Ahad, 18 Januari 2015

AJL29 Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke-29

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Malam ni timeline facebook dan twitter penuh dengan AJL29. Gila besar betul impak AJL29 ni! Aku pun sibuk tengok AJL29 ni. Habis semua kerja tak buat langsung. Adeh. Sabau aje la. So, ni aku nak update keputusan dan senarai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-29 tadi. Puas hati ke tidak? Overall, aku memang puas hati dengan persembahan Dayang Nurfaizah, Mojo dan Shila Amzah.

Juara AJL29
Apa Khabar - Joe Flizzow & Sonaone
Wang tunai RM50,000

Naib Juara AJL29
Masih Aku Cinta - Shila Amzah
Wang tunai RM35,000

Tempat Ketiga AJL29
Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
Wang tunai RM20,000

Vokal Terbaik AJL29
Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
Wang tunai RM12,000

Persembahan Terbaik AJL29
Romancinta - Mojo
Wang tunai RM12,000

Sumber gambar-gambar: www.anugerahjuaralagu.com

potpetpotpet : Dah pi tidur, esok kerja kan? Isnin pulak tu!

Jumaat, 8 Oktober 2010

Anuar Zain | Ku Berjanji Karna Cinta

Sebelum ni, aku dah dengar sikit sikit lagu baru Ku Berjanji Karna Cinta, nyanyian Anuar Zain ni. Dengar sikit sikit pun dah feeling feeling kau tahu. Haha. Eh. Baru semalam aku dengar lagu ni ke udara. Well well well. In my opinion, lagu ni menampakkan kematangan daripada Anuar Zain, secara susunan muzik dan vokal. Nak kata Ku Berjanji Karna Cinta ni sedap gilerrr babeng tu, takde lah sangat. Tapi menusuk kalbu lah jugak. Haha. Apa apa pun, aku tak sabar nak tunggu album baru dia. Dengar dengar kos dia lagi mahal daripada album sebelum ni. Banyak duit kau ! XD

Sedutan Lirik Lagu Ku Berjanji Karna Cinta
Ku berjanji karna cinta ...
Ku berharap karna kasihmu ...
Selamanya dan tak akan pernah berpisah ...
Sampaikan nanti ...

Eh. Terupload gambo Maher Zain pulok. Haha. XD
Haaa ... Ni dia Anuar Zain. XD

 potpetpotpet : Tiba tiba rasa nak demam. Haish. Macam macam hal. =_=!

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com