Sabtu, 31 Julai 2010

Aku Sebagai Pemandu Di Lebuhraya

Aku dah sampai Melaka tercinta.


  • Hujan
Kau tahu hujan turun slow mula mula. Lepas tu hujan jadi lebat bak kata omputeh raining cats and dogs. Nervous seyh nak drive laju laju. Tapi aku tetap drive laju laju haha. Sambil kumat kamit baca doa naik kenderaan. Eh eh jangan lupa buka lampu kereta time hujan neyh supaya kereta kereta lain nampak. :)


  • Sesak
Siriyes cam tahik je tadi. Lebuhraya sesak daripada Shah Alam sampai Seremban. Gilosss. Penat menjadi-jadi bila tengok kereta kereta beratur panjang dah macam orang orang nak beli tiket bas balik raya haha. Tak best weyh kalau drive tapi tersekat-sekat. Siottt je rasa dia.


  • Mengantuk
Neyh lagi satu hal. Aku rasa aku dah macam terlebih tidur. Tapi kan tapi kan tapi kan aku tetap mengantuk masa drive tu. So how? Nak kena minum Kopi Jantan ke baru tak mengantuk haha. Mampuih. Aku kalau dah mengantuk tahap cipansss aku berhenti kejap kat mana-mana R&R terdekat lepas tu aku take a nap. Katakan anda mampu mengubahnya!


potpetpotpet: Memandu itu memenatkan.

Khamis, 6 Mei 2010

Bapak Ku Pulang Dari Kota Bapak Ku Belikan Kereta.

Wah. Best best best. Aku dah sampai rumah. Melaka oh Melaka. Eh eh lupa. Alor Gajah dah ada Up Town. Gila tak? Wow. Alor Gajah dah banyak berubah. Tempat ni dah semakin cantik sekarang. Tak percaya? Sila datang sini. Jom jom.

 

Semalam aku drive balik ke Melaka. Aku bertolak selewat seawal jam 7 petang. Seriously. Aku mengantuk masa memandu. Tambah tambah lagi hujan lebat. Gila gila. Aku pon angguk angguk geleng geleng tunduk tunduk ikut telunjuk bantai je la. Terkejut kejut aku tekan brek. Betol betol menakotkan. Ya. Mungkin sebab penat packing barang barang sebelum tu kot. Oh penat okay! Rasa macam pindah rumah je. Memandangkan aku belum kahwin dan jugak bujang tang tang tang aku mengambil keputusan nak berhenti kejap kat R&R Seremban. Napping. 15 minit je kot. Then aku bertolak drive semula. Fuh...

Alhamdulillah. Selamat sampai. Oh. Ada tiga pesanan kepada sesiapa yang memandu.
  1. Sila berehat kalau mengantuk. Tak perlu lama lama sangat. Kejap pon jadi. Kalau dah agak agak mengantuk tu bawa bawa la laju laju eh eh bawa bawa la bertaubat eh eh bawa bawa la berehat. Okay?
  2. Hujan lebat. Sila nyalakan lampu kereta. Supaya pemandu pemandu yang lain perasan kereta kau. Ya. Susah nak nampak apa kat depan lebih lebih lagi kalau hujan lebat. Aduh. Kadang kadang boleh tak nampak langsung. Betol betol betol. Eh eh kalau kau rasa lampu kereta tak cukup sila sila guna lampu suluh pon boleh.
  3. Baca doa naik kenderaan. Wah. Renung renungkan dan selamat beramal! HohO.

potpetpotpet: Oh. Aku drive sorang sorang. Kesian.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com