Ahad, 28 November 2010

Dialog Yang Menjengkelkan Sempena Musim Final Exam

Mamon : Hoi Monah ! Kau dah habis study ?

Monah : Belum lagi ah. Aku tak habis study lagi ni. Adeh. Kau mesti dah habis kan ? Tengok dahi pun dah tahu. Siap tulis dah habis study tu.

Mamon : Cisss bedebah kau wahai Mamon ! Makan boleh sebarang makan. Erk. Makan pun dah tak boleh nak sebarang makan sekarang ni. Takut termakan benda haram nanti, siapa susah ? Sudah semestinya bukan aku. Haha. Seterusnya, cakap jangan sebarang cakap. Nak aku geget selipar kau menjadi keping keping ? Aku lagi ah tak start apa apa ni. Jangan kata nota, pensel pun aku takde.

Monah : Siriyes ? Aku pun tak tahu aku study apa. Banyak sangat nak kena baca. Kalau baca pun setakat nak sedapkan hati je. Kalau nak sedapkan badan, aku gi urut.

Mamon : Tahu takpe. Aku suka gi urut. Lega sikit badan rasa lepas tu. Ada rasa macam baru lepas bersalin je bila gi urut ni walaupun aku tak pernah berkahwin apatah lagi mempunyai anak. Okay. Dah lari topik. Aku takut ah. Takut soalan pelik pelik keluar nanti. Macam mana aku nak jawab kalau dia tanya berapa umur Dr Rozmey nanti ? Mati ah ...

Monah : Betul jugak tu. Aku pun tak terfikir soalan macam tu. Kau ni, suka menakut-nakutkan aku ah. Sudeh ! Aku nak study ni. Kau boleh belah sekarang.

Mamon : Okay. Sekian. Terima kasih.


Okay. Mamon kata dia tak habis study lagi. Monah pun sama. Adeh. Masing masing tak nak mengaku dah habis study. Apa the hal ? Haha. Selalu betul bila aku tanya kau dah habis study ke, jawapan yang diberi mesti ah tak habis lagi. Psiko lebih je tu. Padahal kau dah habis study kan ? Aku ada CCTV okay. Baik mengaku sekarang ! =.=


potpetpotpet : Final exam tak habis lagi. T.T

Sabtu, 23 Oktober 2010

Tragedi Lapang Sebelum Sempit

Aku penat gilerrr dah ni. Hari hari aku penuh dengan segala macam aktiviti bermula dua tiga hari lepas. Nak pengsan rasanya. Tapi entah kenapa tak pengsan pengsan. Tertunggu jugak ni. Haha. Gila kau. Aku nak story pasal semalam, iaitu pasal Jumaat. Aku kena buat one program that somehow related to environment. Ni kira assignment for this course lah, nama dia Environmental Science. And we chose to carry out a competition that so-called COOKING WITH NATURE. The competition started around 9 o'clock in the morning. For those contestants, they need to prepare dishes from some natural resources. Senang cakap, daripada bahan bahan mentah ! Tak perlu nak goreng goreng ke nak rebus rebus ke. Oh. Ni sangat menarik okay ! Haha. Rugi siapa tak join. XD

AJK Pelaksana Program
Keping Keping Kenangan (3K)
Okay okay. Aku nak undur masa boleh ? Tadi aku dah cakap pasal Jumaat. Ni aku nak cakap pasal hari sebelum Jumaat, iaitu hari Khamis pulak. Hahaharap maklum. On the night of that day, aku datang dengar Seminar Sarjana Fakulti Sains & Matematik. Ni kira introduction pasal siapa siapa nak sambung master lepas habis degree ni lah. Lepas dengar seminar tu, as for me, it's not the time. Aku tak nak sambung master terus lepas ni. Aku nak kerja dulu kot. Then, after few years, insyaAllah aku bakal sambung master. Yeah ! Tu cadangan jerrr. XD

Just Smile
Muka Wajib Sambung Master
Tak habis lagi kau tahu. Kita kembali kepada hari Jumaat semula. Haha. Pening lah kepala kau nak fikir fikir na na na na na. Okay. Seperti yang kau tahu, aku busy dengan program COOKING WITH NATURE belah pagi tu. Then, belah malam pulak, aku diwajibkan datang ke Taklimat Praktikum. Aku pun datang ah. For your information, aku start praktikal kat sekolah maybe 31 Januari tahun depan. Hadoi. Penat gilerrr dah badan ni. Tak tahu nak cakap apa dah. Tak pasal pasal aku takde mood nak taip lagi nak susun ayat. Dah dah. Bye ! XD

Muka Paling Fokus
Bila Bila Masa Di Mana Jua

potpetpotpet : Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Dan salah satu perkara yang sedang aku alami ialah lapang sebelum sempit. Wuuu ... =_=!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com