Isnin, 22 Mei 2017

Makan Malam Bersama Blogger Di The Concorde Hotel, Kuala Lumpur

Salam.


Alhamdulillah. Hari Jumaat 19 Mei 2017 aku telah menghadiri The Blogger Dinner anjuran Lynk.my dan Hexa Cooperation bersama-sama dengan Neyra dan Taufiq. Gigih! Lepas balik daripada kerja pukul 5 petang tu, aku terus ke Kuala Lumpur semata-mata The Blogger Dinner ni. Lagipun dah lama tak lepak sekali dengan Neyra dan Taufiq. Dah alang alang tu kan? Kenapa tidak? Majlis hari tu diadakan di The Concorde Hotel, Kuala Lumpur. Aku sampai agak lewat juga sebab dari Melaka kot. Ingat dua ke tiga kilometer je? Lebih dua marhalah tau! Haha!


Seperti biasa, sebelum masuk, kena la ambil gambar kat photobooth dulu. Dah percuma kan? Rugi la tak ambil kesempatan. Matilah jujur sangat. Masuk masuk je dalam dewan tu dorang dah mula dengan ucapan daripada wakil penganjur. Segan tu tak payah nak cakap la. Majlis hari tu diacarakan oleh Sharifah Shahirah yang kelakar tak habis habis tu. Tapi tak lama lepas tu, semua dijemput menikmati makan malam yang disediakan secara buffet. Alhamdulillah. Sedap sedap makanan malam tu.



Tapi paling best malam tu? Cabutan bertuah! Aku ni dah la sangat jarang nak menang cabutan bertuah. Mungkin banyak sangat hadiah cabutan bertuah malam tu sampai aku pun boleh menang satu. Aku menang GPS tracker. Tak tahu nak pakai untuk apa sebenarnya. Haha! Tapi paling aku tak puas hati ada yang menang wang tunai RM200, iPad, kamera mirrorless, kamera polaroid dan hadiah utama malam tu Smart TV jenama Philips! Alamak! Kenapa aku tak menang semua tu? Tak bersyukur ke tu? Sedangkan masih ada yang tak menang apa apa. Okay la. Aku bersyukur. Bestnya aku menang GPS tracker ni! Tak sabar nak pakai! Haha!




Harap lepas ni Lynk.my dan Hexa Cooperation buat la dinner lagi. Nak menang hadiah best yang lain pula. Haha! Nanti kita jumpa lagi ye Neyra dan Taufiq?

Khamis, 13 April 2017

Makan Malam Tidak Gemuk! Fakta, Bukan Mitos!

Salam.

Menurut Dr Khairul Hafidz di laman sosial twitter, makan malam atau makan selepas jam 6 petang tidak akan menyebabkan gemuk sekiranya kita tidur pada atau selepas 12 tengah malam. Menurutnya lagi, kalau nak makan malam, pastikan dua atau tiga jam selepas tu baru kita masuk tidur. Sekiranya kita makan pada jam 8 malam, sebaiknya kita masuk tidur pada atau selepas jam 11 malam. Jadi tidak timbul isu gemuk bila kita makan malam! Maksudnya kat sini makan malam bikin gemuk adalah mitos semata-mata. Lepas ni tak perlu risau untuk makan malam lagi ye? Kalau gemuk juga, itu mungkin kerana apa yang kita makan, bukan sebab kita makan malam.


Untuk memastikan badan kita berada dalam bentuk yang sihat dan normal, kita perlu mengekalkan 1200-1500 kalori per hari. Kalau terlebih tu, pandai pandai la bersenam, keluarkan peluh, buang kalori dengan mengeluarkan peluh. Dan kalau lapar, makan snek yang sihat seperti buah-buahan. Tapi jangan lupa, buah-buahan pun ada kalori. Haaa... Kata kuncinya? Sederhana. Bersederhanalah dalam semua perkara.


Jadi nak makan apa malam ni?

Khamis, 9 Februari 2017

Dinner Rock Oo!

Salam.

Nak kongsi pengalaman pertama kali ada dinner sepanjang aku kerja kat sini. Sebelum ni kelab kitorang selalu buat family day je. Kira kali ni macam pembaharuan jugak la. Aku pulak antara ahli jawatankuasa yang dilantik. Jadi kena la pastikan dinner ni berjaya. Tak berjaya pun buat buat macam berjaya. Haha! Habis la kena kecam. Takpe. Lepas ni kita lantik yang suka kecam tu pulak. Jaga jaga, ada yang memerhati! Takut tak?


Dinner malam tu aku pakai apa yang dah ada je. Jaket, seluar, kasut semua aku dah pernah pakai. Cuma baju dan aksesori je aku beli yang baharu. Tu pun beli last minit. Nak tahu bila aku beli? Aku beli dua jam sebelum majlis kot! Haha! Nampak sangat tak tahu nak pakai apa. Tema dinner malam tu? Glam rock. Nak glam ke  nak rock ni? Aku google jugak macam mana glam rock tu. Memang tak mampu la kalau nak betul betul ikut tema tu. Takut kena rejam dengan batu je nanti. Tempias sikit sikit pun jadi la daripada takde langsung kan?






Seronok jugak tengok dorang pakai ikut tema. Memang sporting betul! Ada yang satu family pakai baju ikut tema. Semangat macam tu la yang kita nak. Bukan selalu kita dapat pakai macam ni kan? Takkan nak masuk office ikat bandana kat kepala tu? Takkan nak masuk meeting pakai jaket jeans atau jaket kulit pulak? Camtuh. Tapi kalau tak nak ikut tema pun takpe. Hak masing masing kan? Dah datang dinner malam tu pun dah cukup dah. Yang penting semua gembira dan enjoy malam tu. Malam tu bukan setakat dinner semata-mata sebab kita ada persembahan magic show daripada clowns, ada karaoke, ada cabutan bertuah dan ada permainan untuk dewasa dan kanak kanak. Memang pecah la hall tu malam tu!

Tak malu ke kat budak budak kat tepi tu? Haha!
Kerusi pun nak berebut ke?

By the way aku tak menang King of The Night malam tu. Queen of the Night apatah lagi! Haha! Nak buat macam mana kan? Tak cukup rock nampaknya. Tapi tak kisah pun. Tahniah diucapkan kepada Bro Joe yang dapat title King of The Night malam tu dan jugak Sis Nani untuk Queen of the Night. Korang memang sporting habis! Gaya memang all out dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Harap takde la sampai buat loan kat bank rakyat semata-mata nak menang title tu. Pengsan.

Ada gaya macam Awie tak?
Nak terkencing ke tu?
Tulang belakang dinner malam tu.

Alhamdulillah. Dinner malam tu berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kejadian yang berlaku memang di luar kawalan. Normal la kan? Tiada yang sempurna di dunia ni. Mana yang kurang tu, kita tambah baik untuk program akan datang. Bye.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com