Ahad, 8 Januari 2012

Ezani Juara Masterchef Malaysia?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Pejam celik pejam celik, Masterchef Malaysia dah sampai ke garisan penamat. Tapi siapa yang menang? Haaa... Tu kena tengok malam ni la. Ezani atau Wahidan? Dan pilihan aku ialah Ezani! Sebab masa awal awal aku tengok Masterchef Malaysia ni, aku memang tertarik dengan Ezani, dengan gaya dia, dengan attitude dia. Apa yang paling menarik pasal Ezani ialah status dia sebagai doktor gigi. Eh. Jom tengok gambar gambar Ezani semasa dia kat Masterchef Malaysia. Aku ambil gambar gambar ni kat fan page Ezani.










Whatever it is, Ezani dan Wahidan dah berjaya sebab dapat jadi dua yang terbaik. So, kita tengok je la rezeki siapa dalam Masterchef Malaysia ni. Tapi aku ada dengar jugak desas desus yang kata Ezani menang. Entah betul entah tidak. Anyway, aku harap Masterchef Malaysia ada musim kedua. Bukan apa, aku dah bosan tengok kalau rancangan realiti je mesti pasal nyanyian. Setuju?

UPDATED - Ezani ialah juara Masterchef Malaysia yang pertama!



potpetpotpet : Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Jumaat, 6 Januari 2012

Nikmati Prosperity Chicken Burger Di McDonald's

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!


Alhamdulillah. Setelah sekian lama aku tunggu, prosperity chicken burger is back! Bila aku tahu je prosperity chicken burger ni dah keluar, aku terus serang kaunter mekdi yang berdekatan. Eh. Kejap kejap. Kenapa aku excited semacam je ni? Sebab aku tak makan daging! So, aku memang tak makan prosperity beef burger tu. Aku tengok je kawan kawan aku makan sambil menelan satu liter air liur. Kejam betul dorang boleh buat tak tahu je makan depan aku? Grrr... Nasib la prosperity chicken burger dah keluar, dapat la aku melempiaskan nafsu makan aku yang selama ni aku tahankan.

Eh. Ada yang kata prosperity burger ni banyak sangat black pepper dia. Tapi takpe la kot sebab kau bukan makan selalu kan? Kalau kau nak tahu, salah satu kebaikan black pepper ialah dia dapat membantu sistem penghadaman di samping mengandungi antioksidan. Macam pernah dengar pasal antioksidan kan? Iklan nescafe! Yes. Okay. Siapa nak belanja aku prosperity chicken burger esok?



potpetpotpet : Belailah perut anda sebelum perut anda dibelai.

Khamis, 5 Januari 2012

Cara Bersyukur Nikmat Allah Beri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ni kisah benar, tak tipu punya. Kisah ni berlaku masa aku jadi guru ganti kat salah sebuah sekolah yang terdapat di Malaysia ni. Haaa... Teka la sendiri kat mana kat Malaysia tu. Haha. Masa tu tengah exam akhir tahun. So, aku kalau masuk kelas memang kena jaga dorang jawab exam la. Nak cakap pasal dorang meniru? Tak payah la! Buat aku gelak je tengok dorang meniru.

Ada satu hari tu aku masuk kelas form 4, kelas ni bukan kelas pertama atau terakhir tapi tengah tengah. Masuk masuk je, dorang tengah jawab paper Pendidikan Agama Islam. Aku macam biasa jalan jalan dari satu meja ke satu meja yang lain, tengok macam mana dorang jawab paper tu. Tapi aku tertarik dengan sorang pelajar ni sebab dia boleh tidur dengan lena kat atas meja. Aku tengok jam kat dinding. Eh? Exam baru 15 minit berlalu kot? Macam mana dia boleh tidur? Tapi aku tak nak cerita pasal tu walaupun aku dah cerita. Aku nak cerita pasal satu soalan daripada paper tu. Nak tahu soalan apa?

Nyatakan dua cara bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Senang kan soalan ni? Tapi aku tengok majoriti tak dapat jawab soalan macam tu. Biar betik? Memang betik la ni! Pada aku, jawapan kepada soalan ni tak payah nak kena hafal atau rujuk buku teks sebab sebagai orang Islam takkan la sepanjang 16 tahun kau hidup tu kau tak pernah tahu macam mana nak bersyukur? So sedih la kalau macam tu. Habis nak salahkan siapa? Ibu bapa? Guru? Tukang kebun? Setiausaha peperiksaan? Diri sendiri la! Tak reti reti lagi?




potpetpotpet : Aku bukan bajet ustaz. Ni aku kongsi pengalaman je.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com