Jumaat, 3 September 2010

Adam Lambert & Paramore Di Kuala Lumpur!!!

Tadi bosan bosan aku gi baca surat khabar. Haha. Dah naik bosan baru nak baca surat khabar? Erk. Belek punya belek, aku nampak Konsert Adam Lambert di Kuala Lumpur. Fuhhh... Sesak nafas tiba tiba ni. Adeh. Siriyes kah? Dengar dengar dia nak datang 14 Oktober 2010 ni.


 
Adam Lambert


Okay okay. Aku minat gila dengan Adam Lambert. Eh. Takde gila sangat kot. Well. Aku start excited tengok dia perform sejak dia nyanyi lagu SATISFACTION masa Top 36 kat American Idol dulu. I was wowed by his performance. Siriyes aku siriyes. Aku suka dowh bila dia nyanyi ala ala meneran dia tu. Fuhhh... Lagi dahsyat daripada suara kucing kucing sebelum gaduh tu. :P


Paramore


Ops... Lebih lebih pulak cerita pasal Adam Lambert ni. Aku sampai lupa pasal Paramore nak datang Kuala Lumpur jugak pada 19 Oktober 2010. Fuyyyoh!!! Dahsyat tuuu... Betul betul meriah dengan konsert artis-artis antarabangsa kat Malaysia ni. Sila buat standing ovation sambil nyanyi berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira... Boleh?


potpetpotpet: Bila giliran Maher Zain pulak?

Isnin, 17 Mei 2010

Lin Dan. Ain AF8. Ziana Zain.

Piala Thomas menjadi milik China untuk kali keempat berturut turut tapi secara keseluruhan ni kali kelapan. Wah wah hebat gila rasa rasa Piala Thomas memang khas untuk China kot. By the way aku salute dengan Lin Dan oh dahsyat betul dia main kali ni aku sampai buat standing ovation untuk Lin Dan wakakaka.


Ain merupakan pelajar terakhir yang terkeluar daripada Akademi Fantasia 8. Oh. Aku rasa tone suara dia jauh lagi best daripada kesemua pelajar yang tinggal. Lantak. By the way AF kali ni paling tak best dalam sejarah dia seriously macam bluwekkk. HohO. Eh eh Ziana Zain dah tukar protege dia Thalia ganti Mohd. Ziana kata Thalia tak ready lagi sebab usia dia muda maka Ziana membuat keputusan untuk menggugurkan Thalia dan ambil la budak Mohd tu. Sekian.


Wah. Aktiviti malam minggu aku kat depan tv je la haha kesian kesian. Nak layan movies pulak lepas ni. HohO. Selamat malam sayang!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com