Jumaat, 23 November 2018

#AJL33 Senarai 12 Lagu Terbaik Ke Anugerah Juara Lagu 33

Salam.


Anugerah Juara Lagu kembali lagi! Antara pentas yang paling berprestij dan sentiasa ditunggu-tunggu di negara Malaysia! 12 buah lagu akan berentap untuk merebut peluang bergelar lagu terbaik pada setiap tahun. Pentas AJL ni bukan sekadar mengiktiraf penyanyi tapi juga komposer dan penulis lirik bagi setiap lagu yang dipertandingkan. Jadi tahun 2018 ni lagu lagu apa je yang masuk?

Senarai 12 lagu terbaik yang layak ke Anugerah Juara Lagu 33:
  1. Siti Sarah - Semakin
  2. Ara Johari - Bunga
  3. Syamel - Kau Pun Sama
  4. Misha Omar - Sampai Bila
  5. Dayang Nurfaizah & Hael Husaini - Haram
  6. Khai Bahar - Luluh
  7. Altimet - Bunga
  8. Haqiem Rusli feat. Aman Ra - Jatuh Bangun
  9. Amylea & Kaer - Tak Pernah Hilang
  10. Hael Husaini - Hajat
  11. Sufian Suhaimi - Di Matamu
  12.  Siti Nordiana & Jaclyn Victor - Nisan Cinta

Tahniah kepada semua finalis AJL kali ni. Jadi lagu yang mana jadi pilihan kau orang? AJL33 dijangka akan diadakan pada awal tahun 2019. Sama sama kita tunggu tarikh rasmi yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Rabu, 5 Julai 2017

Chryseis Tan Dikecam Mengkhianati Bangsa Cina Kahwin Faliq Nasimuddin

Salam.


Nampaknya pengumuman pertunangan dan tarikh perkahwinan waris kepada dua korporat terbesar di Malaysia, Naza Group dan Berjaya Group, telah mendapat reaksi yang negatif daripada kebanyakan netizen berbangsa Cina. SM Faliq SM Nasimuddin, 32, dan Chryseis Tan, 29, telah mengikat tali pertunangan semasa mereka sedang bercuti kat Marrakesh, Maghribi. SM Faliq SM Nasimuddin memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif Naza TTDI Sdn Bhd manakala Chryseis Tan adalah Ketua Eksekutif (CEO) Berjaya Times Square. Jadi apa yang menjadi isunya kat sini? Tak lain tak bukan adalah kerana mereka berlainan bangsa dan agama.


Seorang netizen di laman twitternya mendedahkan sebuah artikel berkenaan pengumuman pertunangan dan tarikh perkahwinan anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan anak Tan Sri Vincent Tan telah menggunakan tajuk "Gadis Cantik Berbangsa Cina Kahwin Lelaki Melayu, Netizen: Memalukan Bangsa Cina, Tidak Berselera Melihat Songkoknya". Wow! Sampai macam tu sekali sifat perkauman yang ditonjolkan? Tak patut!

Netizen tersebut yang juga berbangsa Cina berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai sifat perkauman terutamanya dalam kalangan masyarakat berbangsa Cina. Menurutnya, sifat perkauman rakyat Malaysia yang berbangsa Cina adalah secara terang-terangan kerana kaum lain tidak memahami bahasa yang mereka gunakan. Aku percaya dia tidak bermaksud yang semua orang Cina kat Malaysia ni bersifat perkauman tapi hanya segelintir je.


Netizen tersebut turut menterjemah beberapa komen yang ditujukan kepada Chryseis Tan kerana bersetuju untuk mengahwini SM Faliq SM Nasimuddin. Komen-komen yang diterima pada pandangan aku agak keterlaluan, seolah-olah mereka lebih mengenali siapa Chryseis Tan. Antara komen-komen yang ditujukan kepada Chryseis Tan ialah:
  • wanita yang tidak berguna
  • hidangan yang enak telah dirampas oleh babi
  • kehilangan nama keluarga sama seperti melupakan asal usulnya
  • tiada isu jika berkahwin dengan Muslim daripada luar negara tapi berkahwin dengan Muslim berbangsa Melayu ibarat mengkhianati bangsa Cina kat Malaysia



Aku pun tak tahu nak cakap apa bila baca komen komen macam tu. Tersedak! Terkejut tengok likes yang diterima oleh komen-komen macam tu. Bukan satu dua je tapi ada yang mencecah lebih daripada 100 likes. Maksudnya ramai juga yang setuju dengan komen-komen macam tu. Hmmm... Tapi aku yakin dan percaya masih ada mereka yang tidak bersifat perkauman. Sama seperti orang Melayu. Ada je orang Melayu yang masih menebal dengan sifat perkauman. Tapi bukan semua la. Jadi apa pendapat korang?

Selasa, 11 April 2017

10 Hakikat & Kebenaran Hidup | Sedar Atau Tidak?

Salam.


Aku ada terbaca satu artikel di sini yang membincangkan hakikat dan kebenaran dalam hidup kita. Kita sebenarnya tahu dengan semua hakikat dan kebenaran hidup tu. Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang. Jadi kat sini aku nak ingatkan antara hakikat dan kebenaran hidup yang mungkin dapat membantu mengubah kita menjalani hari-hari yang akan datang. Semoga kita akan menjadi lebih positif, lebih produktif dan lebih bahagia. Camtuh.

1.   Sebelum kejayaan, adanya kegagalan
Kita tidak akan dapat rasai kemanisan kejayaan yang sebenar jika kita tidak pernah menghadapi kegagalan kerana kegagalan membantu kita untuk berfikir di luar kotak di samping membangkitkan semangat untuk berjaya yang lebih daripada biasa. Pada masa yang sama, kegagalan juga merupakan satu pengajaran dan pelajaran kepada kita.

2.   Sibuk tidak bermakna produktif
Kejayaan tidak datang daripada sepantas mana kita bergerak atau seberapa banyak aktiviti kita jalankan tapi datang daripada fokus, iaitu, bagaimana masa yang ada dapat digunakan dengan berkesan dan produktif.

3.   Kita adalah sebaik dan sehebat mereka yang berada di sekeliling kita
Kenali dan dekati orang-orang yang berjaya agar dapat memberi inspirasi kepada kita. Jangan habiskan masa dengan orang-orang yang sering membuatkan kita rasa tidak dihargai.

4.   Kita pada hari ini adalah kerana pilihan dan tindakan kita semalam
Tiada siapa yang paksa kita untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan. Hidup kita pada hari ini adalah dibina oleh pengalaman-pengalaman lepas berdasarkan pilihan dan keputusan kita sendiri.

5.   Takut nanti menyesal
Jangan takut untuk mengambil risiko. Orang putih kata, what does not kill you makes you stronger. Daripada pada akhirnya kita menyesal kerana tidak buat apa-apa? Lebih baik kita buat sesuatu, biarpun gagal, biarpun salah, ada pelajaran dan pengajaran di sebaliknya. Tak begitu?

6.   Tidak perlu menunggu kemaafan untuk memaafkan
Bila kita memaafkan, itu bukan bermaksud kita kalah atau kita bersetuju dengan tindakannya, tapi sebenarnya kita membebaskan diri kita daripada emosi-emosi negatif seperti marah, dendam, benci dan sebagainya. Jadi hidup pun akan lebih tenang dan bahagia.

7.   Syukuri dan nikmati hari ini
Terima dan redha dengan masa lalu kita, terima dan bersedia dengan masa depan kita. Kita tahu mengalir air mata darah sekali pun tidak akan dapat mengubah masa lalu kita, tidak akan dapat mengubah apa yang telah kita lakukan.

8.   Harga diri kita adalah ditentukan oleh kita sendiri
Tidak perlu bandingkan diri kita dengan orang lain, tidak perlu terlalu memikirkan apa pandangan orang lain terhadap kita. Bila kita rasa puas, rasa bahagia apabila kita melakukan sesuatu, jangan biarkan apa yang orang lain fikir mengganggu kita dan akhirnya membuatkan kita rasa sebaliknya.

9.   Hidup ini singkat 
Tiada siapa pun yang hidup di dunia ini dijanjikan hari esok. Jadi penting bagaimana kita gunakan masa kita pada hari ni dan macam mana kita melayan orang-orang di sekeliling kita.

10. Perubahan itu pasti - hadapi dengan senyuman
Jika hidup kita seperti yang kita rancang, seperti yang kita mahukan, maka, hargailah setiap minit daripadanya. Kerana bila-bila masa semua tu boleh berlalu sekelip mata. Jadi berfikiran terbuka dan berlapang dada untuk segala kemungkinan dan perubahan.

Kesemua hakikat dan kebenaran di atas dapat memberikan semangat dan motivasi kepada kita untuk lebih kuat menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup. Ingat, hidup di dunia ini hanya sekali. Ya. Nampak ringkas dan mudah tapi isinya padat dan tepat.

Rabu, 21 Mac 2012

Pelajar Cemerlang SPM Catat 8A+ & 1A

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi, adik aku telah mencatat keputusan yang sangat cemerlang dalam SPM 2011. Aku pon kalah! Haha. Masa SPM tahun aku, gred dia lain, sebagai contoh, A1, A2, B3, B4 dan seterusnya. Tapi sekarang dah guna A+, A, A-, B+, B, B- dan seterusnya. So, gred dia pada hari ni lebih fokus dan menumpu. Kalau aku tak silap, gred A+ dan A tu dalam kategori gred A1 merujuk kepada SPM tahun aku. Eh. SPM tahun bila? Aku SPM tahun 2005. Masih muda, jangan risau.

From my one and only facebook.

Macam mana pula dengan keputusan SPM kau? Tak okay? Jangan risau kerana perjalanan kau masih jauh. Apa yang penting selepas SPM ialah kau tahu hala tuju kau, kau tahu apa yang kau nak, kau tahu bidang apa yang kau ingin ceburi. Tolong pilih bidang mengikut kemampuan kau, mengikut minat kau dan mengikut peluang pekerjaan. Ingat, ukur baju di badan sendiri. InshaAllah kalau betul caranya, kau akan berjaya, malah, lebih berjaya daripada mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM hari ni. Memang takde masalah kalau nak berjaya lepas SPM, semua bergantung kepada usaha dan juga rezeki masing masing. So, good luck!

"Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al-Maidah, ayat 23)


potpetpotpet : Percaya pada qada' dan qadar.

Khamis, 23 September 2010

budaklelaki[dot]com

Hey hey. Cuba check url kat atas tu ! Haha. Dah lain kan ? Magic tak ? Fuhhh ... Finally aku berjaya ! Erk. Dah tu sajo. Sekian. Terima kasih. :')




potpetpotpet: Bukan susah nak susah. Dan bukan senang nak senang.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com