Selasa, 11 April 2017

Koleksi Teka Teki Lawak Hambar & Menyakitkan Hati

Salam.

Ni kesinambungan entri kegemaran ramai sepanjang zaman iaitu entri Teka Teki Paling Susah Di Dunia. Ada Berani? yang telah diterbitkan sekitar tahun 2010. Sekarang dah masuk tahun 2017. Kenapa tak bundarkan 2020 je terus? Haha! Dah lama sebenarnya aku tak main teka-teki ni. Zaman dulu bukan main kalau boleh nak bagi soalan teka-teki yang tiada siapa boleh jawab. Walaupun? Jawapan merapu! Naaahhh... Bagi mengisi kekosongan masa, ni koleksi teka-teki lawak, lucu, hambar dan menyakitkan hati kalau korang tak dapat cari jawapannya.


Soalan 1: Kenapa doktor bedah melakukan pembedahan dengan menutup mulutnya?
Soalan 2: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Soalan 3: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suaminya membawa isteri ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa?
Soalan 4: Kenapa ada motosikal namanya YAMAHA?
Soalan 5: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam dan kacamata hitam. Dia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Soalan 6: Apakah yang lembu ada, kambing tak ada?
Soalan 7: Kenapa orang azan mesti tutup telinga?

Nanti aku update entri pasal jawapan-jawapan dia pula. Sementara tu, korang cuba selesaikan semua soalan kat atas ni. Camtuh.

4 ulasan:

  1. Jwpn soalan 1 sebab kalau tutup mata then xnampak la.. Jwpn soalan 7 sebab kalau tutup mulut xbleh azan..soalan lain xdak idea..

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaJulai 03, 2017

    Soalan 5, sebab waiting tu siang

    BalasPadam
  3. Soalan 2 : lampu jiran

    BalasPadam
  4. soalan 3 : sukahati dia la nak letak nama anak dia apa

    BalasPadam

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com