Isnin, 1 Oktober 2018

Lirik Lagu Safiey Illias - Syinta Gila

Salam.


Wah! Sekarang giliran Safiey Illias pula tampil dengan single pertama yang berjudul Syinta Gila. Lagu baru ni masih belum release sepenuhnya. Cuma dia dah tunjuk teaser sikit kat youtube dia. Tapi tak sampai 30 saat pun. Tapi sekali dengar terus dah boleh tangkap! Lagu yang catchy dan mudah melekat di telinga.

Lirik Lagu Safiey Illias - Syinta Gila

Banyak orang suka padaku
Banyak pula yang benci diriku
Ku tak peduli inilah diriku
Yang cantik yang manja yang paling juara

Aku hanya seorang wanita
Ingin cinta ingin dimanja
Ku tak peduli orang bercerita
Aku memang yang paling jelita

Kau bilang aku memang cantik
Ku tahu diri ku paling menarik
Tak henti henti mata mu melirik
Syinta syinta syinta syinta gila

Kau akui ku memang cantik
Kau cuba buat hati ku terusik
Buktikanlah diri mu yang terbaik
Syinta syinta syinta syinta syinta gila

Syinta gila... Kau syantik...
Kau syinta... Syinta gila...

Sama sama kita nantikan macam mana lagu ni bila dah release nanti.

Khamis, 13 Mei 2010

Gila Berangan!!!

Bila larut malam tara kucak cak tara kucak cak suasana sepi tara kucak cak tara kucak cak. Hebat kan? Sesuai dengan tema lagu ni aku sertakan beberapa keping foto berani mati dengan konsep hitam dan putih. Sila gelak gelak gemok sambil melemparkan tuduhan bahawasanya aku gila berangan hoho lantak la.


Cuba teka aku sedang pandang apa? Jeng jeng jeng. Sudah tentu aku pon tak ingat wakakaka. Maka sila jadikan gambar ni sebagai wallpaper desktop anda supaya hidup anda berbahagia hendaknya. Haaa... Tak pasal pasal aku jadi modal caci cacian secara percuma kan kan kan?


Eh eh tengok tu. Ada ikan dalam kolam. Dan kenapa ikan tu rupa bentuk dia macam ikan? Haish... Meh aku tolak kau masuk dalam kolam biar menggelupur tak sempat sempat nak mintak tolong. Ikan kekek mak iloi iloi ikan gelama mak ilai ilai sekian terima kasih.


Jangan tanya aku apa apa tentang gambar ni sebab aku pon tak tahu menahu kenapa buruk sangat kedua dua makhluk ni. Haish... Dosa dosa. Tak baik cakap macam tu. Jom kita tukar pulak jangan tanya aku apa apa tentang gambar ni sebab aku pon tak tahu menahu kenapa handsome sangat kedua-dua makhluk ni. Haaa... Okay okay.


Agak agak macam mana kalau aku jadi duyung? Kot kot boleh jumpa dengan duyung macam Maya Karin. Tak nak dugong. Nak duyung. Sila ketahui perbezaan yang wujud kalau kau ragu ragu sila rujuk Kamus Dewan Edisi tak kisah berapa tapi aku tak jamin apa apa sebab aku pon tak check ada ke takde. Bantai je la.


potpetpotpet: Jom tidur minum petang!

Hizami Rahim Blogger Pilihan Ben Ashaari.

Okay aku macam setengah gila bila aku jadi blogger pilihan Ben Ashaari pada hari ni. Kau biar betol? Wakakaka. Aku bukan buat program wakenabeb or apa apa program yang melibatkan kamera tersembunyi oh tidak tidak. Ni betol betol. Seriously. Thanks a bunch bro! Because of you ramai manusia singgah datang blog Budak Lelaki Sebelah Pintu ni. Wow. Hebat hebat.

 
Eh eh to those of you yang sudi follow this blog sila pastikan aku jugak follow blog korang okay? Kadang kadang aku tekan your profile tapi tak keluar pulak link to you blog. Maka kalau berkesempatan boleh la drop your link kat ruangan komen boleh? Thanks guys.


potpetpotpet: Lompat lompat gembira sampai terhantuk siling hamek kau.

Khamis, 6 Mei 2010

Bapak Ku Pulang Dari Kota Bapak Ku Belikan Kereta.

Wah. Best best best. Aku dah sampai rumah. Melaka oh Melaka. Eh eh lupa. Alor Gajah dah ada Up Town. Gila tak? Wow. Alor Gajah dah banyak berubah. Tempat ni dah semakin cantik sekarang. Tak percaya? Sila datang sini. Jom jom.

 

Semalam aku drive balik ke Melaka. Aku bertolak selewat seawal jam 7 petang. Seriously. Aku mengantuk masa memandu. Tambah tambah lagi hujan lebat. Gila gila. Aku pon angguk angguk geleng geleng tunduk tunduk ikut telunjuk bantai je la. Terkejut kejut aku tekan brek. Betol betol menakotkan. Ya. Mungkin sebab penat packing barang barang sebelum tu kot. Oh penat okay! Rasa macam pindah rumah je. Memandangkan aku belum kahwin dan jugak bujang tang tang tang aku mengambil keputusan nak berhenti kejap kat R&R Seremban. Napping. 15 minit je kot. Then aku bertolak drive semula. Fuh...

Alhamdulillah. Selamat sampai. Oh. Ada tiga pesanan kepada sesiapa yang memandu.
  1. Sila berehat kalau mengantuk. Tak perlu lama lama sangat. Kejap pon jadi. Kalau dah agak agak mengantuk tu bawa bawa la laju laju eh eh bawa bawa la bertaubat eh eh bawa bawa la berehat. Okay?
  2. Hujan lebat. Sila nyalakan lampu kereta. Supaya pemandu pemandu yang lain perasan kereta kau. Ya. Susah nak nampak apa kat depan lebih lebih lagi kalau hujan lebat. Aduh. Kadang kadang boleh tak nampak langsung. Betol betol betol. Eh eh kalau kau rasa lampu kereta tak cukup sila sila guna lampu suluh pon boleh.
  3. Baca doa naik kenderaan. Wah. Renung renungkan dan selamat beramal! HohO.

potpetpotpet: Oh. Aku drive sorang sorang. Kesian.

Jumaat, 30 April 2010

Hey! Tak Reti Nak Reply SMS Ke?

Ya. Aku sedang marah marah ni. Fed up tahap beruang anak lapan. Eh eh bukan aku yang beranak lapan. Beruang tu. Okay. Siapa siapa? Jeng jeng jeng. Wah. Saspen betol bunyi bunyian tersebot.  Kan kan kan? Aku marah betol kat diri sendiri. Boleh? Aku nak cerita pasal aku ni bukan spesies gila sms. Betol. Aku rasa pelik. Kau tak rasa sayang eh rasa sayang sayang eh hey lihat nona jauh rasa sayang sayang eh. Fuh. Kembang kuncup peparu aku nak sebot sekali nafas. Kau boleh? Erk. Okay. Aku bukan orang yang gila sms sana sini. Aku jugak bukan orang yang suka pandang pandang jeling jeling kat handphone aku 24 jam. Itu bukan aku. Itu mungkin kau. Betol. Aku tak tipu. Aku bukan spesies yang selalu gian nak sms.


Aku banyak habiskan masa aku depan laptop hijau aku. Eh eh takde kaitan dengan Ingat Hijau Ingat Daus ya. Aku lebih lebih suka online. Betol betol betol. Sila buat suara macam Upin dan Ipin. Lantak terkepit kepit halkum aku. Surfing internet lagi best daripada sms sms ni. Bantai je la. Aku selalu leka online dan kemudian aku tak tahu aku letak kat mana handphone aku. I was like eh eh mana handphone aku pulak ni. Masa tu aku terus buat solat sunat hajat dan jugak solat sunat istikharah. Boleh? Then aku baru nak terkedek kedek cari handphone aku. Oh. Atas meja belajar rupanya. Fuh. Aku tengok kat skrin handphone tu. Eh eh ada beberapa sms. Dah lama pulak tu sms tu sampai. Ada la dalam minggu lepas. HohO. Bantai je la. Mood nak reply pon dah takde langsong. Rasa macam dah tak fresh nak reply. Bak kata pepatah, idamkan yang lebih segar, kupas la sendiri. HohO. Sorry. That's why kadang kadang aku tak reply mesej mesej tu. Fuh. Harap harap takde orang terasa. Ya. Itu kelemahan aku. My handphone lebih kepada aksesori je. Lantak.

potpetpotpet: Agak agak kenapa aku tak minat sms sms ni? HohO.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com