Isnin, 27 Januari 2014

Grand Prize Winner, Terima Kasih ZALORA Malaysia!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Gigih kemain lepas balik kerja terus pecut ke Kuala Lumpur semata-mata nak datang dinner untuk semua blogger yang join contest anjuran ZALORA hujung tahun lepas. Aku ingatkan contest tu dah dilenyapkan daripada muka bumi sebab lama sangat tak dengar khabar cerita. Tup tup, tanggal 11 Januari 2014 aku dapat satu email daripada wakil ZALORA. Dalam email tu dia menjemput semua blogger yang telah hantar penyertaan untuk contest hari tu datang makan malam bersama Managing Director, Giulio Xiloyannis dan Marketing Director, Luca Barberis. Kemain! Dan malam tu jugak senarai nama pemenang akan diumumkan.

Aku tak tahu nak pakai apa sebab dalam email tu takde dinyatakan kod pakaian. Dan boleh pulak aku tak reply email tu tanya pasal kod pakaian? Nampak bijak sungguh di situ. Last last? Lantak la. Aku bantai pakai cincai boncai bagai si luncak naik kapcai. Mula la tu nak merepek?

Bertolak lepas jam 5 petang, aku sampai dalam jam 7 petang. Alhamdulillah. Perjalanan aku hari tu dipermudahkan. Kanan kiri atas bawah semua mengalami kesesakan lalu lintas. Tapi? Jalan yang aku lalu takde sekilometer pun mengalami kesesakan lalu lintas! Terima kasih kepada waze, salah satu application wajib ada dalam setiap smartphone di muka bumi ni. Sampai jugak aku kat tempat dituju, The Ciao Ristorante.

Sampai sampai je, aku dan kakak sepupu aku, Kak Zura, disapa mesra oleh orang-orang kuat Zalora. Managing Director dia kemain peramah. Terseliuh lidah aku melayan soalan-soalan dia. Maklum je la, semua kat situ jenis speaking london. Kalau aku tahu kena speaking london malam tu, sebelum bertolak tu aku celup lidah aku dengan cheese sejam dua. Kbai.






Alhamdulillah. Kenyang gila makan malam tu, daripada appetizer sampai la ke dessert. Tengok portion macam sikit je. Tapi lepas kenyang macam makan nasi dua kawah. Melebih-lebih nampak? Lepas makan? Tiba la masa yang ditunggu-tunggu, pengumuman pemenang-pemenang contest "Write Your Way To Style" ni. ZALORA. Second runner-up? Bukan aku. First runner-up? Bukan aku jugak. Lepas tu dah kata dalam hati, takde rezeki dah kot. Grand prize winner? Aku? Serious? Ya Allah! Terima kasih atas rezeki ni. Memang masa tu menggigil-gigil tangan nak pergi ke depan.





 



Aku salute dengan usaha dan semangat ZALORA ni. Dorang bukan jemput para pemenang je tapi semua blogger yang join contest ni. Biarpun ada yang tak bawa balik hadiah kemenangan, tapi sekurang-kurangnya perut masing-masing kenyang. Untung la kan? Sebelum balik, kita ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Tak lupa jugak nanti nak update kat blog tercinta ni. Anyways, gambar-gambar semua ni adalah ihsan daripada dua orang jurufoto hebat daripada ZALORA. Till the next entry, take a good care of yourselves!



potpetpotpet: Tolong buat contest macam ni lagi boleh tak?

Rabu, 15 Januari 2014

Dulu Tingkatan 1, Sekarang Tingkatan 4!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Ada masanya peluang tu datang pada waktu kita belum bersedia. Dan itu la yang terjadi pada aku baru-baru ni. Adeh. Cikgu sekolah lama aku mintak tolong bagi talk sikit untuk pustakawan-pustakawan sekolah tu. Bila? Hari Sabtu 11 Januari hari tu. Dan masa tu aku memang betul-betul tengah sibuk dengan orientasi kat tempat kerja aku pulak tu, celah mana aku nak curi masa? Bayangkan aku balik jam 2 pagi lepas tu jam 10 pagi tu dah kena bagi talk? Memang tak sempat nak sediakan apa-apa. Errr... Sebenarnya? Tak larat! Haha!


Tapi aku gagahkan jugak. Aku tahu aku tak dapat nak bagi talk sepenuhnya sebab aku memang tak sempat nak sediakan slide pun. Jadi, aku putuskan untuk buat latihan dalam kumpulan je. Nasib baik bilangan peserta tak ramai, kira-kira dalam 30 orang. Masa pun tak lama, cuma dua jam diberikan. Hari tu kami cuma sempat buat satu latihan dalam kumpulan. Tak sangka dua jam sekarang dah macam dua puluh minit je. Nampaknya, aku kena datang lagi untuk latihan dalam kumpulan yang seterusnya. Eh?

Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Tak sangka pulak ada antara dorang tu bekas murid-murid aku dulu. Aku ajar dorang Sains dulu. Masa aku ajar dorang, tak silap aku masa tu dorang masih budak-budak hingusan lagi, baru tingkatan satu. Sekarang? Dah tingkatan empat! Haaa... Faham tak itu tandanya apa?


potpetpotpet: Tua mengejar kita. Jadi? Kita lari laju-laju!

Selasa, 14 Januari 2014

Ketua Latihan Dalam Kumpulan Minggu Orientasi Kali Kedua!

Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Salah satu babak dalam filem Abang Botak. Boleh?

Alhamdulillah. Selesai dah orientasi pelajar-pelajar baru Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka sesi 1 tahun 2014 ni. Kat sini kami panggil orientasi sebagai minggu silaturrahim. Untuk kali yang kedua, aku diberi tugas sebagai ketua latihan dalam kumpulan dan disiplin. Kemain disiplin di situ ye. Tugas yang benar-benar mencabar jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Errr... Curi ayat dalam falsafah pendidikan negara pun boleh. Cikgu sangat! Tapi takde la ketua sangat. Nasib baik ada pegawai-pegawai yang lebih berpengalaman. Sedikit sebanyak dapat membantu melicinkan lagi perjalanan minggu silaturrahim ni. Tepuk tepuk terima kasih!

Pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang minggu silaturrahim.

Ni salah satu daripada sepuluh kumpulan latihan dalam kumpulan yang ada.

Minggu silaturrahim mula hari Isnin 6 Januari hari tu sampai la hari Jumaat 10 Januari. Tapi kalau nak berkira sangat sebenarnya sampai hari Sabtu 11 Januari. Seperti biasa, aktiviti malam memang habis jam 2 pagi. Tak pernah awal daripada tu. Tapi esoknya kerja tetap kerja. Walaupun balik jam 2 pagi, aku tetap bangun pagi macam biasa lepas tu masuk kerja pun macam biasa. Kemain gigih bajet boleh dapat anugerah perkhidmatan cemerlang je kan?

Ada yang tak botak lagi?

Barisan fasilitator yang bersemangat bukan daripada segi emosi je tapi fizikal sekali. Haha!

Sepanjang minggu silaturrahim ni, kami telah jalankan tujuh latihan dalam kumpulan. Setiap latihan dalam kumpulan yang dijalankan mempunyai objektif yang tersendiri. Tapi akar tunjangnya? Kesatuan, kerjasama dan bergerak sebagai satu kumpulan tanpa mengira agama, kaum, warna kulit dan bahasa. Kemain ayat macam tengah debat pulak.

Aku bersyukur dapat fasilitator-fasilitator yang hebat macam ni. Mereka ni sebenarnya terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2013/2014. Banyak dah mereka berkorban ni, daripada segi masa, tenaga, perhatian, motivasi, psikologi, idea dan sebagainya. Salute dengan komitmen dorang. Terima kasih atas segalanya. Semoga pada masa akan datang, kita semua lebih cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan.

Iklan baju batik. Kbai.


potpetpotpet: Mana yang singkat, disambungkan. Mana yang panjang, dikeratkan.

Selasa, 7 Januari 2014

Lirik Lagu Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga (OST Ariana Rose)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

Semalam masa aku tengah mandi sebelum Maghrib, aku terdengar lagu tema daripada sebuah drama kat tv. Suara penyanyi macam kenal je? Lagu pulak? 90-an sangat! Tapi apasal macam sedap je? Dah aku pun membesar sekitar tahun 90-an. So, lagu-lagu jenis macam tu memang dekat di hati sikit. Lepas dapat tahu lagu tu daripada drama Ariana Rose, aku terus google lagu tema dia. Penyanyi? Dayang Nurfaizah. Lagu? Di Pintu Syurga. Siapa komposer lagu ni ek? Tak tahu pulak aku! Tapi kalau dengar lagu dia, lagu dia macam lagu-lagu Julfekar je.


Lirik Lagu Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga (OST Ariana Rose)

Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada

Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya meneman sepi

Korus:
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Ulang korus

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga


potpetpotpet: Nampak tak lirik lagu ni? Makcik-makcik sangat. Adeh.

Copyright © Budak Lelaki Sebelah Pintu Designed by azhafizah.com