupa-rupanya tiada designer yang sudi untuk menaja baju Aishah setakat hari ni. Hmmm... Kesiannya! Menurut Deegun Rahman, ada designer siap perli takut takut terlebih kos beli kain pula. Pehhh... Kejam betul perangai. Tak nak sponsor tu dah lah, tak payah lah nak perli sampai macam tu sekali. Betul tak?


Teringat kejadian Siti Nordiana masa Gegar Vaganza musim ke-2 yang lalu. Pada awalnya, memang takde designer nak taja Siti Nordiana kerana nama dia masa tu memang sejuk beku belum keluar dari freezer. Tapi tengok lah lepas tu, terus designer berlumba-lumba nak taja baju dia sampai hari ni. Hebat kan?

Cuma aku betul betul kesian kat Aishah ni. Sebab Aishah ni bukan penyanyi satu lagu lepas tu terus senyap dan tenggelam. Aishah ni living legend kot! Lagu hits Aishah ni punya lah bersepah sana sini. Vokal Aishah terutamanya masa zaman kegemilangan dia dulu tu tak payah cakap lah, memang terbaik di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Industri Muzik (AIM). Tapi nasib Aishah sekarang? Hmmm... Semoga lepas ni ada juga rezeki Aishah untuk bekerjasama dengan designer di pentas Gegar Vaganza musim ke-4 ni. Semoga berjaya Aishah!

-dikemas kini-

Alhamdulillah. Setelah cerita ini menjadi tular, Aishah telah dihujani dengan pelbagai tawaran untuk tajaan baju bagi konsert Gegar Vaganza minggu ke-3. Haaa... Tu nama dia rezeki. Namun, Aishah turut menjelaskan situasi sebenar mengenai cerita yang tersebar tentang tiada designer yang sudi untuk menaja baju  dia. Menurut Aishah, tidak timbul isu tiada penaja kerana dia lebih selesa bersederhana macam sekarang ni, cukup sekadar ditemani oleh suami.



Semoga Aishah terus dimurahkan rezeki!

Ahad, 9 April 2017

Kurta Cirgaro - Kurta Lelaki Moden, Bergaya & Kasual Raya

Salam.

Raya dah dekat! Jadi? Persiapan raya pun dah boleh bermula sekarang. Okay. Puasa pun belum. Haha! Ye la. Kalau lambat nanti, baju yang ditempah tak siap la, baju yang kita nak dah habis saiz la, bajet pun dah lari 4 kali 400 meter bila dekat nak raya tu. Bagi mengelakkan kejadian kejadian tu berlaku, persiapan awal perlu dilakukan. Seperti? Beli kurta moden daripada Cirgaro sekarang! Camtuh. Bila kita dah mula beli keperluan raya sekarang, nanti dah dekat nak raya tak terasa sangat duit yang mengalir tu. Setuju?


Apa itu Cirgaro? 

Cirgaro adalah merupakan syarikat yang sangat serius dalam industri fesyen walaupun baru berusia 2 tahun. Dan Cirgaro ni pengeluar kurta yang mementingkan kualiti jahitan di samping kualiti fabrik yang digunakan. Zaman sekarang ni bila sebut kurta je orang dah tak terbayang kurta yang dipakai oleh orang India atau orang Pakistan. Tapi orang terbayangkan kurta yang moden seperti kemeja cuma digayakan secara tuck out. Nampak tak? Sebab tu kurta moden ni semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Kurta ni kita tak perlukan songkok atau kain samping untuk nampak sempurna kerana kurta lebih kasual dan santai. Tapi baju Melayu jangan dilupakan pula. Tu kan adat kita, bak kata pepatah, biar mati anak, jangan mati adat. Camtuh.


Keistimewaan kurta Cirgaro
  • Tidak labuh seperti kurta tradisional
  • Rekaan Mandarin kolar yang minimal
  • Penggunaan zip YKK Japan Brass (sama seperti Levi's)
  • Semua produk menggunakan fabrik cotton yang dipilih khas dari Korea Selatan
  • Sizing kurta yang selesa, tidak terlalu slim fit, sesuai untuk orang Malaysia
  • Saiz bermula daripada S sehingga XXXL

Semua rekaan Cirgaro menggunakan design language, iaitu, moden dan minimal. Maksudnya fesyen kurta daripada Cirgaro tidak keterlaluan. Secukup rasa orang kata. Jadi kurta Cirgaro ni juga sesuai digayakan di majlis-majlis sosial seperti majlis perkahwinan atau kenduri dan dipakai ke pejabat untuk urusan rasmi.


Cuci mata jom?

Untuk lelaki, terdapat 4 jenis kurta dan 1 jenis jubah keluaran Cirgaro; Kurta Uno, Kurta Bangsawan, Kurta Safari, Kurta Neo, Kurta King dan Jubah Marhaen. Dan untuk setiap jenis tu pula, ada pelbagai warna dan saiz yang ditawarkan. Memang rambang mata nak pilih mana satu ni. Jadi jom kita cuci mata?

KURTA UNO
Fabrik cotton paling biasa dalam keluarga kurta Cirgaro. Rekaan kurta ni paling ringkas dan disasarkan untuk golongan muda remaja. Tapi aku pun minat rekaan yang ringkas dan minimal juga walaupun tak berapa nak muda remaja. Haaa... Dengar cerita pertengahan bulan April 2017 ni Cirgaro akan lancarkan Kurta UNO versi 2. Nantikan!


KURTA BANGSAWAN
Kurta Bangsawan ni antara yang paling laris jualannya. Kalau tak silap kurta ni dah mula dikeluarkan sejak daripada awal tahun lepas dan sampai sekarang Kurta Bangsawan masih dikeluarkan tapi dengan warna-warna baharu yang diperkenalkan setiap dua bulan. Apa yang istimewanya kurta ni? Haaa... Kurta ni memiliki zip senang nak buka senang nak tutup. Camtuh


KURTA SAFARI
Kurta Safari ni khas untuk peminat fabrik denim di Malaysia. Tapi jangan fikir kain dia tebal macam seluar jeans. Tak tak tak. Cirgaro mengunakan fabrik denim yang khas kerana fabrik denim ni sejuk dan sangat selesa untuk dipakai.


KURTA NEO
Kurta paling menarik dan meletop di bumi Malaya setakat ini. Kurta Neo mengunakan fabrik yang direka khas oleh team Cirgaro. Katanya setakat ni tiada lagi kurta kat Malaysia ni yang menggunakan fabrik macam ni.


KURTA KING
Ni la raja segala kurta kat Malaysia. Sebab apa? Sebab kehabisan stok tahun lepas! Dan sebab apa Kurta King ni kehabisan stok? Sebab fabrik yang digunakan sangat istimewa. Fabrik ni mempunyai corak yang kelihatan seperti timbul (emboss). Menarik bukan?


Jadi apa tunggu lagi? Layari laman web Cirgaro sekarang! Lebih kurang 40 warna berbeza yang ditawarkan oleh koleksi Kurta Moden 2017 oleh Cirgaro Apparel. Siap boleh padankan warna dengan pasangan korang. Ya. Kurta Cirgaro sebenarnya direka supaya senang dijadikan set berpasangan sebab Cirgaro turut menghasilkan keluaran khas untuk wanita terutamanya bagi koleksi raya 2017 ni. Lagi satu, korang tak perlu tunggu diskaun besar-besaran kerana Cirgaro sangat menghargai pelanggan-pelanggan mereka. Jadi mereka tidak akan mengadakan sales yang akhirnya membuatkan pelanggan-pelanggan yang telah membeli produk sebelum ni rasa tertipu.

Harga yang ditawarkan pula adalah berpatutan dan berpadanan dengan kualiti, rekaan dan servis yang diberikan. Jangan risau, fabrik yang digunakan sangat berkualiti dan jarang didapati kerana fabrik Cirgaro dihasilkan oleh kilang OEM di Korea Selatan. Dan kurta-kurta Cirgaro ni dihasilkan dalam kuantiti yang terhad. Sebab apa? Sebab eksklusif dan juga nak kawal kualiti.

Dah banyak sangat aku membebel ni. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Cirgaro, singgah la butik baharu mereka di Plaza Shah Alam atau klik je kat bawah ni:

Khamis, 16 Jun 2011

Mari Join Aku Bercanda Di Pasiran Pantai!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Berduduk.


Okay. Ni posing kat tepi pantai. Tapi pakai baju macam takde gaya nak mandi pantai pon. Boleh ke? =,=

Tak kisah la. Anyway, persalinan ni ditaja oleh Gabana Boutique & Beauty. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut pasal butik tu, boleh la search kat facebook, cari Gabana Boutique & Beauty. Eh. Kalau kau telah dilahirkan sebagai pemalas, boleh la klik kat sini je. =,=

Anyway, pakaian kat Gabana Boutique & Beauty ni murah je. Paling penting, sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Okay? Haaatok kau nak pakai baju yang aku pakai ni pon boleh, takde orang kata tak boleh. Sebab orang mungkin akan kata buang tabiat. Tu je kot. =,=

Baju yang aku pakai tu harga dia RM 35 je. Ada saiz M, L dan XL. Nak tak? :)

Seluar yang aku pakai tu pulak harga dia cuma RM 51. Murah derrr... Saiz bermula daripada 30 sampai la 38. Nak tak? :)

Ada sesiapa nak beli? Sila cekkidaud page Gabana Boutique & Beauty kat facebook tu haaa... Actually, butik dia ada banyak menawarkan pakaian perempuan yang gojes. Siriyes! So, perhatian kepada perempuan perempuan sekalian, sila jenguk page butik tu ye. Mana la tahu ada yang berkenan di hati. >.<


Berdiri.



potpetpotpet : Tajuk entri memang selalu keluar topik. Errr...

Rabu, 5 Mei 2010

Rumah Oh Rumah!

Wah. Nak balik rumah!!! HohO. Well. Nak packing barang barang kejap lagi. Hopefully aku sempat balik hari ni. Dah lama tak balik rumah ni. There can be no place in the world like at home!!!


Rumah ada ibu dan ayah. Rumah ada adik adik. Best best. Okay. Ada sesiapa nak tolong aku packing barang barang ni? Betol betol banyak. Isk isk isk. Baju baju. Buku buku. Pinggan mangkok. Kasut kasut. Fuh... Tak cukup dua tangan ni. Nak tiga tangan ke empat tangan ke lima tangan ke enam tangan ke boleh boleh boleh?


potpetpotpet: Home is where the heart is.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com