Wah. Best best best. Aku dah sampai rumah. Melaka oh Melaka. Eh eh lupa. Alor Gajah dah ada Up Town. Gila tak? Wow. Alor Gajah dah banyak berubah. Tempat ni dah semakin cantik sekarang. Tak percaya? Sila datang sini. Jom jom.
Semalam aku drive balik ke Melaka. Aku bertolak selewat seawal jam 7 petang. Seriously. Aku mengantuk masa memandu. Tambah tambah lagi hujan lebat. Gila gila. Aku pon angguk angguk geleng geleng tunduk tunduk ikut telunjuk bantai je la. Terkejut kejut aku tekan brek. Betol betol menakotkan. Ya. Mungkin sebab penat packing barang barang sebelum tu kot. Oh penat okay! Rasa macam pindah rumah je. Memandangkan aku belum kahwin dan jugak bujang tang tang tang aku mengambil keputusan nak berhenti kejap kat R&R Seremban. Napping. 15 minit je kot. Then aku bertolak drive semula. Fuh...
Alhamdulillah. Selamat sampai. Oh. Ada tiga pesanan kepada sesiapa yang memandu.
- Sila berehat kalau mengantuk. Tak perlu lama lama sangat. Kejap pon jadi. Kalau dah agak agak mengantuk tu bawa bawa la laju laju eh eh bawa bawa la bertaubat eh eh bawa bawa la berehat. Okay?
- Hujan lebat. Sila nyalakan lampu kereta. Supaya pemandu pemandu yang lain perasan kereta kau. Ya. Susah nak nampak apa kat depan lebih lebih lagi kalau hujan lebat. Aduh. Kadang kadang boleh tak nampak langsung. Betol betol betol. Eh eh kalau kau rasa lampu kereta tak cukup sila sila guna lampu suluh pon boleh.
- Baca doa naik kenderaan. Wah. Renung renungkan dan selamat beramal! HohO.
potpetpotpet: Oh. Aku drive sorang sorang. Kesian.


