Rabu, 7 Ogos 2013

Lagu Raya Baru 2013 - Faizal Tahir, Najwa Latif, Forteen & KRU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Mata kenyit sebelah pun boleh.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf zahir batin ye? Maafkan andai ada kata-kata atau tindakan yang mengundang sakit hati sama ada sengaja atau tidak sengaja. Maafkan andai ada dosa yang terbit sama ada sengaja atau tidak sengaja. Maafkan andai ada termakan mahupun terminum sama ada sengaja atau tidak sengaja. Maafkan segala kekhilafan aku daripada hujung rambut sampailah hujung kaki, daripada buaian sampailah liang lahad. Maafkan aku sebab panjang sangat bagi ucapan mintak maaf. Okay. Cukup.

Tahun 2013 ni boleh dikatakan banyak jugak lagu raya baru. Kat sini aku dah senaraikan 6 buah lagu raya baru bagi tahun ni. Semua lagu raya baru ni ambil mood happy happy je. No more tears orang putih kata. Kemain tawww quotation daripada orang putih. So far, ni je lagu raya baru yang aku tahu. Ada lagi ke lagu raya baru yang lain?


Faizal Tahir - Syukur

Lagu raya bertajuk Syukur ni merupakan usahasama Faizal Tahir dengan Watsons. Aku tak tahu kenapa tapi video klip lagu ni nampak sangat awkward sebab sambut hari raya kat dalam Watsons lepas tu siap ada penari yang malu-malu nak menari. Heh. On the other hand, pada aku, lagu Syukur ni merupakan lagu raya baru terbaik untuk tahun ni!



iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris - Hari Raya

iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin dan Mimie Haris ni semua artis bawah NAR Records. Nak jimat kos katanya dorang pun bergabung dalam satu lagu raya yang bertajuk Hari Raya. Boleh camtuh? Aku tak tahu yang lagu ni pasal hari raya walaupun tajuk dia terang-terang Hari Raya. Kreatif sangat tajuk lagu raya dia. LOL! Anyways lagu ni memang easy listening.



Forteen - 10 Jari Aidilfitri

Akhirnya! Inilah yang kita mahukan! Melalui lagu 10 Jari Aidilfitri ni kita dapat mendengar nyanyian solo daripada setiap ahli kumpulan, terutama sekali Izzue Islam. Okay. Patutlah dorang tak pernah bagi Izzue Islam ambil part solo sebelum ni. Aku dah nampak sebabnya. Kbai. Tapi takde masalah sangat pun sebab Izzue Islam ada bidang lakonan yang mana ahli lain takde. Teruskan berlakon ye?




Ainan Tasneem - Bersama Di Hari Raya

Disebabkan Ainan Tasneem ni bukan artis bawah NAR Records, dia pun nyanyi la lagu raya sorang sorang. Tak baik tawww tinggalkan Ainan Tasneem nyanyi lagu raya sorang sorang. Takpe. Tahun depan Nan nyanyi dengan abang pulak ye? Haha! Bajet kenal rapat dengan Ainan Tasneem boleh suka suka hati panggil Nan je? Anneyyy, roti cheese naan satu!



KRU - Erti Aidilfitri

Betul ke Erti Aidilfitri ni merupakan lagu raya pertama daripada KRU? Aku tak perasan selama bertahun-tahun KRU dalam industri hiburan ni rupa-rupanya dorang takde satu pun lagu raya? Kalau betul apa yang dikata, tahniah kerana KRU masih lagi diberi kesempatan untuk merakamkan lagu raya. Boleh putar dan dengar lagu raya sendiri je lepas ni.



Bunkface - Anugerah Syawal

Lagu raya paling rock tahun ni! Aku nasihatkan kalau korang tengah makan biskut almond london tolong jangan dengar lagu Anugerah Syawal ni. Aku takut almond dalam biskut tu tercampak merata-rata sebab terkejut dengar lagu ni. Tapi menarik jugak lagu ni bila dengar enam belas kali. Okay. Aku nak dengar untuk kali yang ketujuh belas pulak lepas ni.



potpetpotpet : Lagu raya baru ni sedap ke tidoookkk?

Ahad, 13 Jun 2010

Mentor 4: Ayim Tersingkir, Mohd Juara Keseluruhan! Ziana Zain Sebak.

Wow. Aku sempat jugak tinjau konsert mingguan Mentor 4 tadi. Kali ni Kumpulan B pulak. Yola tu. Nak tengok bola tapi Serbia lawan Ghana??? Erk. Takpo la. Aku tak teruja langsung haha. Bak kata omputeh iaitu not interested at all.


Mus May & Ayim
Pusingan Pertama : Getaran Jiwa
Pusingan Kedua : Situasi
Markah Mingguan : 28
Markah Terkumpul : 98

Ziana Zain & Mohd
Pusingan Pertama : Laguku Untukmu & Drama King
Pusingan Kedua : Usang
Markah Mingguan : 41
Markah Terkumpul : 102

Dayang Nurfaizah & Adi
Pusingan Pertama : Down, Bila Resah & Nobody
Pusingan Kedua : No Women No Cry, Relaku Pujuk & Mantera Semerah Padi
Markah Mingguan : 31
Markah Terkumpul : 100


Okay. Berdasarkan keputusan tu Mohd mendapat markah tertinggi minggu ni dan sekaligus dia menjadi juara keseluruhan Kumpulan B kau tahu. Dasat tuuu... Tak pasal pasal Ziana Zain sebak kat atas pentas tadi. Well. Tahniah. Berjaya jugak akhirnya kan kan kan? Eh eh aku perasan gaya mulut nyanyian Mohd ada sikit macam Mawi weyh. Entah.


Oh. Ayim tersingkir? Berdasarkan persembahan dia hari ni aku rasa dia memang layak tersingkir kot. Performance dia for the first song hadoi aku sedih betul dengar dia nyanyi. Ya. He sang out of tune. Hancusss. Tu la. Aku pun tak pasti kenapa Audi Mok dan Faizal Tahir tak sentuh pasal tu. Pelik. Nasib Ayim tersingkir sudah.


Adi sila pilih lagu lagu yang sesuai. Be careful lain kali. Tone suara dah sodap tapi gaya masa nyanyi tu macam tak sodap mata memandang cewahhh. Sekian.


potpetpotpet: Nak berehat kejap from blogging. Kejap kot.

Rabu, 19 Mei 2010

Bila Cikgu Zara Dot Dot Dot.

 Pertandingan sempena Hari Guru 2010.
Siapa rasa rasa nak join boleh klik di sini.
Sebelum 20 Mei 2010 wahai kawan kawan.



Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya

Kalau Cikgu Zara cikgu saya maka saya pelajar Cikgu Zara kan kan kan? Sekian haha. Boleh?




Bila Cikgu Zara beri kerja rumah berlambak melimpah ruah maka aku kena pastikan aku berjaya siapkan semua tu. Aiyoh. Kau tahu tak bahawasanya Cikgu Zara sangat kreatif dalam bab denda denda ni. Tak pasal pasal aku kena menari zapin pulak nanti ala ewa ewa bule ewa bule teraju tigo haha bantai je la. Ya. Wahai Cikgu Zara, lepas ni kalau nak suruh menari apa apa pun boleh tak nak berlatih dulu please please please?




Bila Cikgu Zara buat sesi soal jawab maka aku dengan sukacitanya melambai-lambaikan tangan sambil mendendangkan oh bulaaan oh bulaaan oh bulaaan. Harap harap Cikgu Zara tiba tiba sambung enggan melayan diriku lagi pabila air mata membasahi pipi dan lagu lagu di radio seolah-olah memerli aku haha sekian. Tapi lenggok suara tetap serak serak Faizal Tahir.




Bila Cikgu Zara nak minta tolong angkat barang tu angkat barang ni lalu aku tolong dia. Lepas tu aku minta upah sebagai ganjaran wakakaka. Aku budak budak lagi maka aku mata duitan seringgit dua pun jadi la. Kalau Cikgu Zara beri upah aku dengan senang hati mengampu dia amboi amboi cikgu hari ni ada iras iras Tyra Banks tutup aurat la. Tapi kalau Cikgu Zara tak beri upah aku dengan sedih hati bersyair tersebutlah kisah si anak yatim piatu tiada ayah tiada ibu haha supaya Cikgu Zara turut bersimpati lantas menghulurkan bantuan iaitu upah. Jahat jahat.




Kesimpulannya kalau Cikgu Zara cikgu saya maka saya tahu saya antara pelajar yang bertuah kerana saya belajar daripada seorang cikgu yang tahu apa yang dia buat, cikgu yang sporting dan paling penting cikgu yang popular! Teruskan mendidik anak bangsa! Sekali cikgu sampai mati cikgu.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com