Isnin, 5 Julai 2010

Lirik - Cinta - Mohd Mentor 4

Lirik - Cinta - Mohd Mentor 4

Ku persembah cinta suciku
buat insan yang ku sayangi

Ku ukirkan dalam hatimu
jawapan cinta kepadamu
hanya kau mengerti

Selamilah kasih sucinya cintaku
tulusnya cintaku hanya kepadamu

Mampukah kau mengerti
perasaanku kepadamu
dan tulus kasih hanyalah untukmu

Mampukah kau selami
jauh ke dasar hati ini
oh hanya namamu yang tersembunyi

Ku harapkan kau mengerti
cintaku seadanya kasih

Ku inginkan kebahagiaan
bersamamu oh selamanya
tanpa rasa curiga




potpetpotpet: A simple song. Nothing special. Eh eh kau nak tahu tak bahawasanya aku gigih tulis lirik ni sambil dengar lagu dia. Rajin kan kan kan? :)

Ahad, 4 Julai 2010

Mohd Juara Mentor 4!

Aku tengok konsert akhir Mentor 4 ni tadi. Anyway tahniah kepada Ziana Zain dan protege dia Mohd kerana berjaya menjadi juara Mentor 4. Berbaloi baloi haha. Eh eh makan hati la siapa yang tak dapat jadi protege Ziana Zain tu. Adeh... Mohd bermula dengan kekalahan dua kali berturut-turut kau tahu. Nasib lepas tu Mohd berjaya mara ke peringkat separuh akhir dengan kutipan markah tertinggi. Kagum seyh.


Tema dia usaha tangga kejayaan.


Eh eh aku suka pulak dengan persembahan Nani. Lebih lebih lagi masa dia nyanyi lagu Livin' La Vida Loca tu. Siriyes best weyh. Oh persembahan Adi pulak okay okay sajo. :)

Ahad, 13 Jun 2010

Mentor 4: Ayim Tersingkir, Mohd Juara Keseluruhan! Ziana Zain Sebak.

Wow. Aku sempat jugak tinjau konsert mingguan Mentor 4 tadi. Kali ni Kumpulan B pulak. Yola tu. Nak tengok bola tapi Serbia lawan Ghana??? Erk. Takpo la. Aku tak teruja langsung haha. Bak kata omputeh iaitu not interested at all.


Mus May & Ayim
Pusingan Pertama : Getaran Jiwa
Pusingan Kedua : Situasi
Markah Mingguan : 28
Markah Terkumpul : 98

Ziana Zain & Mohd
Pusingan Pertama : Laguku Untukmu & Drama King
Pusingan Kedua : Usang
Markah Mingguan : 41
Markah Terkumpul : 102

Dayang Nurfaizah & Adi
Pusingan Pertama : Down, Bila Resah & Nobody
Pusingan Kedua : No Women No Cry, Relaku Pujuk & Mantera Semerah Padi
Markah Mingguan : 31
Markah Terkumpul : 100


Okay. Berdasarkan keputusan tu Mohd mendapat markah tertinggi minggu ni dan sekaligus dia menjadi juara keseluruhan Kumpulan B kau tahu. Dasat tuuu... Tak pasal pasal Ziana Zain sebak kat atas pentas tadi. Well. Tahniah. Berjaya jugak akhirnya kan kan kan? Eh eh aku perasan gaya mulut nyanyian Mohd ada sikit macam Mawi weyh. Entah.


Oh. Ayim tersingkir? Berdasarkan persembahan dia hari ni aku rasa dia memang layak tersingkir kot. Performance dia for the first song hadoi aku sedih betul dengar dia nyanyi. Ya. He sang out of tune. Hancusss. Tu la. Aku pun tak pasti kenapa Audi Mok dan Faizal Tahir tak sentuh pasal tu. Pelik. Nasib Ayim tersingkir sudah.


Adi sila pilih lagu lagu yang sesuai. Be careful lain kali. Tone suara dah sodap tapi gaya masa nyanyi tu macam tak sodap mata memandang cewahhh. Sekian.


potpetpotpet: Nak berehat kejap from blogging. Kejap kot.

Ahad, 30 Mei 2010

Ayim Mentor Klon Mus May. Alyah Menang Lebih RM40,000!!!

Minggu Kedua Kumpulan B Mentor 4

Ziana Zain dan Mohd
Pusingan 1: Madu Tiga
Pusingan 2: Jangan Pisahkan
Well. Mohd dah mula selesa kat atas pentas. Tahniah. Nampak dah personaliti Mohd tu bila nyanyi lagu Madu Tiga. Keep it up!!! Next Mohd nyanyi lagu Jangan Pisahkan. It is okay. Cuma Mohd kena sedapkan lagi low notes dia sebab kureng merdu.

Mus dan Ayim
Pusingan 1: Teman
Pusingan 2: Dan Sebenarnya & Memburu Impian
Oh. Mula mula aku dengar Ayim nyanyi lagu Teman ada bunyi Mus May seriously. Wah. Kagum betul. Tepuk tepuk tangan. Lepas tu bila masuk lagu Dan Sebenarnya suara Ayim dah tak best haha. Lain pulak jadinya. Kemudian lagu Memburu Impian pulak Ayim cuba nyanyi macam Mus May lagi. Tiba tiba ada part tak terkeluar rock Mus May tu. Nampak sangat suara dia dibuat-buat cewahhh... Tak original la Ayim ni. Tak perlu kot nak tekan tekan suara jadi Mus May.

Dayang Nurfaizah dan Adi
Pusingan 1: Selamat Malam
Pusingan 2: Kini Bebas
Pergerakan Adi dah semakin terkawal. Tak terlalu angguk angguk geleng geleng seperti minggu sebelum sebelum ni. Well done. Vokal Adi agak terserlah melalui lagu Selamat Malam. Adi menyanyi tanpa terlalu mencuba dan itu yang mahal. Mungkin tak sehebat Faizal Tahir tapi it is okay. Lepas tu kemantapan vokal Adi diteruskan lagi dengan lagu Kini Bebas. Wow. Tak sangka pulak Adi boleh menyanyi dengan hebat kan kan kan???

Keputusan: Minggu kedua kumpulan B kali ni dimenangi oleh Adi iaitu protege Dayang Nurfaizah. Tahniah tahniah haha.


Keputusan Malam Kemuncak Gah 1

Lagu Paling Popular: Khatimah Cinta dinyanyikan oleh Sixth Sense memenangi wang tunai berjumlah RM20,000.

Persembahan Terbaik: Tak Mungkin Kerana Sayang dinyanyikan oleh Alyah memenangi wang tunai berjumlah RM10,000.

Lagu Kedua Terbaik: Cinta Adam Dan Hawa dinyanyikan oleh Ernie ciptaan Azmeer dan Loloq memenangi wang tunai berjumlah RM30,000.

Lagu Terbaik: Tak Mungkin Kerana Sayang dinyanyikan oleh Alyah ciptaan Ajai dan Habsah Hassan memenangi wang tunai berjumlah RM40,000.


potpetpotpet: Malam minggu depan tv oh seronok la sangat haha.

Rabu, 19 Mei 2010

Salah Ziana Zain Tukar Protege!!!

Ya. Semua salah Ziana Zain sebab tukar protege dia hari tu dalam rancangan Mentor 4! Ziana Zain ambil Mohd instead of Thalia dua hari sebelum konsert pertama kumpulan B dijalankan. Haish... Ziana Zain oh Ziana Zain.


Sila lihat betul betul.


Gara gara aku buat entri ini maka tak pasal pasal blog Budak Lelaki Sebelah Pintu jadi rujukan mereka mereka haha. Eh eh aku bukan salahkan Ziana Zain sebab dia buang Thalia ganti Mohd oh bukan bukan. Aku terkejut badak bila aku dapat tahu ramai betul manusia nak tahu kenapa Ziana Zain tukar protege dia sampai datang kat blog aku kau tahu walaupun aku tulis dua ayat sahaja pasal benda tu. Aiyoh. Dahsyat dahsyat. Hebat betul penangan Ziana Zain kau bayangkan.




Well tadi aku baca berita harian. Oh ada cerita pasal Thalia. Dia buat luahan hati katanya. Entah. Dia rasa tak adil apabila dia dibuang macam tu je. Dia kata Ziana Zain tak seharusnya mendengar kata kata orang tanpa soal selidik wah banyak lagi dia cakap aku malas nak buat rumusan kau baca sendiri boleh wakakaka. Apa apa la. Aku tetap sokong Ziana Zain. Go go go Ziana Zain!




potpetpotpet: Kalau mencari teman janganlah memandang luaran. Tiba tiba.

Isnin, 17 Mei 2010

Lin Dan. Ain AF8. Ziana Zain.

Piala Thomas menjadi milik China untuk kali keempat berturut turut tapi secara keseluruhan ni kali kelapan. Wah wah hebat gila rasa rasa Piala Thomas memang khas untuk China kot. By the way aku salute dengan Lin Dan oh dahsyat betul dia main kali ni aku sampai buat standing ovation untuk Lin Dan wakakaka.


Ain merupakan pelajar terakhir yang terkeluar daripada Akademi Fantasia 8. Oh. Aku rasa tone suara dia jauh lagi best daripada kesemua pelajar yang tinggal. Lantak. By the way AF kali ni paling tak best dalam sejarah dia seriously macam bluwekkk. HohO. Eh eh Ziana Zain dah tukar protege dia Thalia ganti Mohd. Ziana kata Thalia tak ready lagi sebab usia dia muda maka Ziana membuat keputusan untuk menggugurkan Thalia dan ambil la budak Mohd tu. Sekian.


Wah. Aktiviti malam minggu aku kat depan tv je la haha kesian kesian. Nak layan movies pulak lepas ni. HohO. Selamat malam sayang!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com