Jumaat, 28 Mei 2010

Mirror Mirror On The Wall Sila Retak Seribu Bila Nampak Aku Haha.

Ya. Aku kadang-kadang suka snap gambar kat depan cermin supaya aku boleh nampak macam mana rupa aku dalam gambar nanti. Kalau tak faham sila abaikan. Kesimpulan dia aku suka bergambar boleh? Senang cerita.


Actually tak banyak mana pun gambar gambar aku depan cermin ada la dua tiga empat lima enam tujuh lapan keping haha. Aku sempat rujuk album album zaman komunis dulu semata-mata nak cari gambar kat depan cermin kau bayangkan. Maka aku menemui jeng jeng jeng lima keping sahaja. Haishhh...


Ada lima lokasi iaitu tandas, hair saloon, sinki basuh tangan, restoran KFC dan depan escalator. Gila tak adoi???


Okay. Actually this is a contest from a blogger called So Close 2213. Tahu contest ni pun daripada Innz thanks dear!!! Simple je. Jom la join. Tak perlu sediakan minyak masak. Tak perlu lari lari anak. Tak perlu lompat bintang. Senang.

Due date pada 18 Jun 2010 eh eh banyak masa lagi. Jom lepak lepak singgah di sini.


potpetpotpet: Tak pernah menang contest apa apa. Boleh tak dapat undi simpati please please please? Haha.

Rabu, 19 Mei 2010

Bila Cikgu Zara Dot Dot Dot.

 Pertandingan sempena Hari Guru 2010.
Siapa rasa rasa nak join boleh klik di sini.
Sebelum 20 Mei 2010 wahai kawan kawan.



Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya

Kalau Cikgu Zara cikgu saya maka saya pelajar Cikgu Zara kan kan kan? Sekian haha. Boleh?




Bila Cikgu Zara beri kerja rumah berlambak melimpah ruah maka aku kena pastikan aku berjaya siapkan semua tu. Aiyoh. Kau tahu tak bahawasanya Cikgu Zara sangat kreatif dalam bab denda denda ni. Tak pasal pasal aku kena menari zapin pulak nanti ala ewa ewa bule ewa bule teraju tigo haha bantai je la. Ya. Wahai Cikgu Zara, lepas ni kalau nak suruh menari apa apa pun boleh tak nak berlatih dulu please please please?




Bila Cikgu Zara buat sesi soal jawab maka aku dengan sukacitanya melambai-lambaikan tangan sambil mendendangkan oh bulaaan oh bulaaan oh bulaaan. Harap harap Cikgu Zara tiba tiba sambung enggan melayan diriku lagi pabila air mata membasahi pipi dan lagu lagu di radio seolah-olah memerli aku haha sekian. Tapi lenggok suara tetap serak serak Faizal Tahir.




Bila Cikgu Zara nak minta tolong angkat barang tu angkat barang ni lalu aku tolong dia. Lepas tu aku minta upah sebagai ganjaran wakakaka. Aku budak budak lagi maka aku mata duitan seringgit dua pun jadi la. Kalau Cikgu Zara beri upah aku dengan senang hati mengampu dia amboi amboi cikgu hari ni ada iras iras Tyra Banks tutup aurat la. Tapi kalau Cikgu Zara tak beri upah aku dengan sedih hati bersyair tersebutlah kisah si anak yatim piatu tiada ayah tiada ibu haha supaya Cikgu Zara turut bersimpati lantas menghulurkan bantuan iaitu upah. Jahat jahat.




Kesimpulannya kalau Cikgu Zara cikgu saya maka saya tahu saya antara pelajar yang bertuah kerana saya belajar daripada seorang cikgu yang tahu apa yang dia buat, cikgu yang sporting dan paling penting cikgu yang popular! Teruskan mendidik anak bangsa! Sekali cikgu sampai mati cikgu.

Sabtu, 8 Mei 2010

Slogan Untuk Abang Eq.

"Hmmm... Saya follow 'Ku Rasakan Something...' kerana saya  terpukau dengan nama blog itu sendiri seolah-olah nama blog itu sendiri terpukau dengan saya. Lebih-lebih lagi saya sangkakan blog ini adalah milik Norman Hakim! Tidak! Abby Abadi Tipah tertipu!"


Wah. Jeng jeng jeng. Adakah aku buang tabiat tak pasal pasal tulis slogan kan kan kan? Terkejut kejut korang nak baca sebab aku tulis permulaan entri pulak tu. Wakakaka. I try to be different. Well. Aku join contest yang dianjurkan oleh Abang Eq. Dia buat contest simple je. Korang cuma perlu buat slogan. That's all. Mudah bukan? Ya. Korang tak perlu nak sediakan pisang goreng atau cucur badak. Menggunakan title 'Ku Rasakan Something...' tentu korang tertanya tanya apa pulak something tu? Nak tahu tak nak tahu tak? Sila singgah blog dia.  Eh eh jangan lupa kalau korang tiba tiba nak join contest ni pon boleh la klik sini untuk keterangan lanjut. Best best!

potpetpotpet: Eh eh Abang Eq bila nak duet lagu Hati Kama ni? Wakakaka.

Isnin, 3 Mei 2010

Siapa Nak Hadiah? Jeng Jeng Jeng.

Okay. Attention please. Nak buat announcement pasal aku nak bertunang hari Sabtu ni. Jeng jeng jeng. Sila percaya bulat bulat bahawa aku menipu belaka. HohO. Okay. Aku dah dapat senarai pemenang Hizami 234 Epy Besday Kontest. Tahniah tahniah. Hadiah bakal menyusul tidak lama lagi. Sabar sabar. Penaja? Jeng jeng jeng. Sumbangan ikhlas daripada seorang hamba Allah. Terima kasih. HohO.

Pemenang Utama: 

Saguhati:

potpetpotpet: Alamak. Kepada mereka yang tidak berjaya jom sama sama buat poco poco kerana korang memang kebaboom dum dum dum! Jutaan terima kasih sekali lagi.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com