Wah. Tajuk nak gempak. Oh. Okay. Nak cerita. Sempena Hari Ibu ni aku nak mengucapkan semoga berbahagia la hendaknya ibu ibu sekalian. Best best. Jom nyanyi Keluarga Bahagia ramai ramai. Okay okay. One two buckle my shoe three start! Sepohon kayu daunnya rimbun lebat bunganya serta buahnya walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Oh. Aku tahu aku salah lagu. Bantai je la.
Bila tiba Hari Ibu orang selalu kata hari hari adalah Hari Ibu. Jadi ayah kau nak campak mana? Amboi amboi. So tiba Hari Ayah masa tu kata hari hari adalah Hari Ayah pulak? Wakakaka. Jahat jahat. Apa kata hari hari adalah Hari Ibu dan Ayah? Aku kasihan tengok ayah ayah sedunia bak kata pepatah apalah daya bertahan cuma di pinggiran yang memilukan.
Kau tak nampak ada elemen jealous dan hasad dengki kali ni? Sebab musabab? Aku lelaki. Suatu hari nanti giliran aku pulak jadi ayah. Tak aci betol. Wakakaka. Well. Aku akui. Aku pon lebih rapat dengan ibu berbanding ayah. Aku rasa ramai jugak macam tu kot walaupun bukan semua. Bantai je la.
potpetpotpet: Bosan petang.



