Isnin, 19 Ogos 2013

Adat Kunjung & Ziarah Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Sempena kedatangan bulan Syawal ni tak lengkap rasanya kalau tak cerita pasal raya. Tahun ni raya pertama aku kat kampung belah ayah kat Alor Gajah, Melaka dan raya kedua pulak kat kampung belah ibu kat Batu Pahat, Johor. Setiap kali raya memang aku akan balik kedua-dua kampung. Cuma giliran kampung mana dulu je yang akan bertukar. Nasib baik aku ada dua kampung je. Kalau aku ada tujuh belas kampung?

Gambar ni satu je kot yang sempat.

Tahun ni tema warna baju kami ialah biru langit sekejap mendung sekejap tidak kerana segala-galanya bergantung kepada matahari. Kemain tema takleh nak panjang lagi ke? Kami sekeluarga memang tiap-tiap tahun pakai warna baju yang sama. Banyak kelebihan bila pakai warna baju yang sama. Contoh kalau kita tak kenal anak buah kita sebab ramai sangat saudara-mara masa tu, tapi kerana warna baju yang sama, kita dapat mengenal pasti siapa ibu dan ayah kepada anak buah tadi. Takde la nanti kita dipandang hina dan keji sebab tak kenal anak buah sendiri. Boleh camtuh?

Anyways, aku terkilan sikit sebab pagi hari raya pertama tu tak dapat ambil gambar banyak banyak. Takde rezeki nampaknya hari raya tahun ni nak bergaya dengan persalinan baju melayu lengkap. InshaAllah pada tahun-tahun yang akan datang jika diizinkan Allah. Cukup dah membebel. Layankan gambar-gambar sepanjang minggu raya ni.

Ni adik-beradik aku. 25 tahun, 24 tahun, 23 tahun, 21 tahun, 19 tahun dan 7 tahun.

Sepupu sepapat sebelah ayah. Sepupu aku yang pakai t-shirt oren tu memang tak berapa betul sikit. Haha!

Drive balik kampung Batu Pahat dengan Bob, Ika dan Adik. Tapi kita mai pekena kopi daripada Old Town White Coffee dulu!

Selamat tinggal kampung! Ni kampung belah ibu kat Batu Pahat.

Bosan dengan ketupat dan rendang, kita bantai makanan barat. Bajet mat saleh la tuhhh...

Aku tak bersedia lagi! Tunggu aku kira 1 sampai 99 baru ambil gambar okay?

Menu kat rumah Qarl. Sedap nak meninggal! Haha!

Kasut tu yang penting. Yang lain tak berapa penting.

Geng beraya kat Kuala Selangor dan sekitar Kuala Lumpur hari tu.

Curi-curi ambil gambar. Ni babak kat rumah Nabil.

Tak nak menyusahkan orang lain, kita guna cermin supaya semua orang dapat masuk dalam gambar.

Bukan senang nak kumpul macam ni sebab masing-masing dah bekerja kat lain-lain negeri. Alhamdulillah dapat berkumpul walaupun ada beberapa orang yang tak dapat datang.

Kawan-kawan sekolah daripada Tingkatan Satu. Siapa kahwin dulu ni?

Terima kasih kepada Nabil dan Azri kerana sudi datang beraya. Kenyang tak Nabil? Haha!

Adik Nabil, Ika dengan kawan dia, Sophie. Jangan serik untuk datang lagi ye?

Bajet macam tengah photoshoot cover album kumpulan terbaru daripada KRU. Agak over di situ.

Sebelah kiri menu rumah Adie, sebelah kanan menu rumah Abang Zizi. Aku pulak budak lelaki sebelah pintu.

Bergambar sampai cirit-birit sebelum balik daripada rumah Adie.


potpetpotpet: Jemput datang rumah. Ajak-ajak ayam je ni. Haha!

Rabu, 7 Ogos 2013

Lagu Raya Baru 2013 - Faizal Tahir, Najwa Latif, Forteen & KRU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Mata kenyit sebelah pun boleh.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf zahir batin ye? Maafkan andai ada kata-kata atau tindakan yang mengundang sakit hati sama ada sengaja atau tidak sengaja. Maafkan andai ada dosa yang terbit sama ada sengaja atau tidak sengaja. Maafkan andai ada termakan mahupun terminum sama ada sengaja atau tidak sengaja. Maafkan segala kekhilafan aku daripada hujung rambut sampailah hujung kaki, daripada buaian sampailah liang lahad. Maafkan aku sebab panjang sangat bagi ucapan mintak maaf. Okay. Cukup.

Tahun 2013 ni boleh dikatakan banyak jugak lagu raya baru. Kat sini aku dah senaraikan 6 buah lagu raya baru bagi tahun ni. Semua lagu raya baru ni ambil mood happy happy je. No more tears orang putih kata. Kemain tawww quotation daripada orang putih. So far, ni je lagu raya baru yang aku tahu. Ada lagi ke lagu raya baru yang lain?


Faizal Tahir - Syukur

Lagu raya bertajuk Syukur ni merupakan usahasama Faizal Tahir dengan Watsons. Aku tak tahu kenapa tapi video klip lagu ni nampak sangat awkward sebab sambut hari raya kat dalam Watsons lepas tu siap ada penari yang malu-malu nak menari. Heh. On the other hand, pada aku, lagu Syukur ni merupakan lagu raya baru terbaik untuk tahun ni!



iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris - Hari Raya

iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin dan Mimie Haris ni semua artis bawah NAR Records. Nak jimat kos katanya dorang pun bergabung dalam satu lagu raya yang bertajuk Hari Raya. Boleh camtuh? Aku tak tahu yang lagu ni pasal hari raya walaupun tajuk dia terang-terang Hari Raya. Kreatif sangat tajuk lagu raya dia. LOL! Anyways lagu ni memang easy listening.



Forteen - 10 Jari Aidilfitri

Akhirnya! Inilah yang kita mahukan! Melalui lagu 10 Jari Aidilfitri ni kita dapat mendengar nyanyian solo daripada setiap ahli kumpulan, terutama sekali Izzue Islam. Okay. Patutlah dorang tak pernah bagi Izzue Islam ambil part solo sebelum ni. Aku dah nampak sebabnya. Kbai. Tapi takde masalah sangat pun sebab Izzue Islam ada bidang lakonan yang mana ahli lain takde. Teruskan berlakon ye?




Ainan Tasneem - Bersama Di Hari Raya

Disebabkan Ainan Tasneem ni bukan artis bawah NAR Records, dia pun nyanyi la lagu raya sorang sorang. Tak baik tawww tinggalkan Ainan Tasneem nyanyi lagu raya sorang sorang. Takpe. Tahun depan Nan nyanyi dengan abang pulak ye? Haha! Bajet kenal rapat dengan Ainan Tasneem boleh suka suka hati panggil Nan je? Anneyyy, roti cheese naan satu!



KRU - Erti Aidilfitri

Betul ke Erti Aidilfitri ni merupakan lagu raya pertama daripada KRU? Aku tak perasan selama bertahun-tahun KRU dalam industri hiburan ni rupa-rupanya dorang takde satu pun lagu raya? Kalau betul apa yang dikata, tahniah kerana KRU masih lagi diberi kesempatan untuk merakamkan lagu raya. Boleh putar dan dengar lagu raya sendiri je lepas ni.



Bunkface - Anugerah Syawal

Lagu raya paling rock tahun ni! Aku nasihatkan kalau korang tengah makan biskut almond london tolong jangan dengar lagu Anugerah Syawal ni. Aku takut almond dalam biskut tu tercampak merata-rata sebab terkejut dengar lagu ni. Tapi menarik jugak lagu ni bila dengar enam belas kali. Okay. Aku nak dengar untuk kali yang ketujuh belas pulak lepas ni.



potpetpotpet : Lagu raya baru ni sedap ke tidoookkk?

Selasa, 6 Ogos 2013

Pengalaman Photoshoot InTrend Isu September Ini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Hari Sabtu (3 Ogos 2013) yang lepas aku dengan gigihnya turun KL sebab dapat jemputan untuk photoshoot. Eh ni bukan photoshoot raya tapi photoshoot untuk satu ruangan blogger dalam majalah InTrend isu akan datang. I was so honored dapat peluang macam ni. Ibarat bulan jatuh ke riba gitooo... Aku kena gerak awal hari tu sebab aku dari Melaka pulak tu aku tak tahu jalan kat KL. Aku gerak dalam pukul 9 pagi macam tu. Masa dah keluar tol tu memang harap kat gps je la. Sesat tu tak payah cakap! Patut sampai sebelum pukul 12 tengahari tapi last last? Pukul 1 petang baru sampai kat studio! Nasib baik blogger lain tak habis lagi photoshoot. Allhamdulillahi rabbil 'alamin jugak masa tu sebab berjaya cari kat mana studio tu berada.

Memang sakit kepala otak cari kat mana studio tu berada.

Masuk je studio aku nampak Ben Ashaari tengah photoshoot pakai kemeja pink dipadankan dengan seluar merah! Kau mampu ke nak pakai macam tu? Haha! Lepas dia dah habis photoshoot kami sempat bertegur sapa seminit dua dan ambil gambar sekeping dua. Ni first time aku jumpa face to face dengan bro Ben Ashaari ni. InshaAllah jumpa lain kali ye?

Dah macam burger dah bila kena himpit dengan dua orang bertulang besi berurat dawai ni!

Lepas tu giliran sorang blogger perempuan pulak. Aku tengok muka dia macam kenal. Tapi takut salah orang pulak sebab tak pernah jumpa depan depan, tengok kat blog dan kat instagram je. Takpelah. Aku pergi mekap dulu. Nak tak nak, relakan je la muka kena tonyoh. Nanti photoshoot barulah nampak comel macam Kak Ton! Dengan harapan dapat hidung mancung macam Kak Ton supaya boleh jadi ampaian sangkut baju sehelai dua.

Dongak ke langit. Dah rasa macam artis David Teo la!

Betul! Dia Shea Rasol! I'm pretty sure hijabistas kat luar sana mesti kenal dengan Shea Rasol ni. Tak dapat borak banyak dengan dia, dapat ambil gambar sekeping dua je. Masa tu giliran aku photoshoot dan dia pulak dah nak balik. Sempat tahan dia kejap untuk bergambar. Yes. Untuk bergambar je! Haha! She is adorable. Nasib baik aku lebih tingi daripada dia, baru nampak macho sikit. Ehemmm ehemmm ehemmm...

Gambar ni takde kena mengena dengan celcom blue. Sekian.

Untuk photoshoot, aku kena pakai apa yang telah disediakan. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar walaupun baju yang aku pakai hari tu agak besar sampai kena guna penyepit kat belakang. Nasib baik ambil gambar daripada depan! Kalau ambil gambar daripada belakang? Kita sepit kat depan pulak! Kbai. At the end of photoshoot, aku sempat la tengok hasilnya. Pehhh... Aku sendiri tak percaya bila tengok semua gambar hasil daripada photoshoot tu! Aku dah macam artis korea kot! Okay. Agak over di situ. Senang cakap aku memang puas hati gila dengan photoshoot hari tu, antara photoshoot yang terbaik pernah aku alami. Terima kasih kepada mereka yang berada di belakang tabir, yang telah menjayakan photoshoot hari tu. Thumbs up!

Ni dorang yang bagi arahan duduk macam ni. Aku tak pandai nak posing sebenarnya!

Duduk kat lantai pulak! Ni pose tunggu azan nak buka puasa.

Jatuh cinta dengan diri sendiri! Awwwwwwwwww...


Kak Haizan, bro make-up artist dan jugak bro intern. Nice to meet all of you!

Team photographer of the day yang memang awesome tahap dewa!

Lepas habis photoshoot, aku dengan adik-adik aku dan sepupu aku bergerak ambil adik aku yang lagi sorang kat Shah Alam sebelum bergerak ke Setia City Mall. Sampai sampai je kat Setia City Mall kami terus mula shopping. Tapi aku kecewa sikit sebab tak dapat beli banyak barang kat situ. Ada yang tak sesuai dengan kehendak, ada yang takde saiz, ada yang tak berbaloi dengan harga. Tapi syukur dapat rembat sepasang kasut! Memang puas hati bila dapat kasut tu. Terus rasa macam nak pakai terus kasut tu dan buang kasut yang tengah pakai masa tu. Over tak? Haha!

Mempersembahkan! Selamat menjamu mata masing masing!

Kami buka puasa kat The Manhattan Fish Market yang ada kat Setia City Mall tu jugak. Kenyang gila makan kat situ. Alhamdulillah. Nampak macam sikit sebab kami memang order set untuk 4 orang walaupun kami sebenarnya 5 orang. Tapi bila makan, senak perut nak menghabiskan. Lepas ni order air suam dengan roti kering je kat situ. Tak pasal pasal kena halau balik Melaka nanti! Eh macam mana dorang tahu kami dari Melaka? Eh masalahnya mana ada kena halau? Oh imaginasi rupanya. Kbai.

Bersama sepupu aku (baju warna purple) dan adik-adik aku (selain daripada baju warna purple).


potpetpotpet : Rezeki datang tidak diminta, pergi tidak disuruh.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Pengalaman Buka Puasa Di Luar - Berbaloi Ke Tidak?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Tahun ni aku tak kerap #bukapuasa kat luar. Rasanya baru dua kali kot? Yang pertama aku #bukapuasa pada hari Sabtu (20 Julai 2013) dan seterusnya pada hari Khamis (25 Julai 2013). Hari Sabtu aku #bukapuasa dengan ex-classmates masa study kat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dorang semua posting kat Melaka jugak. Kami ni nama je posting satu negeri tapi sangat jarang dapat keluar sama-sama. Masing-masing busy bajet macam Ketua Menteri Melaka je. Haha!




Kami #bukapuasa kat The Windmill Station kat Bukit Beruang. Eh. Nak kenal tak dorang? Okay. Meh sini aku kenalkan sorang sorang. Kawan yang pakai tudung plain tu nama dia Intan, cikgu kat Bukit Katil. Kawan yang pakai tudung bercorak tu pulak nama dia Pijah, cikgu kat Kem Terendak. Dan kawan yang pakai cermin mata tu nama dia Din, cikgu kat Simpang Bekoh. Tak dilupakan jugak kawan yang tulis entri ni nama dia Hizami, cikgu kat Alor Gajah. Boleh camtuh?


Hari Khamis yang lepas pulak aku dapat jemputan untuk ke majlis #bukapuasa anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC Melaka di Hotel Seri Malaysia Melaka. Masa mula mula dapat kad jemputan tu aku ingatkan #bukapuasa kat surau ADTEC Melaka je. Tak terfikir langsung kat hotel. Alhamdulillah. Dah rezeki aku dalam bulan Ramadhan yang mulia ni dapat makan percuma. Tapi kan takde la percuma sangat sebab petrol kereta nak pergi hotel tu pun dah berapa liter dah guna. Haha! Over tak aku berkira?


Aku tak makan banyak mana pun. Alhamdulillah. Nampaknya kali ni aku pilih kualiti makanan berbanding kuantiti makanan. Poyo di situ. Aku dapat tahu kat situ terdapat lebih daripada 100 jenis hidangan disediakan. Tapi aku takde rasa macam nak cuba semua jenis hidangan yang ada sebab perut aku ada satu je bukan ada empat. Aku ingat lagi 2 tahun lepas aku pernah buka puasa kat Hotel Seri Malaysia Melaka ni jugak. Masa tu Adie belanja aku. Ingat lagi tak sebab apa? Boleh baca balik entri pasal tu kat SINI.


Meet my students. Hampir semua daripada barisan MPP ADTEC Melaka ni merupakan pelajar-pelajar aku. Nampak tak pelajar-pelajar aku memang jenis bapak bapak orang dengan mak mak orang? Haha! Takde la. Maksud aku di sini ialah dorang dah besar panjang, dah boleh kahwin dan dah boleh ada anak dah sekarang ni. Selalu terjadi kalau aku ikut program dengan dorang, kebanyakan tetamu akan ingat aku ni pelajar sama macam dorang jugak. Nak buat macam mana kan? Dah muka awet muda macam disuntik vitamin C berkali-kali.


potpetpotpet : Sesiapa yang memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com