Isnin, 24 Mei 2010

Apa Hubungan Shahir AF8, Thalia Mentor 4 & Ika Rahim?

Wah. Apahal pulak ni? Gossip panas kah haha. Seperti yang diketahui umum Shahir AF8 pernah menuntut di UIAM. Jangan lupa Thalia Mentor 4 tapi dah kena buang daripada rancangan tersebut turut menuntut kat situ. Ika Rahim? Haaa... Itu my sis la. Dia sambung kat UIAM jugak. Maka keyword dia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIAM wahai kawan kawan. Saya yakin betul Aznil saya kunci lirik ini!!! Sekian.


Inilah cinta.


Kelmarin aku terpaksa bangun awal. Aku dan family bertolak pada jam lebih kurang 7 pagi kot. Perjalanan ke UIAM mengambil masa selama satu jam macam tu. Kau tahu dah banyak gila kereta kereta beratur masa aku sampai sana. Lagi dahsyat daripada masa aku beratur nak ambil makanan sebab kena kuarantin gara-gara H1N1 dulu. Nak tak nak kereta kena parking kat tepi jalan raya kau bayangkan dah penuh kat dalam tu.


Tunggu sekejap.


First step my sis kena ambil nombor ekor dan tunggu nombor dia naik baru boleh tepuk amai amai sebab dah boleh masuk dewan untuk pendaftaran haha. Lepas tu pergi pulak masuk bilik dia tinggal. Kecil. Entah. Aku rasa macam kecil pulak bilik dia. Eh eh bukan aku yang tinggal sana maka sukahati dia la.


Baik-baik sayang.


Apa yang penting hari tu hujan turun dengan lebat. Susah betul nak angkat barang barang my sis from outside and then bawa masuk bilik dia. Hujan oh hujan. Sengaja menimbulkan mood sedih macam jangan kau pergi usah kau pergi andai kau pergi hilanglah arahku tak pasal pasal nak mendatangkan jiwang  dalam hati ada taman tema air wakakaka. Nasib baik my sis tu tak menangis uwaaa uwaaa tapi tak tahu la kalau dia menangis kat dalam bilik nanti kan kan kan?


Keluarga bahagia.


potpetpotpet: Tergelak sorang sorang bila kawan aku kata seluar aku tu celup kapur haha. Jahat jahat.

Rabu, 19 Mei 2010

Salah Ziana Zain Tukar Protege!!!

Ya. Semua salah Ziana Zain sebab tukar protege dia hari tu dalam rancangan Mentor 4! Ziana Zain ambil Mohd instead of Thalia dua hari sebelum konsert pertama kumpulan B dijalankan. Haish... Ziana Zain oh Ziana Zain.


Sila lihat betul betul.


Gara gara aku buat entri ini maka tak pasal pasal blog Budak Lelaki Sebelah Pintu jadi rujukan mereka mereka haha. Eh eh aku bukan salahkan Ziana Zain sebab dia buang Thalia ganti Mohd oh bukan bukan. Aku terkejut badak bila aku dapat tahu ramai betul manusia nak tahu kenapa Ziana Zain tukar protege dia sampai datang kat blog aku kau tahu walaupun aku tulis dua ayat sahaja pasal benda tu. Aiyoh. Dahsyat dahsyat. Hebat betul penangan Ziana Zain kau bayangkan.




Well tadi aku baca berita harian. Oh ada cerita pasal Thalia. Dia buat luahan hati katanya. Entah. Dia rasa tak adil apabila dia dibuang macam tu je. Dia kata Ziana Zain tak seharusnya mendengar kata kata orang tanpa soal selidik wah banyak lagi dia cakap aku malas nak buat rumusan kau baca sendiri boleh wakakaka. Apa apa la. Aku tetap sokong Ziana Zain. Go go go Ziana Zain!




potpetpotpet: Kalau mencari teman janganlah memandang luaran. Tiba tiba.

Isnin, 17 Mei 2010

Lin Dan. Ain AF8. Ziana Zain.

Piala Thomas menjadi milik China untuk kali keempat berturut turut tapi secara keseluruhan ni kali kelapan. Wah wah hebat gila rasa rasa Piala Thomas memang khas untuk China kot. By the way aku salute dengan Lin Dan oh dahsyat betul dia main kali ni aku sampai buat standing ovation untuk Lin Dan wakakaka.


Ain merupakan pelajar terakhir yang terkeluar daripada Akademi Fantasia 8. Oh. Aku rasa tone suara dia jauh lagi best daripada kesemua pelajar yang tinggal. Lantak. By the way AF kali ni paling tak best dalam sejarah dia seriously macam bluwekkk. HohO. Eh eh Ziana Zain dah tukar protege dia Thalia ganti Mohd. Ziana kata Thalia tak ready lagi sebab usia dia muda maka Ziana membuat keputusan untuk menggugurkan Thalia dan ambil la budak Mohd tu. Sekian.


Wah. Aktiviti malam minggu aku kat depan tv je la haha kesian kesian. Nak layan movies pulak lepas ni. HohO. Selamat malam sayang!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com