Ahad, 4 September 2011

Potret Keluarga Bahagia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Honestly, raya tahun ni biasa biasa je. Aku tak rasa hype sangat pom. Mungkin sebab aku dah 23 tahun kot? Yes. Satu angka yang cukup menakutkan. Dah boleh kahwin kan? Tapi masalahnya sekarang ialah aku takde calon lagi. Kalau susah sangat, mungkin aku kena buat contest mari mencari isteri kat blog ni. Boleh? :p

Pada hari raya pertama, aku sambut kat kampung belah ayah aku, kat Melaka je pom. Dekat gile dengan rumah aku. Kalau kau kentut kat rumah aku memang  atok aku kat kampung tu boleh dengar walaupun telinga atok aku tu dah macam dengar tak dengar je sekarang ni. Haha. Aku macam siriyes kan? Memang aku siriyes la! :B

Daripada 9 orang adik-beradik ayah aku, hanya 5 orang sahaja yang sambut hari raya pertama kat kampung tu. Maksudnya, ada 5 buah keluarga la. Yang lain lain tu mungkin sebab tahun ni bukan giliran untuk sambut hari raya pertama kat kampung belah ayah aku tu. Tak kisah la beb. Baik kau layan koleksi potret keluarga bahagia pada hari kejadian. ;)











Sorry sebab gambar salam salam takde sebab takde siapa nak ambil gambar sebab semua orang sibuk nak salam salam takde masa nak ambil gambar. Haha. Apa apa pom, yang muda disayangi, yang tua dihormati. Dan sila ingat orang yang tersayang. Kalau tak nak, sila ingat dosa dosa kau. Boleh? =_=



potpetpotpet : Kau tak nak datang raya rumah aku?

Ahad, 9 Mei 2010

Ayah Kau Nak Campak Mana?

Wah. Tajuk nak gempak. Oh. Okay. Nak cerita. Sempena Hari Ibu ni aku nak mengucapkan semoga berbahagia la hendaknya ibu ibu sekalian. Best best. Jom nyanyi Keluarga Bahagia ramai ramai. Okay okay. One two buckle my shoe three start! Sepohon kayu daunnya rimbun lebat bunganya serta buahnya walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Oh. Aku tahu aku salah lagu. Bantai je la.


Bila tiba Hari Ibu orang selalu kata hari hari adalah Hari Ibu. Jadi ayah kau nak campak mana? Amboi amboi. So tiba Hari Ayah masa tu kata hari hari adalah Hari Ayah pulak? Wakakaka. Jahat jahat. Apa kata hari hari adalah Hari Ibu dan Ayah? Aku kasihan tengok ayah ayah sedunia bak kata pepatah apalah daya bertahan cuma di pinggiran yang memilukan.


Kau tak nampak ada elemen jealous dan hasad dengki kali ni? Sebab musabab? Aku lelaki. Suatu hari nanti giliran aku pulak jadi ayah. Tak aci betol. Wakakaka. Well. Aku akui. Aku pon lebih rapat dengan ibu berbanding ayah. Aku rasa ramai jugak macam tu kot walaupun bukan semua. Bantai je la.


potpetpotpet: Bosan petang.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com